Pada tahun 1983,Orang kanan Maulana Elyas iaitu Meiji Mehrab mengkhabarkan pesan Maulana Elyas. Antara nya ialah
1- Umat ini akan hanya dapat disatukan dengan perantaraan kerja Nabi s.a.w. [dakwah]. Umat akan berpecah apabila manusia ambil diluar daripada kerja ini. Sejarah telah membuktikan, apabila dakwah ditinggalkan, umat akan berpecah dan bantuan Allah secara istima'i tidak akan datang pada umat ini.
2- Kita tidak akan faham AlQuran, sehinggalah kita melihat seluruh kehidupan Baginda Rasulullah s.a.w. dan sahabat r.a. adalah manusia pertama yang mengamalkannya. Kehidupan mereka inilah yang dipanggil AlQuran. Kehidupan mereka tidak pernah bertentangan dengan AlQuran. Sehinggakan badwi dipadang pasir yang tidak pernah pegang pen dan kertas dapat mengamalkannya dan mereka dapat bersatu dalam perkara iman dan sunnah.
3- Saya[Maulana Elyas] memahami kerja Rasulullah s.a.w. hanya satu peratus sahaja, dan dapat menyampaikan kepada kamu satu peratus daripada jumlah tersebut. [1/10,000%]
4- Kami[orang Mewat]Ketika kami tengah masak dibawah satu pokok, Maulana Elyas memberitahu kami "Wahai orang Mewat! Satu hari nanti kamu akan naik kapal terbang untuk pergi ke satu dunia untuk maksud kerja Nabi s.a.w.!" Kami berkata kepada Maulana Elyas "Maulana Sab! Untuk makan dhal pun kami tak cukup!"
Itulah antara perkataan Maulana Elyas.
PN mencari penawar untuk pulih keretakan
3 days ago
No comments:
Post a Comment