APABILA DISAPA PETUNJUK DAN HIDAYAH

APABILA DISAPA PETUNJUK DAN HIDAYAH

Borang Keahlian MUARA

Nama:
Email:
Telefon:
KP:
Alamat:

This HTML form was created by Freedback.

Bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal-Ehwal Pengguna

Photobucket

Bersama Timbalan Menteri Pelajaran

Photobucket

Saturday, November 7, 2009

Kekuasaan Allah SWT

Padang jarak padang tekukur di Jawa timur


HANYA bumbung masjid yang tinggal, lainnya habis ditenggelami yang keluar dari perut bumi di Sidoarjo di Jawa Timur, sejak tiga tahun lalu.


MASIH segar diingatkan kira-kira tiga tahun lalu, bagaimana tenangnya dan gembiranya penduduk di kampung-kampung sekitar Sidoarjo dan Lapindo, Jawa Timur.

Tanah yang subur membolehkan kebanyakan penduduk kampung berkenaan yang menjalankan aktiviti pertanian mendapat hasil yang lumayan dan kebanyakan mereka mampu membina rumah-rumah batu yang selesa untuk didiami.

Sebagai sebuah kampung penduduknya tidak pernah melupakan menghias halaman mereka dengan pokok hiasan selain pokok-pokok buah-buahan yang lebat berbuah.

Pada suatu hari jentera-jentera berat mula memasuki kawasan kampung yang katanya untuk melakukan kerja-kerja menggali minyak. Penduduk kampung pada mulanya agak gembira kerana penemuan minyak mentah di kawasan mereka pastinya akan mengubah kehidupan mereka kepada yang lebih baik.

Mungkin anak-anak muda tidak lagi perlu membanting tulang di sawah padi, sebaliknya bekerja dengan syarikat menggali minyak yang tentunya memberi pendapatan yang lebih lumayan.

Namun di benak mereka juga timbul juga rasa kebimbangan jika sesuatu berlaku semasa kerja-kerja itu kerana kedudukan kawasan penggalian terlalu hampir dengan penempatan penduduk.

Akhirnya kebimbangan itu memang menjadi kenyataan apabila tiba-tiba sahaja lubang yang digali meletup dan menyemburkan lumpur panas dan sehingga hari ini tidak pernah berhenti, begitulah cerita seorang penduduk yang dikenali sebagai Yahya ketika ditemui baru-baru ini.

Letusan lumpur itu telah merenggut kehidupan 25,000 penduduk dari 17 buah kampung. Lumpur yang berhambur keluar dianggarkan 100,000 meter padu sehari itu menyebabkan sebanyak 10, 425 buah rumah dan 77 buah masjid tenggelam di dalam lumpur.

Apa yang tinggal kini hanyalah bumbung sebuah kilang dan bumbung sebuah masjid, yang lainnya ibarat padang jarak padang tekukur. Bahkan tidak ada seurat rumput yang dapat tumbuh di atas lumpur yang telah kering dan keras kini.

Setakat ini hanya kira-kira 20 peratus sahaja penduduk yang dibayar pampasan oleh syarikat bertanggungjawab iaitu Lapindo Brantas.

Selebihnya penduduk masih lagi menunggu dan kebanyakan mereka kini mendiami rumah yang diperbuat daripada buluh sejak tiga tahun lalu.

Pelancong

Mujurlah juga kini kawasan berkenaan menjadi tumpuan pelancong dan ia memberi peluang pekerjaan baru kepada penduduk kampung sama ada menyediakan pengangkutan atau sebagai pemandu pelancong.

Selain itu mereka juga menjual VCD tentang kejadian semburan lumpur itu kepada para pengunjung.

Untuk masuk ke kawasan berkenaan kini dikenakan bayaran RM1.50 dan pengangkutan menggunakan motosikal dikenakan bayaran RM15. Itulah satu-satunya punca pendapatan penduduk di kawasan berkenaan kini.

Kebanyakan anak-anak muda juga telah meninggal kampung berkenaan yang tidak lagi selesa didiami dan tidak mampu memberi peluang pekerjaan kepada mereka.

Pihak kerajaan pula dilihat tidak begitu serius dalam menyelesaikan pembayaran pampasan tersebut dan apabila syarikat terbabit menyatakan tidak dapat membayar baki pampasan kerana kesan daripada krisis ekonomi global, ia langsung tidak dibantah.

Apa yang dapat dilakukan oleh penduduk kini hanyalah mengadakan tunjuk perasaan, majlis berdoa beramai-ramai dan selebihnya mereka tidak dapat berbuat apa-apa. Setiap petang ramai yang duduk menatap padang lumpur sementara menunggu matahari terbenam dengan pandangan hampa.

No comments:

Post a Comment