APABILA DISAPA PETUNJUK DAN HIDAYAH

APABILA DISAPA PETUNJUK DAN HIDAYAH

Borang Keahlian MUARA

Nama:
Email:
Telefon:
KP:
Alamat:

This HTML form was created by Freedback.

Bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal-Ehwal Pengguna

Photobucket

Bersama Timbalan Menteri Pelajaran

Photobucket

Sunday, March 28, 2010

Tarik kereta perlu kebenaran mahkamah - Ismail Sabri

KUALA LUMPUR 28 Mac - Institusi kewangan dan perbankan di negara ini di masa depan perlu mendapatkan kebenaran mahkamah sebelum bertindak menarik kenderaan pengguna yang gagal menjelaskan ansuran bulanan mereka menerusi pindaan Akta Sewa Beli 1967.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, draf pindaan akta berkenaan telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk diteliti.

Menurutnya, kementerian akan menerima draf pindaan akta itu pada minggu ini dan ia akan dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat.

"Tindakan penarik kereta yang rakus dan ganas serta tidak mengikut undang-undang itu dibenarkan institusi kewangan sehingga menyebabkan pengguna berada dalam ketakutan.

"Apabila akta itu dipinda nanti, ia akan melibatkan penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat iaitu aktiviti menarik kereta perlu mendapatkan kebenaran mahkamah," katanya ketika ditemui selepas merasmikan program Juara Rakyat anjuran UMNO Bahagian Wangsa Maju di sini hari ini.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Datuk Dr. Mohd Shafei Abdullah.

Kelmarin, Utusan Malaysia melaporkan berkenaan penarik kereta di Alor Setar, Kedah yang menahan seorang suri rumah bersama tiga ahli keluarganya selama dua jam kerana tidak menjelaskan tunggakan bayaran bulanan kereta.

Ismail Sabri bagaimanapun berkata, kebenaran mahkamah itu perlu dilaksanakan ke atas pengguna yang sudah menjelaskan satu pertiga daripada jumlah pinjaman kenderaan tersebut.

"Sekiranya peminjam membayar kurang daripada satu per tiga pinjaman, kemungkinan besar dia tidak berminat untuk membayar, jadi kita tidak akan melindungi peminjam ini," katanya.

No comments:

Post a Comment