APABILA DISAPA PETUNJUK DAN HIDAYAH

APABILA DISAPA PETUNJUK DAN HIDAYAH

Borang Keahlian MUARA

Nama:
Email:
Telefon:
KP:
Alamat:

This HTML form was created by Freedback.

Bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal-Ehwal Pengguna

Photobucket

Bersama Timbalan Menteri Pelajaran

Photobucket

Friday, March 26, 2010

Ucapan TUN MAHATHIR - Lintas Langsung




Tun M berkata, ramai pihak menasihatkan beliau jangan rasmikan mesyuarat Perkasa, cemar imej dan nama Tun. lama dah tercemar..dikeluarkan dari UMNO..nasib baik dapat jadi Perdana Menteri..Inilah harapan Ibrahim,dapat jadi Perdana Menteri.

Tun M berkata, pandangan dan rintihan dari semua rakyat tanpa mengira kaum - kerana kita berada dalam sebuah negara yang demokratik. Jadi kerajaan atau tidak, bergantung kepada sokongan undi. Kalau ramai rakyat yang tidak mengundi,tidak akan mendapat kemenangan. oleh itu, penting dengar rintihan rakyat. cuba ambil kira pandangan mereka (rakyat). bukan daripada satu kaum tapi daripada semua kaum.

Orang Melayu, India, cina, Sabah atau Sarawak, kata Tun M, harus diambil kira.Jumlah yang datang ni tidak begitu ramai, tidak dapat menentukan siapa yang memerintah tapi ingat, kemenangan bukan bergantung kepada ratusan ribu tetapi kelebihan satu undi sahaja tentukan menang atau kalah seseorang atau sesebuah parti.

Jumlah yang sebesar ini (yang hadir) harus diberi perhatian..Nak menang atau kalah bukan kerana ribuan undi, dua tiga undi pun yang tentukan menang atau kalah..Kalau mereka ada rintihan dan perasaan tidak puas hati, harus dengar. Kalau tutup telinga, desakan mereka tidak didengar, dalam pilihanraya, akan kalah.

update

Tambah Tun, hakisan 51 peratus harus dijaga. Kumpulan yang sekecil ini, walaupun kecil, kesannya besar. Kata Tun, itulah sebab beliau datang untuk lihat dan dengar ucapan Datuk Ibrahim Ali. Yang penting, kata Tun, melihat ahli ahli yang hadir hari ini.

Tun M berkata, beliau akan cuba sampaikan mesej Perkasa kepada kerajaan walaupun beliau bukan dalam kerajaan.

"Kepada parti pembangkang, biarlah mereka cari cara untuk putar belit lagi," ucap Tun penuh makna.

Kata Tun M, mengapa sekarang kita memerlukan NGO dan peranan yang dimainkan dalam politik dan lain-lain..Maaf saya katakan, wujudnya begitu ramai NGO melayu yang memberi tumpuan masalah melayu kerana terhakisnya kepercayaan mereka kepada UMNO sebagai pelindung nasib mereka. Kerana terhakisnya kepercayaan mereka. Mereka berpendapat kalau UMNO tak berupaya melindungi mereka,mereka berusaha untuk melindungi diri mereka sendiri.

Kata Tun, prestasi UMNO tahun 2008 amat buruk. Kita tubuh kerajaan yang lemah..tak mampu mempertahankan kedudukan orang Melayu. maka wujudlah NGO NGO dan NGO Melayu yang terbesar adalah Perkasa.

Mendengar pandangan mereka yang siuman dan tidak siuman..kata Tun..mendengar keluhan dan desakan dari puak puak lain..kita lihat seolah olah kerajaan memberi layanan kepada mereka daripada apa yang ada pada kita. Saya tak kata kerajaan berat sebelah tetapi lemah kerana ada sipolan yang tak tau UMNO dan BN hampir kalah.

Kata Tun lagi, kita tak lah tuntut banyak banyak..dia dah pergi, biarlah dia pergi..

Dulu ada lah tuntutan dan desakan tetapi tidaklah biadap seperti hari ini.Saya bukan rasis, saya keturunan orang Melayu. Nak aman,hidup rukun dan damai. Negara dapat dibangunkan. hampir 50 tahun tak da masalah yang besar dihadapi kecuali tahun 1969 dan 1987. Tak ada tuntutan yang bukan bukan dari mana mana pihak, kata Tun.

Masa saya jadi PM, ada juga tuntutan, tapi jangan la biadap .. Tun Mahathir.

Zaman Tunku, Tun Razak, Hussein dan zaman saya..tak ada tuntutan yang bukan bukan. saya sebut yang benar, kalau tak benar, katakan pada saya. saya stand to be corrected. Apa yang saya perkatakan adalah benar belaka. Negara kita unik, penduduk pelbagai kaum. Negara lain, penduduk tempatan tak akan beri hak kepada pendatang, orang lain melainkan guna syarat syarat yang ketat seperti guna bahasa tempatan, budaya tempatan.

Orang Melayu, kata Tun, murah hati. sanggup kongsi negara kita ini hampir tanpa syarat, tidak ketat. supaya mereka itu ada tempat tinggal dalam negara ini. Kita tidak soal. Kita tidak bantah mereka nak mengadakan sekolah berbilang bangsa. apa yang ada kepada kita yang sedikit ini, jangan diambil untuk diagihkan kepada orang yang sudah ada. - ujar Tun M.

10 peratus anak melayu yang berada di universiti.anak melayu yang melanjutkan pengajian ke luar negeri, pun tak ramai. kita boleh buat banci,,siapa yang lebih ramai? ramai penuntut melayu dapat biasiswa.kita beri sebab tak ada duit, tak cukup. yuran setahun RM60 ribu.mana ibu bapa melayu yang mampu.zalimkah kita bagi biasiswa untuk tambah Melayu berpelajaran. kalau tak betul apa yang saya katakan, buat bancian. - Tun M.

Ini sangkaan sahaja. Saya bukan rasis. Sila buat kajian. Memanglah saya ni ada sangkaan buruk pada orang lain (sinis kata-kata Tun).

update 2

Tun juga berkata,ada orang kata, usah diungkit 1969, bukan untuk takut takutkan orang.Tapi ini benar. Bukan sahaja Melayu, India dan Cina juga dapat bangun bersama melalui Dasar Ekonomi Baru.

Janganlah sengaja menyakitkan hati orang Melayu, ada orang kata Kaum Melayu kaum pendatang, kenapa kah negara ini dinamakan negara Melayu, dalam sejarah disebut Tanah Melayu, tidak disebut ini adalah Tanah Orang lain, janganlah kata Melayu pendatang. - ujar Tun 

Ada yang berkata dalam sebuah artikel, "sebenarnya tidak ada orang melyu didalam dunia ini, itu pun kita tidak marah, kononya tidak ada orang melayu dalam dunia ini" - ujar Tun.

Tun berkata, kalau orang Melayu kaum pendatang, kenapa tak sebut nama lain (selain Melayu). Kalau pun ada darah kaum pendatang tapi didekatkan diri dengan orang Melayu.

Keris ialah simbol bangsa kita. Kita hargai. Nak guna simbol kita pun tak kan nak kena minta maaf? Hanya kerana satu kaum nak hidup bahagia, kaum satu lagi hidup sengsara. - Kata Tun.

Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan tetapi bahasa-bahasa lain bebas digunakan. Ada imbangan. Tak pernah ambil orang melayu tanpa diberi hak kepada bukan melayu. dalam Perlembagaan disebut, tak boleh rampas – Tun M

Tun mengingatkan,jangan ada mana mana pihak yang buat tuduhan melulu. Kita bukan rasis tapi kita sayang kepada negara kita. Kita tuntut apa hak kita. Selagi kita tidak adil kepada orang melayu bermakna tidak ada keadilan kepada kaum kaum lain di negara ini.

Kata Tun lagi, media cina dan india, tolong buat laporan yang benar. Jangan putar belit kenyataan saya. Saya harus prihatin kepada nasib orang melayu. Saya yakin ahli perkasa bukan berniat tidak adil terhadap bukan melayu tapi tuntut hak mereka. Tuntut hak adalah tindakan yang adil.  

Tambah Tun, Datuk Seri Najib jangan lupa rintihan dan tuntuan orang Melayu. Akibatnya nanti tidak baik kepada kepimpinan Datuk Seri Najib. Nak negara berada dalam keadaan aman, adil, saksama sesama kaum, nak keadilan dalam pengagihan kekayaan dalam negara kita. Bukan kita nak rebut tapi jangan ambil yang sedikit yang kita ada untuk diberi kepada mereka yang dah ada. 

Perkasa sebagai NGO mainkanlah peranan secara bijak, bukan untuk mendabik dada. Sebabkan semua pihak mendapat keuntungan dan kemenangan, win win results. Tak nak ambil semua bagi diri kita, mereka juga kaya tapi kita ada hak kita.- Pengakhiran ucapan perasmian Tun M.

Sekarang penganugerahan Bintang Perkasa Pribumi Negara yang pertama oleh Presiden Pribumi Perkasa Malaysia, Datuk Ibrahim Ali kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Laungan HIDUP TUN sebanyak tiga kali bergema dari Dewan Tun Razak 1.

Tun turut menerima keris Perkasa.

Keris Presiden Perkasa kepada Ibrahim Ali selaku Presiden Perkasa.Diikuti laungan keramat HIDUP MELAYU sebanyak tiga kali.

Keris Presiden Perkasa akan hanya bertukar milik apabila presiden baru dipilih.

Majlis diteruskan dengan pengucapan sajak yang sarat dengan sindiran serta kata-kata tajam lagi pedas yang ditujukan kepada pemimpin Melayu.

Majlis perasmian Mesyuarat Agung Pertama Pribumi Perkasa berakhir. Mesyuarat akan diadakan pada sebelah petang, 2.30 petang ini. Terima kasih semua yang mengikuti laporan secara langsung event ini dari Dewan Tun Razak 1, PWTC.


No comments:

Post a Comment