APABILA DISAPA PETUNJUK DAN HIDAYAH

APABILA DISAPA PETUNJUK DAN HIDAYAH

Borang Keahlian MUARA

Nama:
Email:
Telefon:
KP:
Alamat:

This HTML form was created by Freedback.

Bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal-Ehwal Pengguna

Photobucket

Bersama Timbalan Menteri Pelajaran

Photobucket

Friday, March 26, 2010

Lintas Langsung Mesyuarat Agung Perkasa - PWTC




Datuk Ibrahim kini menyampaikan ucapannya. Beliau berkata, di majlis ini akan diterjemahkan kebangkitan Melayu yang berlaku akibat perebutan kuasa politik di kalangan orang Melayu sendiri.

Kata Ibrahim, Perkasa pada usia satu setengah tahun sudah berjaya mendapat sokongan dari seluruh orang Melayu dan bumiputera. Undang-undang menghalalkan penubuhan NGO ini. 

Matlamat Perkasa ialah mepertahankan Islam, hak-hak istimewa orang Melayu dan bumiputera. Mempertahankan nilai teras, melindungi dan mendaulatkan undang-undang dan keluhuran negara yang berdaulat dan merdeka.

Menurut Ibrahim, konflik berpunca daripada perpecahan rakyat pelbagai kaum dan sosiobudaya. Orang Melayu di Malaysia diingat agar tidak terjerumus ke dalam konflik atau persengketaan seperti yang dialami di Eropah khususnya di negara bekas Yugoslavia.

Ibrahim berkata, konflik nilai atau konflik kepentingan sedang dirasai. Ia mengancam kelangsungan Melayu memandangkan Islam, Melayu dan bumiputera merupakan entiti yang strategik.

Konflik 13 Mei 1969 dibangkitkan oleh Ibrahim Ali sebagai renungan orang-orang Melayu. 

Konsep Malaysian Malaysia turut disebut sebagai hak sama rata antara orang Melayu dengan bukan Melayu. Ia bertujuan rampas hak keistimewaan orang Melayu, menghapuskan raja-raja Melayu. Ia bertujuan menimbulkan kacau-bilau, memecahkan perpaduan antara bangsa di Malaysia.

Konsep Malaysian Malaysia turut menentang agama Islam sebagai agama rasmi, bahasa melayu sebagai bahasa rasmi. 

Sebagai akhbar rasmi mesyuarat ini, Utusan Melayu/Utusan Malaysia satu-satunya akhbar yang menjunjung hak orang Melayu, mempertahan dan memperjuangkan agama serta bangsa, kata Ibrahim.

Utusan Malaysia kini menjadi sasaran parti-parti politik tertentu. Ahli parti itu membakar akhbar Utusan Malaysia, namun akhbar "Suara Keramat" ini terus bertahan walaupun dihentam kiri dan kanan oleh parti politik berkenaan.

Ibrahim berkata, tidak rela sejarah hitam 13 Mei berulang kembali.

Ibrahim mencerita bagaimana dua persatuan guru-guru sekolah cina bergabung menjadi satu dan membuat pelbagai tuntutan yang mengguris hati orang Melayu. Perbuatan mereka itu tidak dianggap pula sebagai rasis, tetapi disokong oleh masyarakat Cina dan akhbar-akhbar Cina. Namun mengapa apabila Perkasa ditubuhkan, bukan sahaja ia dikecam tapi dituduh rasis dan ultra-Melayu. 

Itulah persoalan yang dilontarkan oleh Ibrahim yang mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin yang hadir pada hari ini.

Perkasa, kata Ibrahim, mahu lihat UMNO kembali seperti asal - kuat dan kukuh.

Apapun bentuk model ekonomi baru yang akan dibentuk oleh kerajaan, Ibrahim menegaskan, ia mestilah mengandungi tindakan kesungguhan atau affirmative action bagi memastikan kaum Melayu dan bumiputera memiliki 30 peratus pembahagian kekayaan ekonomi negara.

Ibrahim berkata, kerajaan mesti menjadikan pemeliharaan Perlembagaan Persekutuan oleh seluruh warganegara Malaysia sebagai satu daripada nilai nilai teras yang state centric dan mesti mempertahankan menerusi konsep keselamatan negara.

Perkasa menyokong dikekalkan ISA dan alu alukan sebarang pindaan yang difikirkan sesuai mengikut kehendak semasa.

Ibrahim meminta Tun Mahathir memelihara Utusan Melayu seperti mana terpeliharanya otomobil nasional Proton. Saranan lantang Ibrahim itu diberikan tepukan gemuruh dan sorakan daripada seluruh hadirin kerana alasan Ibrahim ke atas saranan beliau ialah bukan semua orang Melayu membaca akhbar New Straits Times.

Zaman Pemuda UMNO dulu, perhimpunan tak perlu. Kalau tak ada telor jangan nak perlekeh perjuangan Perkasa. Bukan nak bermusuh dengan mana mana pihak tetapi Perkasa pro aktif, mewakili kepentingan orang orang Melayu di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Ibrahim.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Samsuri Arshad duduk dalam Perkasa. Datuk Abu Sujak juga duduk dalam barisan pimpinan Perkasa. Tokoh tokoh akademik, bekas tokoh keselamatan duduk dalam Perkasa..itu jaminan Ibrahim.

Bagi menggerakkan Perkasa, akan rentas kampung, desa, bukit bukau..menjalar sehingga ke akar mencari pengkhianat bangsa dan negara untuk nyahkan bangsa yang mengkhianati negara - janji Ibrahim di hadapan beribu ribu hadirin yang hadir dalam dewan ini.

Ibrahim mendedahkan, ada yang dapat jemputan hadir ke majlis ini, takut untuk hadir. beliau yakin apa jua cabaran akan dilalui dengan semangat.

Kata Ibrahim lagi, Tun Mahathir begitu prihatin,contoh negarawan terbilang, pemimpin model untuk orang orang melayu. Hidup Tun. Hidup Tun..itulah laungan yang kedengaran dari dalam dewan ini.

Secara berseloroh, Ibrahim mengusik Tun, tidak berhati hati ketika memilih pengganti/pemimpin..Kalau pilih saya pun tak mengapa..Jenaka yang disambut dengan hilai tawa daripada semua hadirin termasuk Tun Mahathir sendiri.

Ibrahim mengumumkan, Bintang Pribumi Perkasa Negara dianugerahkan kepada Tun Mahathir. Inilah penghujung ucapan Ibrahim. Perkara akan terus wujud, ada jati diri, semangat api berjiwa kental..alang alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan..serahkan nyawa demi bangsa dan agama..

No comments:

Post a Comment