APABILA DISAPA PETUNJUK DAN HIDAYAH

APABILA DISAPA PETUNJUK DAN HIDAYAH

Borang Keahlian MUARA

Nama:
Email:
Telefon:
KP:
Alamat:

This HTML form was created by Freedback.

Bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal-Ehwal Pengguna

Photobucket

Bersama Timbalan Menteri Pelajaran

Photobucket

Sunday, September 17, 2017

AKU KEMBALI KE SINI

‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Salam pagi Isnin
27 Zulhijjah  1438H
18 September  2017          
           

‎بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
‎اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

Alfatehah buat diri kita, ibu bapa kita, pasangan hidup kita, anak2 kita, keluarga kita dan seluruh muslimin serta muslimat samada yg masih hidup atau telah meninggal dunia.

Alhamdulillah kami bersyukur kpd Mu Ya Allah atas setiap nikmat yg telah Engkau kurniakan. Ya Allah kami beryukur kpd Mu kerana masih diberi peluang utk terus hidup dan beribadah kpd Mu.
           
Ya Allah, Ya Rahman Ya Raheem panjangkanlah umor kami, sihatkanlah badan kami, terangkanlah hati kami dan perbaikkanlah amal kami.

Ya Allah kurniakanlah kpd kami jiwa yg tenang dan tenteram, hiasilah hati kami dgn sifat syukur, sabar dan redha diatas segala ketentuan Mu.

Ya Allah Engkau jauhkanlah kami drpd sifat ujub, riak dan takabbur dan bersangka buruk ke atas org lain.

Ya Rashid Ya Rahman Ya Rahim jika ada dikalangan kami mereka yg diuji dgn kesusahan, maka Engkau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka,

Ya Allah jika ada di kalangan kami yg bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jalan keluar kpd mereka,

Ya Allah jika ada di kalangan kami sedang berhajat dgn keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka,

Ya Allah jika ada di kalangan kami mereka yg diuji dengan sakit, maka Engkau sembuhkanlah mereka Ya Allah agar mereka dpt beribadah bersama kami.

Ya Allah jika ada di kalangan kami yang derhaka kpd ibubapa atau terkurang dlm melayani mereka, maka Engkau ampunilah kami, jadikanlah kami anak2 yang taat dan berbakti, sesungguhnya Engkaulah tuhan yg maha mendengar dan mengasihi.

Ya Allah Ya Razak Ya Fattahu Ya Alim, kurniakan kpd kami rezeki yg halal lagi diberkati dan jadikanlah dgn rezeki itu kami semakin dekat dgn Mu,

Ya Allah sebaliknya, jgnlah Engkau jadikan kami dpd  golongan yg lupa diri setelah mendapat kurniaannMu.

Ya Allah, bantulah kami dlm menjalankan urusan agama kami,

Ya Allah elokkanlah urusan dunia kami, yg padanya tpt kami mencari kehidupan, elokkanlah urusan akhirat kami, yg padanya tpt kami akan kembali utk selama2nya,

Ya Allah jadikanlah kehidupan kami ini sbg tambahan segala kebaikan kepada kami, dan jadikanlah kematian sbg ketenangan kpd kami dari segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kepadaMu dgn jiwa yg tenang.

Ya Allah bersihkan hati kami dan jgnlah Engkau palingkan hati kami setelah Engkau beri kami petunjuk.

َYa Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kpd kedua ibubapa kami tpt yg istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ

Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa2 kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak2 kami, kaum keluarga kami, guru2 kami, sahabat2 kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah.                                                    

‎رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
‎رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
‎وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
‎وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ