APABILA DISAPA PETUNJUK DAN HIDAYAH

APABILA DISAPA PETUNJUK DAN HIDAYAH

Borang Keahlian MUARA

Nama:
Email:
Telefon:
KP:
Alamat:

This HTML form was created by Freedback.

Bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal-Ehwal Pengguna

Photobucket

Bersama Timbalan Menteri Pelajaran

Photobucket

Tuesday, May 4, 2010

10 Komik Kartun Paling Mahal di Dunia

Siapa diantara kita yang tak pernah baca komik kartun? Memang kedengaran agak pelik kalau seumur hidup kita tak pernah baca komik kartun terutamanya ketika zaman kanak-kanak. Ini kerana komik kartun lebih kepada berbentuk humor yang dapat membuatkan pembaca terhibur. Dan ada sesetengah orang membaca komik kartun kerana untuk menghilangkan boring/stress.

Komik kartun adiwira atau superhero seperti Superman, Batman, Spiderman, Ironman dan banyak lagi telah menjadi kegilaaan ramai. Tapi siapa yang mampu menjangka edisi terawal komik kartun ini adalah sangat bernilai. Akibat kesukaran memperoleh salina asal keluaran pertama “Wira Agung” ini, harga lelongan yang dilaksanakan telah mencecah hingga AS$1.5 juta (RM4.793 juta).

Action comics 1 10 Komik Kartun Paling Mahal di Dunia

NAMA: Action Comics, No. 1 / NILAI: AS$1.5 juta (RM4.793 juta)

Siri komik pertama yang memperkenalkan SUPERMAN kepada dunia ini mula dijual pada April 1938. Pakar koleksi komik dan pengasas ComicConnect.com, Stephen Fishler, melabel komik ini sebagai pencetus kegilaan terhadap genre hiburan ringan ini.

detective comics 27 10 Komik Kartun Paling Mahal di Dunia

NAMA: Detective Comics, No. 27 / NILAI: AS$1.38juta (RM4.41 juta)

BATMAN diperkenalkan kepada umum dalam edisi ke-27 Detective Comics. Komik ini hanya berharga AS$0.10 (RM0.32) ketika dijual pada 1939. 70 tahun kemudian, nilai komik ini meningkat jutaan kali ganda.

superman1 10 Komik Kartun Paling Mahal di Dunia

NAMA: Superman, No. 1 / NILAI: AS$671,000 (RM2.144 juta)

Meskipun Action Comics memperkenalkan SUPERMAN kepada umum, komik ini yang pertama didedikasi khas untuk wira besi itu.

all american comics 16 10 Komik Kartun Paling Mahal di Dunia

NAMA: All-American Comics, No. 16 / NILAI: AS$430,000 (RM1.374 juta)

Komik edisi ke-16 All-American Comics ini memperkenalkan Green Lantern kepada pembaca.

DetectiveComics1 10 Komik Kartun Paling Mahal di Dunia

NAMA: Detective Comics, No. 1 / NILAI: AS$405,000 (RM1.294 juta)

Komik ini edisi pertama siri Detective Comics yang mula diterbitkan pada 1937 dan turut dibintangi SUPERMAN dan BATMAN dalam siri seterusnya. Ia ditulis menurut siri penyiasatan tegar yang sukar dinikmati pembaca.

marvel comics 1 10 Komik Kartun Paling Mahal di Dunia

NAMA: Marvel Comics, No. 1 / NILAI: AS$367,000 (RM1.173 juta)

Marvel Comics, anak syarikat The Walt Disney Company, memperkenalkan wira seperti IRON MAN, X-MEN, WOLVERINE dan ramai lagi.

batman 1 10 Komik Kartun Paling Mahal di Dunia

NAMA: Batman, No. 1 / NILAI: AS$359,000 (RM1.147 juta)

Meskipun BATMAN diperkenalkan dalam komik Detective Comics, kimik ini adalah edisi pertama komik peribadinya yang diterbitkan pada 1940 dan turut memperkenalkan ROBIN.

more fun 52 10 Komik Kartun Paling Mahal di Dunia

NAMA: More Fun Comics, No. 52 / NILAI: AS$316,000 (RM1.009 juta)

Komik More Fun Comics hanya diterbitkan antara 1935 hingga 1947. Isu ke-52 memperkenalkan pembaca kepada The Spectre.

flash comics 1 10 Komik Kartun Paling Mahal di Dunia

NAMA: Flash Comics, No. 1 / NILAI: AS$289,000 (RM923,152)

Komik ini diterbitkan pada 1940 buat pertama kali memperkenalkan pembaca kepada FLASH dan HAWKMAN.

amazing fantasy 15 10 Komik Kartun Paling Mahal di Dunia

NAMA: Amazing Fantasy, No. 15 / NILAI: AS$280,000 (RM894,180)

Isu ke-15 Amazing Fantasy adalah komik ke-10 termahal pernah dilelong. SPIDERMAN muncul buat pertama kali di kulit muka komik ada Ogos 1960. Ketika itu penerbitan siri komik ini dijadual akan ditamatkan, tapi kemunculan SPIDERMAN sebaliknya menyebabkan siri ini mencatatkan penjualan paling tinggi pada masa itu.

Sama ada kita perasaan atau tidak, kebanyakkan filem superhero yang dihasilkan di Hollywood adalah diadaptasi daripada komik kartun terkenal ini dan telah meraikan keuntungan yang belipat kali ganda.

Bagi kita rakyat Malaysia, mungkin kita tak berpeluang untuk membaca komik kartun hebat tersebut. Tetapi komik kartun yang dihasilkan oleh kartunis tempatan kita tidak kurang juga hebatnya.

majalah apo 150x150 10 Komik Kartun Paling Mahal di Duniamajalah bujal 150x150 10 Komik Kartun Paling Mahal di Duniamajalah gelihati 150x150 10 Komik Kartun Paling Mahal di Duniamajalah gila gila 150x150 10 Komik Kartun Paling Mahal di Duniamajalah kg boy 150x150 10 Komik Kartun Paling Mahal di Duniamajalah ujang 150x150 10 Komik Kartun Paling Mahal di Dunia

No comments:

Post a Comment