APABILA DISAPA PETUNJUK DAN HIDAYAH

APABILA DISAPA PETUNJUK DAN HIDAYAH

Borang Keahlian MUARA

Nama:
Email:
Telefon:
KP:
Alamat:

This HTML form was created by Freedback.

Bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal-Ehwal Pengguna

Photobucket

Bersama Timbalan Menteri Pelajaran

Photobucket

Tuesday, November 10, 2009

Corat-Coret Perlawanan Akhir 2009

Kelantan Nafi Pemain Jual Perlawanan

KOTA BAHARU, 9 Nov (Bernama) -- Kelantan menolak dakwaan kononnya pemain menjual permainan yang menyebabkan pasukan itu kalah kepada Negeri Sembilan pada perlawanan akhir Piala Malaysia pada Sabtu lepas.

Pengurus pasukan, Azman Ibrahim, berkata kekalahan itu juga bukan kerana kelemahan strategi ketua jurulatih, B. Sathianathan.

"Semuanya spekulasi sahaja. Bagi saya adalah tidak benar disebabkan Kelantan kalah pada perlawanan itu pelbagai tuduhan dibuat dan andaian dikeluarkan banyak pihak," katanya ketika mengulas kekalahan pasukan Kelantan itu.

Beliau ditemui pemberita sekembali dari Kuala Lumpur bersama pasukan Kelantan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini, dan disambut oleh 50 penyokong.

Dalam perlawanan yang disaksikan oleh lebih 60,000 penonton itu, Kelantan kalah 3-1.

Azman berkata sekiranya betul ada cubaan membeli pemain Kelantan, pihak yang membuat andaian itu perlu memberi maklumat kepada pihak berkuasa.

"Bagi saya perkara itu tidak berlaku, mungkin ada pihak mahu spekulasi isu ini setelah Kelantan kalah pada perlawanan itu," katanya.

Bagaimanapun beliau mengakui ada kelemahan dari segi penempatan posisi pemain yang membawa kepada pasukan itu mudah ditembusi dan permainan agak lemah.

Azman berkata sebagai jurulatih, Sathianathan tahu tentang pemain yang hendak diketengahkan walaupun baru mengetuai pasukan Kelantan.



Piala Malaysia: KAFA Minta FAM Jangan Terburu-buru Menghukum

KUALA LUMPUR, 9 Nov (Bernama) -- Sukar bagi Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) menerima kekalahan pada perlawanan akhir Piala Malaysia Sabtu lepas, namun berat lagi beban untuk mengatasi perilaku buruk segelintir penyokong yang mencetus huru-hara di Stadium Nasional Bukit Jalil pada perlawanan itu.

Namun Presidennya Tan Sri Annuar Musa tetap menerima kekalahan pasukannya secara positif, sambil meminta orang ramai tidak bingkas melabel semua penyokong Kelantan sebagai "ganas", hanya kerana tindakan segelintir penyokong.

"Bukan niat saya mahu mempertahankan tindakan penyokong nakal ini, yang membakar kerusi stadium, selain bendera negeri, serta balingan mercun serta objek ke atas padang," kata Annuar kepada Bernama.

Katanya KAFA telah melakukan sedaya mungkin dengan berulang kali memberi peringatan kepada penyokong "Red Warriors" tetapi apa yang berlaku di Stadium Nasional adalah di luar kawalan KAFA.

Lantas Annuar meminta Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) jangan terburu-buru menghukum KAFA kerana insiden itu.

Annuar seterusnya menggesa pihak keselamatan supaya memikirkan pelbagai kaedah untuk mengawal perbuatan membawa mercun ke dalam stadium memandangkan mercun adalah ditegah undang-undang.

Katanya semua pihak harus bersama mencari jalan ke arah membendung gejala serupa daripada berulang.

"Dalam masa yang sama, jangan kita nafikan kejayaan bola sepak adalah kerana penyokong kita, meriahnya bola sepak di Kelantan, di Bukit Jalil, adalah kerana penyokong," katanya.

Beliau tidak menolak kekecewaan penyokong Kelantan disebabkan mereka terlalu mengharapkan Kelantan muncul juara selepas penantian sekian lama.

Annuar turut kecewa kerana sebahagian daripada 70,000 penyokong Kelantan tidak bersama pasukan itu sehingga wisel penamat, sebaliknya meninggalkan stadium hanya selepas 60 minit permainan, pada ketika Kelantan ketinggalan 0-3 kepada Negeri Sembilan yang muncul juara.

Sebelum ini, KAFA pernah didenda hampir RM100,000, selain larangan bermain di gelanggang sendiri, kerana tindakan penyokong mereka yang merusuh.

Hakikatnya KAFA kemungkinan berdepan tindakan disiplin sekali lagi apabila Jawatankuasa Tatatertib FAM bermesyuarat dalam tempoh terdekat.

Walau apapun terjadi, Annuar berkata beliau tetap tidak serik memegang jawatan presiden kerana menurutnya, masalah pasukan adalah cabaran kepadanya manakala soal penyokong juga sebahagian tanggungjawab beliau.

Annuar berkata KAFA akan mencari jalan terbaik mengatasi gejala penyokong liar dengan mengadakan kempen kesedaran selain memperbaiki cara pengurusan dan kawalan keselamatan semasa perlawanan.

No comments:

Post a Comment