APABILA DISAPA PETUNJUK DAN HIDAYAH

APABILA DISAPA PETUNJUK DAN HIDAYAH

Borang Keahlian MUARA

Nama:
Email:
Telefon:
KP:
Alamat:

This HTML form was created by Freedback.

Bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal-Ehwal Pengguna

Photobucket

Bersama Timbalan Menteri Pelajaran

Photobucket

Thursday, April 29, 2010

1,194 Pengerusi, Setiausaha JKKKP diberi tauliah

KOTA BHARU 29 April - Sebanyak 1,194 Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) di negeri ini telah menerima tauliah daripada Kerajaan Persekutuan untuk memastikan pengagihan wang ihsan dapat dilakukan secara telus.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pelantikan yang berkuat kuasa mulai Januari hingga Disember ini akan membolehkan mereka berperanan meneliti dan mengesahkan penerima yang benar-benar berhak dan tiada yang tercicir.

''Mereka akan meneliti golongan yang selayaknya mendapat wang ihsan berkenaan termasuk mengesahkan dan merujuk semua borang yang diisi oleh pemohon kepada pemimpin tempatan.

''Ini antara tugas pertama mereka iaitu mengesahkan senarai penerima wang ihsan Jawatankuasa Pengagihan Wang Ihsan (JPWI) Kelantan yang sudah pun mempunyai kaedah tertentu untuk mengagihkan wang ini.

''Penerima perlu mengisi borang selepas dirujuk kepada Guru Besar sekolah dan pemimpin tempatan manakala Pengerusi JKKKP hendaklah mengesahkan perakuan yang dibuat," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan JKKKP Negeri Kelantan di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi JPWI, Datuk Dr. Awang Adek Hussin; Ketua Pengarah ICU (Unit Penyelarasan Pelaksanaan), Jabatan Perdana Menteri, Datuk Shukry Mohd. Salleh dan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Mahktar Mustafa.

Pada majlis itu, penyampaian watikah dibuat kepada 765 JKKKP dan mereka yang ditauliahkan mengikut 14 bahagian Parlimen iaitu Kota Bharu, Pengkalan Chepa, Ketereh, Pasir Mas, Rantau Panjang, Tanah Merah, Jeli, Kuala Krai, Gua Musang, Bachok, Pasir Puteh, Machang, Tumpat dan Kubang Kerian.

Sementara itu, Mustapa berkata, kerajaan turut meluluskan pertambahan bilangan JKKKP sebanyak 188 lagi untuk menjaga kepentingan penduduk yang semakin bertambah selain kaum minoriti Cina, India dan Siam.

"Sebelum ini ada 577 JKKKP tetapi kali ini ditambah 188 lagi menjadikan jumlahnya sebanyak 765 buah," katanya.

Menurut beliau, menerusi kaedah baru yang dilaksanakan, semua pengerusi itu perlu mengadakan mesyuarat setiap bulan dan akan turut diberikan elaun sebanyak RM30.

"Menerusi langkah itu, kita dapat menyampaikan perkhidmatan lebih baik termasuk dalam menyalurkan bantuan sekolah dan orang miskin," jelasnya.

Wednesday, April 28, 2010

Gadai

Pahit atau tidak

Berat atau tidak

Hakikat atau tidak

Bukalah mata kalian

Tanah Tuah ini

Sudah ada yang dijual

Terjual habis

Mereka sudah ada segala-galanya

Kecuali satu iaitu kuasa

Melayu hijau masih lupa

Biru muda tidak berbangsa

Hingus budak tidak diseka

Akal budak masih dibiar begitu

Biarpun gigi susu sudah pupus

Tika tanah ini berbaki satu

Mereka puas kerana 9 telah ada pembeli

Sedangkan anak-anak masih merah kakinya

Hari ini ayam menjadi santapan

Ke depan ubi kayu kembali menjadi hidangan

Itulah sebaik-baiknya bagi mereka

Ku terima mereka dengan hati yang terbuka

Malangnya mereka sepak kepala

Kalian mahu kertas ini dipangkah?

Boleh..

Batalkan 7 wasiat Raja-raja Melayu

Kamu Melayu!

Lebih rela tangiskan terompah yang hilang

Sedang tanah ini kamu pinjamkan

Dari anak dan cucumu

Tak apa..

Melayu memang tidak layak di mana-mana dunia

Melayu bangsa nista menista sesamanya

Haram makan dari pinggan biru tua

Mereka itu kafir walaupun bersyahadah!!!

Peduli apa aku tentang semua itu

Aku Tuan Guru

Aku lebih tahu...

Haram kamu berjabat salam dengan mereka

Mereka bertudung tetapi isi neraka

Halal kamu ambil wang bantuan dari mereka

Diwajibkan kamu ludah mereka dengan hati dan lidahmu..

Kita hancurkan semua Melayu biru tua

Kita hantar 10 ribu tentera

Hancurkan mereka

Tapi awas!!!

Patuhi mereka-mereka lain yang tertindas..

Kasihan mereka

Kita kongsi kuasa okey..?

Kalau kamu berkuasa

Ambillah anak aku menjadi pekerja

Tapi sebelum itu

Biarkan aku menolongmu memperolehi kuasa

Tapi kamu mesti janji

Anak aku menjadi pekerja kamu

Dan kalau boleh jadikan dia sebagai pemegang saham di syarikatmu

Satu hari..

Pak..Bos saya kata

Hutang sudah selesai

Dia suruh saya pulang..

Anak.

Bapak cuma ada kad pengenalan saja

Kau pergilah gadaikan di kedai hujung tepi istana

Katakan bahawa kau melayu

Tapi pak..

Kalau sebut Melayu

Nanti saya kena pukul!!!!

Monday, April 19, 2010

SAMY VELLU vs KARAM SINGH WALIA


Samy Vellu if compared to Karam Singh Walia - for me Karam Singh Walia is better. Though his ‘peribahasa’ sometimes made us laugh, for me it’s far better than don’t know how to speak Malay correctly. With Samy Vellu, we could hear many ‘funny’ words in his everyday life.

  • Samy Vellu on Pos Laju “BESOK KIRIM, HARI INI SAMPAI..”
  • The one on TV when in trying to say he was ashamed, he said: “Kemaluan saya besar”
  • On drugs, “Jangan hisap dada”
  • Samy said in a ceramah, “Kita akan bina satu jembatan untuk orong-orong kampong di sini”. One pakcik asked, “Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?” and Samy glorious replied, “Kalo takde sungai, kita bina sungai!”
  • Samy’s favorite quote on national television “Toll naik sikit, manyak marah saya. You ingat semua ini toll saya punya bapa punya kah!”
  • During the water shortage crisis: “semua orang diminta jangan membuang aiyerr..!”
  • During blood donation campaign in Sg Siput: “..marilah kita semua menderma dara..”
  • During the opening speech of various function: “…selamat datang saudara-mara semua..” (actually is “saudara-saudari”)
  • At an opening ceremony: “Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik ke pentas untuk membuka kain..”
  • Commenting about his modesty: “Sebenarnya, kemaluan saya sangat-sangat besar.”
  • And lastly u know why our N-S Highway concessionaire is named PLUS. PLUS = Pungut Lebih Untuk Samy

Sunday, April 18, 2010

Bayan Fikir

1. Allah SWT telah pilih kita untuk lahir sebagai orang Islam. Sebelum kita lahir ke dunia, kita tak pernah diberi pilihan untuk jadi muslim atau kafir. Semata-mata dengan sifat rahim Allah telah jadikan kita seorang muslim. Jadi kita kena syukur atas nikmat ini.

2. Allah telah hantar kita sebagai umat Muhammad SAW dengan satu maksud yang sangat besar iaitu sebagaimana maksud semua Nabi telah dihantar.

3. Allah telah jadikan manusia mempunyai jasad dan roh. Perkara paling berharga bagi manusia (supaya jasad dan roh ini dapat dimanfaatkan) adalah masa.. Seorang yang kematian isteri, boleh cari isteri yang lain. Seorang yang kematian anak, boleh dapat anak yang lain. Seorang yang rumahnya terbakar, boleh cari rumah yang lain. Seorang yang perniagaannya bankrap, boleh bina perniagaan yng lain. Tetapi seorang yang telah berlalu masanya, masa itu tak dapat diganti semula. Masa yang berlalu akan terus pergi buat selama-lamanya.

4. Allah begitu kasih kepada orang-orang beriman sehingga menjadikan sekecil-kecil perkara sebagai sebab penghapus dosa. Sehingga tercucuk duri pun Allah akan hapuskan dosa dari buku catatan. Diceritakan kisah seoarng raja kafir yang zalim ketika hendak mati berhajat untuk makan sejenis makanan yang sukar didapati. Allah telah perintah malaikat untuk dapatkan makanan itu untuk raja tersebut. Selepas makan, raja itu telah mati. Dalam kisah yang lain pula seorang alim yang warak ketika hendak mati telah meminta sedikit air. Apabila orang datang membawa air, Allah telah perintah kepada malaikat untuk tepis cawan sehingga air tertumpah dan orang warak itu mati tanpa dapat minum air. Kedua-dua malaikat telah datang mengadap Allah dan mengadukan hal tersebut. Allah berfirman kepada kedua malaikat tersebut bahawa ketika hidup, raja yang zalim tersebut dia telah buat satu kebaikan dan Allah hendak mambalas kebaikan tersebut di dunia dan azab yang kekal menantinya di akhirat kerana kekafirannya. Manakala orang warak tersebut telah berbuat satu dosa ketika hidup dan Allah hendak menghapuskan dosa tersebut ketika di dunia dan memberikan keselamatan kepadanya di akhirat.

5. Di akhirat nanti, orang yang dalam hatinya ada iman walau sebesar zarah akan dikeluarkan juga akhirnya dari neraka. Manakala orang kafir akan kekal di dalamnya.

6. Dakwah dan iman adalah dua perkara yang berkaitan. Adanya dakwah maka adalah iman. Jika dakwah tiada, maka iman akan keluar dari hati-hati manusia. Nabi Nuh as telah buat usaha dakwah selama 950 tahun siang dan malam. Kemudia baginda telah doa supaya jangan ditinggalkan di atas dunia ini walaupun satu orang kafir. Maka Allah telah hantar banjir yang besar dan menenggelamkan semua orang kafir. Yang terselamat hanyalah nabi Nuh as dan orang-orang yang beriman. Selepas kewafatan nabi Nuh as, dakwah telah terhenti. Dari keturunan orang yang beriman tadi akhirnya telah kembali kufur kepada Allah.

7. Pada kurun ke 18, orang British telah menakluki Australia dan mendapati ada 3 buah gurun yang besar di sana. Untuk menyelesaikan masalah pengangkutan mereka telah membawa 120 ekor unta untuk digunakan mengangkut barang-barang di padang pasir. Oleh kerana mereka tidak tahu mengendalikan unta maka mereka telah membawa ramai orang-orang Islam dari benua India yang kebanyakannya berketurunan afghan. Di kalangan pekerja-pekerja ini terdapat sejumlah bilangan dari golongan ulama. Ulama-ulama ini telah membina 60 masjid dan 3 daripadanya yang berusia lebih 100 tahun masih bertahan sehingga kini. Malangnya bila usaha dakwah ditinggalkan, keturunan dari mereka ini tidak kenal Islam walaupun nama-nama mereka seperti nama-nama Islam.

8. Pada suatu masa jemaah yang bergerak telah dibawa untuk jumpa 3 wanita tua dari keturunan pekerja-pekerja tersebut, yang masing-masing berumur lebih 85 tahun. Ternyata mereka tak tahu apa-apa mengenai amalan Islam kecuali kalimah Laailaha illallah, Muhammadur rasulullah. Bila mereka nampak jemaah memegang tasbih ditangan, mereka mengatakan bapa-bapa mereka dahulu memegang tasbih seperti kamu. Jemaah telah menghadiahkan kepada mereka tasbih tersebut dan mereka rasa sungguh gembira.

9. Laporan satu jemaah lagi yang buat usaha di Thursday Island. Di sana, 90% penduduknya adalah dari keturunan Islam. Teatapi amalan Islam telah lenyap dari diri mereka. Jemaah telah dibawa berjumpa seorang lagi wanita tua berusia lebih 80 tahun. Bila wanita tua ini terlihat saja kepada jemaah (yang dalam keadaan berjanggut, berjubah, berserban), maka dia telah menjerit dengan mangatakan, ‘Muslim has come, muslim has come.’ Dia telah keluarkan satu beg dari bawah katil dan tunjuk kepada jemaah peninggalan arwah bapanya berupa sejadah dan beberapa kitab selawat. Perempuan tua itu bercerita semasa umurnya 10 tahun, bapanya telah meninggal dunia. Sebelum itu dia sempat berwasiat, ‘You don’t be worry. Muslim will come and take of you because muslim are always taking care of each other.’ Perempuan tua itu menambah, ‘And I have been waiting for you (muslim) for 70 years.’
(*Pembayan telah sebak dan menangis. Juga, kami yang dengar bayan).

10. Pembayan memberi laporan bahawa beliau telah berpindah ke Australia dari Tanah Arab pada tahun 1968. Walaupun ada 80 ribu orang Islam di Melbourne tetapi hanya ada 1 masjid sahaja. Itupun dibuka 2 kali setahun untuk solat hari raya. Solat Jumaat hanya dibuat oleh 3-4 orang disebuah surau yang lain. Beliu ada mendengar laporan bahawa jemaah pertama dihantar ke Australia adalah pada tahun 1962. Jemaah ini hanya mampu menangis dan berdoa apabila melihat keadaan agama pada umat.

11. Jemaah seterusnya dihantar pada tahun 1973. Jemaah ni balik dan beri laporan kepada Hadraji bahawa orang Islam di Australia sudah tiada harapan. Hadraji tak berputus asa dan menghantar jemaah lagi pada tahun 1974 & 1975. Pada tahun 1975 ini, 3 orang tempatan (termasuk abang pembayan) telah sedia untuk menghidupkan amalan ziarah pintu ke pintu untuk bertemu dengan orang-orang Islam. Beberapa lama amalan ini berterusan, mereka telah bermesyuarat dan memutuskan untuk meminta kunci masjid. Kunci masjid telah diberi kepada mereka dengan senang hati dan semenjak itu masjid tersebut tidak pernah ditutup lagi sehingga ke hari ini.

12. Amal-amal masjid telah dihidupkan. Jemaah-jemaah telah dikeluarkan dan usaha telah berkembang. Alhamdulillah sekarang telah ada lebih 80 masjid dan surau di Melbourne. Madrasah-madrasah telah wujud. Anak-ank yang dulunya belajar di madrasah sekarang telah mengajar pula. Pembayan berkata dengan matanya sendiri dia dapat melihat apabila dakwah ditinggalkan, dari keturunan ulama akan lahir orang-orang kufar. Apabila dakwah dijalankan, dari keturunan kufar, lahirnya ulama.

13. Kerja ini bukanlah kerja main-main. Bukan kerja yang dibuat kalau suka, dan ditinggal kalau malas. Ini adalah kerja tanggungjawab kita sebagai umat Nabi SAW walaupun kita bukan Nabi. Ini adalah perintah Allah kepada kita.

14. Bila kita buat kerja ini, Allah pasti akan beri hidayat kepada manusia. Seluruh manusia sekarang sedang menanti-nanti kedatangan kita sebagai orang Islam kepada mereka (seperti kisah orang tua tadi).

15. Tashkil…

# Semasa tashkil pembayan menambah, jika seorang bapa menyuruh anaknya yang kecil terjun dari sebuah tempat tinggi dan dia akan menyambutnya; maka jika anaknya terjun, bapanya akan segera menyambut dan memeluk anaknya dengan kasih sayang dan tak akan biarkan anaknya jatuh ke bawah. Allah lebih-lebih lagi kasih kepada hambanya dan suruh kita terjun dalam usaha dakwah. Sekali-kali Allah tak akan biarkan kita jatuh dan mendapat kesusahan. Pasti Allah akan menyambut dan memeluk kita dengan rahmatnya.

Saturday, April 17, 2010

Bayan Maulana

Petikan Ringkasan Bayan Asar
oleh Maulana Muhammad Zubair-Ul Hassan Khandahlawi

Bertarikh : 22 Januari 2010.

Nah maduhu Wanusolli mu ala Rasulihil Kariim...
Mere Bhaiiyo Doshtrou Gozuggrou..

Seluruh kehidupan kita perlu ikut cara Nabi S.A.W samada amalan itu kecil atau besar. Setiap amalan yang dilakukan jika mengikut cara yang ditunjukkan oleh Nabi S.A.W, amalan itu diterima oleh Allah S.W.T dan amalan itu dianggap sebagai amalan agama dan diberi pahala oleh Allah S.W.T. Jika amalan yang dilakukan tidak mengikut syariat yang dibawa oleh Nabi S.A.W maka amalan itu tidak berharga disisi Allah S.W.T. Agama ialah seluruh kehidupan kita mengikut perintah Allah S.W.T dan cara perlaksanaannya berlandaskan cara yang ditunjukkan oleh Nabi S.A.W.

Apa pun amalan kita, makan, minum, pernikahan, perjumpaan keluarga, kita perlu tahu apakah kehendak agama, apakah perintah Allah S.W.T, bagaimanakah cara melaksanakannya iaiatu mengikut cara Nabi S.A.W, maka itulah dinamakan agama.

Oleh kerana sekarang terlalu banyak cinta dunia masuk dalam hati maka sebab itulah cinta pada agama telah tercabut dari hati kita. Oleh kerana cinta dunia telah penuh dalam hati, maka dunia telah menjadi matlamat hidup dan dia mencari jalannya sendiri.

Dunia mungkin membuatkan dia maju dalam kehidupannya, kemuliannya membuatkan dia dikenali dan dihormati tetapi apabila dia mati, dunia tidak akan ikut, dunia akan lepaskan dia. Berbeza dengan agama, apabila kita usaha atas agama, ikut perintah Allah S.W.T dengan cara Nabi S.A.W, kita warnakan kehidupan kita mengikut cara Nabi S.A.W, maka ini adalah perkara yang berharga di sisi Allah S.W.T. Apabila kita mati, agama ini akan mengikuti kita dan menyebabkan kita mendapat kemuliaan di sisi Allah S.W.T.

Masalah kita bukan kehidupan dunia, masalah kita ialah kehidupan akhirat, Inilah masalah utama kita dan inilah kita perlu fikirkan. Kehidupan akhirat yang amat dahsyat dimana setiap orang akan melaluinya. Dunia adalah kehidupan sementara samada ia hidup senang atau susah, satu masa akan ditinggalkan juga, Kehidupan yang sempurna ialah kehidupan akhirat.

Semasa di dunia kita kena usaha untuk kehidupan akhirat. Ikut segala perintah Allah mengikut cara Nabi S.A.W dan jika kita amalkan cara ini tanpa disedari Allah akan membentuk kehidupan dunianya, dia akan bahagia di dunia dan di akhirat selamanya. Tetapi jika di dunia dia jadikan dunia sebagai keutamaan hidupnya dan akhirat diletakkan di belakang maka di dunia dia akan rugi dan di akhirat dia akan menanggung kerugian yang amat besar.

Kehidupan di dunia inilah yang membentuk kehidupan akhirat di dunia, maka dengan sendirinya kehidupan dunia akan terbentuk. Bekalan akhirat bukanlah benda-benda dunia kerana dunia tiada harga disisi Allah S.W.T. Nabi S.A.W pernah bersabda,”kalaulah dunia ini berharga di sisi Allah S.W.T walau sebesar sayap nyamuk. Nescaya Allah tidak berikan orang kafir walaupun seteguk air.”jika kita jadikan agama sebagai maksud hidup kita,kita akan disayangi oleh Alah S.W.T.

Asas agama ialah iman. Iman akan terbentuk apabila kita banyakkan bercakap kebesaran Allah S.W.T, kehebatan Allah, kudrat dan kekuasaan Allah. Perkara inilah kita cakapkan berulang kali. Apabila seseorang bercakap sesuatu perkara dan dia sanggup korbankan dirinya untuk perkara itu bermakna ia telah yakin dalam hatinya tentang perkara itu.

Begitu juga bila kita bercakap berulang-ulang tentang sifat Allah S.W.T, kebesaran Allah akan masuk dalam hati kita dan cinta terhadapNya akan wujud. Oleh sebab itu kita kena bercakap berkali-kali, berulang-ulang kehebatan dan kebesaran Allah S.W.T. Apabila kita cakap kebesaran Allah, iman akan masuk dalam hati, apabila dalam hati telah masuk iman, telah masuk cinta terhadap kebesaran Allah S.W.T ,maka anggota badannya dengan sendirinya akan ptauh dengan perintah Allah S.W.T, segala kebaikan akan wujud dan dunia akan dipenuhi keamanan dan kebahagiaan.

Jika dalam hati tidak ada cinta terhadap Allah S.W.T, maka hatinya berpenyakit, maka dia akan merosakkan anggota-anggota badan cinta dunia, maka dia akan berusaha untuk hasilkan dunia. Mereka melakukan kerosakan seluruh dunia. sebab itu semua kerosakan, musibah, yang berlaku di dunia adalah kesan dari amalan buruk manusia.

Apabila amalan buruk manusia naik ke langit, maka keadaan buruk juga diturunkan oleh Allah S.W.T. Jika amalan yang baik naik kelangit, Allah akan buat keputusan yang baik untuk manusia.

Allah S.W.T tidak menjadikan kemajuan dunia sebagai ukuran untuk kemajuan manusia, untuk keamanan dunia, bahkan keamanan dunia terletak pada amalan-amalan baik manusia. Kita tidak perlu menuding jari kepada orang lain, kita kena lihat diri sendiri. Ini baharu kehidupan dunia, bayangkan kehidupan yang akan datang selepas mati, hanya Allah yang maha mengetahui. Peluang hanya sekali sahaja, apa yang kita usahakan di dunia itulah yang bawa kita ke akhirat. Allah dengan kasih sayangNya telah memberi kita satu jalan yang mudah iaitu usaha dakwah.

Kita jumpa manusia dan beritahu manusia,”Tuan,kehidupan akhirat adalah kehidupan yang sebenarnya, kehidupan di dunia ini adalah persiapan kehidupan akhirat.” Inilah dakwah perlu kita berikan pada manusia. Berimanlah pada kekuasaan dan kehebatan Allah S.W.T, begitu juga dakwah Nabi pada manusia” Wahai manusia, jangan kamu tertipu dengan dunia ini, dunia adalah benda yang menipukan, dunia ini menipu kamu, janganlah kamu tanam dalam hati kau cinta terhadap dunia. Kehidupan yang sebenarnya adalah kehidupan akhirat.” Kita membawa kebaikan pada diri kita dan melibatkan orang lain untuk kehidupan akhirat.

Sesiapa yang membuat usaha atas agama ini, di dunia, dia akan berjaya dan di akhirat pun dia akan Berjaya. Sesiapa yang meninggalkan usaha ini di dunia dia akan gagal dan di akhirat pun dia akan gagal.

Kita kena banyak bertaubat pada Allah,” Wahai Allah, engkau hantar kami ke muka bumi ini untuk melakukan kerja yang telah Engkau beri tetapi kami tidak melakukannya, Ampunkanlah dosa kami kerana telah tinggalkan Usaha ini dan ampunkanlah kami kerana telah menjadikan dunia sebagai tujuan hidup kami, kami telah hancurkan hidup kami, maka ambillah kami ya Allah untuk membuat usaha ini.”

(Maulana Muhammad Zubair meminta semua yang hadir bertaubat pada Allah, beristighfar memohon ampun pada Allah dan mohon keamanan pada Allah S.W.T, kerana kita telah bersalah meninggalkan usaha ini, usaha yang telah diberikan kepada kita. Kita tidak lakukan sepertimana yang dikehendaki Allah S.W.T, di samping itu, kita berdoa dengan hati yang tulus, dan menangis-nangis semoga Allah terima kita sehingga kita mati dalam usaha yang suci murni ini.

Allah S.W.T amat suka hambaNya yang berdoa tulus daripada hati sambil menangis-nangis. Dengan tasbihat, selawat dan istighfar memohon hidayat pada Allah, mohon Allah sebarkan hidayat keseluruhan permukaan bumi ini. Amiin..
Petikan Ringkasan Bayan Asar

oleh Maulana Muhammad Zubair-Ul Hassan Khandahlawi

Bertarikh 22 januari 2010.

Nah maduhu Wanusolli mu ala Rasulihil Kariim...
Mere Bhaiiyo Doshtrou Gozuggrou..

Seluruh kehidupan kita perlu ikut cara Nabi S.A.W samada amalan itu kecil atau besar. Setiap amalan yang dilakukan jika mengikut cara yang ditujunkkan oleh Nabi S.A.W,amalan itu diterima oleh Allah S.W.T dan amalan itu dianggap sebagai amalan agama dan diberi pahala oleh Allah S.W.T.Jika amalan yang dilakukan tidak mengikut syariat yang dibawa oleh Nabi S.A.W maka amalan itu tidak berharga disisi Allah S.W.T. Agama ialah seluruh kehidupan kita mengikut perintah Allah S.W.T dan cara perlaksanaannya berlandaskan cara yang ditunjukkan oleh Nabi S.A.W. Apa pun amalan kita,makan,minum,pernikahan,Perjumpaan keluarga,kita perlu tahu apakah kehendak agama,apakah perintah Allah S.W.T,bagaimanakah cara melaksanakannya iaiatu mengikut cara Nabi S.A.W,maka itulah dinamakan agama.oleh kerana sekarang terlalu banyak cinta dunia masuk dalam hati maka sebab itulah cinta pada agama telah tercabut dari hati kita.oleh kerana cinta dunia tleha penuh dalam hati,maka dunia tleah menjadi matlamat hidup dan dia mencari jalannya sendiri.

Dunia mungkin membuatkan dia maju dalam kehidupannya,kemuliannya membuatkan dia dikenali dan dihormati tetapi apabila dia mati,dunia tidak akan ikut,dunia akan lepaskan dia.Berbeza dengan agama,apabila kita usaha atas agama,ikut perintah Allah S.W.T dengan cara Nabi S.A.W,kita warnakan kehidupan kita mengikut cara Nabi S.A.W,maka ini adalah perkara yang bergarga di sisi Allah S.W.T. Apabila ktia mati,agama ini akan mengikuti kita dan menyebabkan kita mendapat kemuliaan di sisi Allah S.W.T.

Masalah kita bukan kehidupan dunia,masalah kita ialah kehidupan akhirat,inilah masalah utama kita dan inilah kita perlu fikirkan.Kehidupan akhirat yang amat dahsyat dimana setiap orang akan melaluinya.Dunia adalah kehidupan sementara samada ia hidup seang atau susah,satu masa akan ditinggalkan juga,Kehidupan yang sempurna ialah kehidupan akhirat.

Semasa di dunia kita kena usaha untuk kehidupan akhirat. Ikut segala perintah Allah mengikut car Nabi S.A.W dan jika kita amalkan cara ini tanpa disedari Allah akan membentuk kehidupan dunianya.,dia akan bahagia id dunia dan di akhirat selamanya. Tetapi jika di duia dia jadikan dunia sebagai keutamaan hidupnya dan akhirat diletakkan di belakang maka di dunia dia akan rugi dan di akhirat dia akan menanggung kerugian yang amat besar. Kehidupan di dunia inilah yang membentuk kehidupan akhirat di dunia,maka dengan sendirinya kehidupan dunia akan terbentuk. Bekalan akhirat bukanlah ebnda-benda dunia kerana dunia tiada harga disisi Allah S.W.T. Nabi S.A.W pernah bersabda,”kalaulah dunia ini berharga di sisi Allah S.W.T walau sebesar sayap nyamuk.Nescaya Allah tidak berikan orang kafir walaupun seteguk air.”jika kita jadikan agama sebagai maksud hidup kita,kita akan disayangi oleh Alah S.W.T.

Asas agama ialah iman,iman akan terbentuk apabila kita banyakkan bercakap kebesaran Allah S.W.T,kehebatan Allah,kudarat dan kekuasaan Allah. Perkara inilah kita cakapkan berulang kali. Apabila seseorang bercakap sesuatu perkara dan dia sanggup korbankan dirinya untuk perkara itu bermakna ia telah yakin dalam haitnya tentang perkara itu. Begitu juga bila kita bercakap berulang-ulang tentang sifat Allah S.W.T, kebesaran Allah akan masuk dalam hati kita dan cinta terhadapNya akan wujud. Oleh sebab itu kita kena bercakap berkali-kali, berulang-ulang kehebatan dan kebesaran Allah S.W.T. Apabila kita cakap kebesaran Allah, iman akan masuk dalam hati, apabila dalam hati telah masuk iman,telah masuk cinta terhadap kebesaran Allah S.W.T ,maka anggota badannya dengan sendirinya akan ptauh dengan perintah Allah S.W.T, segala kebaikan akan wujud dan dunia akan dipenuhi keamanan dan kebahagiaan. Jika dalam hati tidak ada cinta terhadap Allah S.W.T, maka hatinya berpenyakit, maka dia akan merosakkan anggota-anggotabadan cinta dunia, maka dia akan berusaha untuk hasilkan dunia.mereka melakukan kerosakan seluruh dunia.sebab itu semua kerosakan,musibah, yang berlaku di dunia adalah kesan dari amalan buruk manusia. Apabila aalan buruk manusia naik ke langit, maka keadaan buruk juga diturunkan olehAllah S.W.T. Jika amalan yang baik naik kelangit,Allah akan buat keputusan yang baik untuk manusia.

Allah S.W.T tidak menjadikan kemajuan dunia sebagai ukuran untuk kemajuan manusia, untuk keamanan dunia, bahkan keamanan dunia terletak pada amalan-amalan baik manusia. Kita tidak perlu menuding jari kepada orang lain,kita kena lihat diri sendiri. Ini baharu kehidupan dunia,bayangkan kehidupan yang akan datangselepas mati, hanya Allah yang maha mengetahui. Peluang hanya sekali sahaja,apa yang kita usahakan di dunia itulah yang bawa kita ke akhirat. Allah dengan kasih sayangNya telah member kita satu jalan yang mudahiaitu usaha dakwah.kita jumpa manusiadan beritahu manusia,”Tuan,kehidupan akhirat adalah kehidupan yang sebenarnya,keidupan di dunia ini adalah persiapan kehidupan akhirat.” Inilah dakwah perlu kitaberikan pada manusia. Berimanlah pada kekuasaan dan kehebatan Allah S.W.T,begitu juga dakwah Nabi pada manusiam”wahai manusia,jangan kamu tetipu dengan dunia ini,dunia adalah benda yang menipukan,dunia ini menipu kamu,janganlah kamu tanam dalam hati kau cinta terhadap dunia.kehidupan yang sebenarnya adalah kehidupan akhirat.” Kita membawa kebaikan pada diri kita dna melibatkan orang lain untuk kehidupan akhirat.sesiapa yang memebuat usaha atas agama ini, di dunia,dia akan Berjaya dan di akhirat pun dia akan Berjaya.sesiapa yang meninggalkan usaha ini di dunia dia akan gagal dan di akhirat pun dia akan gagal.kita kena banyak bertaubat pada Allah,”wahai Allah,engkau hantar kami ke muka bumi ini untuk melakukan kerja yang telah Engkau beri tetapi kami tidak melakukannya,ampunkanlah dosa kami kerana telah tinggalkan Usaha ini dan ampunkanlah kami kerana telah menjadikan dunia sebagai tujuan hidup kami,kami telah hancurkan hidup kami,maka ambillah kami ya Allah untuk membuat usaha ini.”

(Maulana Muhammad Zubair meminta semua yang hadir bertaubat pada Allah,beristighfar memohon ampun pada Allah dan mohon keamanan pada Allah S.W.T, kerana kita telah bersalah meninggalkan usaha ini,usaha yang telah diberikan kepada kita. Kita tidak lakukan sepertimana yang dikehendaki Allah S.W.T,di samping itu,kita berdoa denga hati yang tulus, dan menangis-nangis semoga Allah terima kita sehingga kita mati dalam usaha yang suci murni ini.Allah S.W.T amat suka hambaNya yang berdoa tulus aripada hati sambil menangis-nangis. Dengan tasbihat,selawat dan istighfar memohon hidayat pada Allah,mohon Allah sebarkan hidayat keseluruhan permukaan bumi ini.Amiin..

Sunday, April 11, 2010

PIL KUDA POSITIF

RANTAU PANJANG: Pasangan anak dan bapa saudara dari Kuala Berang, Terengganu antara 14 individu yang ditahan dalam satu operasi bersepadu membabitkan tiga agensi di sini, awal pagi semalam.

CEKUP… antara individu yang ditahan dalam operasi bersepadu di Rantau Panjang.
CEKUP… antara individu yang ditahan dalam operasi bersepadu di Rantau Panjang.

Difahamkan, mereka ditahan sebaik saja menyeberang masuk ke negara ini melalui Sungai Golok selepas berhibur di negara jiran dan ditahan dalam operasi bersepadu membabitkan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 dan Jabatan Imigresen.


Selain itu, seorang remaja berusia 17 tahun yang berasal dari Kampung Parit, dekat sini, turut ditahan kerana membawa sebilah pisau tajam sepanjang kira-kira 12 sentimeter.


Melalui operasi bermula jam 12 tengah malam hingga jam 6.30 awal pagi semalam, kira-kira 14 individu ditahan, termasuk lima remaja yang cuba menyeberangi secara haram ke negara jiran.


Pegawai Pemerintah Batalion 7 PGA, Superintendan Mohamad Khalid Wahab, berkata semua yang ditahan dipercayai menyeberang masuk ke sini dan Thailand menggunakan laluan haram di pangkalan Syed Agil dan MCA, di sini.

Katanya, daripada 14 orang yang ditahan, tujuh didapati positif dadah manakala yang lain terbabit dalam kesalahan lain seperti Akta Imigresen dan membawa senjata berbahaya.


“Ini operasi kali pertama dilakukan pihak PGA7 bersama AADK dan Jabatan Imigresen, khususnya bagi menahan individu yang menyeberangi sempadan secara haram.


“Kita berharap pada masa depan operasi bersepadu seperti ini lebih kerap dilakukan bagi menyekat orang ramai menyeberangi sempadan sesuka hati, khususnya terbabit dalam kegiatan jenayah lain,” katanya.


Dalam perkembangan sama, Mohamad Khalid berkata, operasi dilakukan awal pagi semalam seakan-akan berjaya dihidu individu kerana kebanyakan mereka dikatakan enggan menyeberangi masuk ke sini semula kerana bimbang ditahan.


Mee Goreng Kaki KATAK


KUALA LUMPUR 19 Mac – Sanggupkah anda menikmati hidangan mi goreng berlaukkan kaki katak seperti insiden yang menimpa seorang pelajar lelaki ketika dia sedang menjamu selera bersama ahli keluarganya di sebuah kopitiam diBukit Tinggi, Klang baru-baru ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam pada 11 Mac lalu, Aliff Shanaz, 23, terkejut apabila mendapati terdapat kaki katak dalam menu mi goreng yang dinikmatinya selepas tiga kali dia menyuap hidangan itu.

Sejurus selepas kejadian itu, dia terus mengadu kepada juruwang di kopitiam berkenaan yang kemudiannya memaklumkan perkara itu kepada pengurus kedai makan tersebut. Katanya, beberapa pekerja kopitiam berkenaan telah mengambil gambar kaki katak dalam hidangan mi goreng itu selepas dia bertegas tidak akan memulangkan hidangan tersebut. “Pengurus itu cuba pujuk saya dengan berjanji untuk menggantikan menu lain dan tidak mengenakan bayaran ke atas hidangan tersebut.

“Saya rasa tidak berpuas hati kerana pengurus tersebut gagal memberi penjelasan bagaimana kaki katak berkenaan boleh dimasukkan dalam menu makanan yang saya pesan. “Malah, saya turut meminta pengurus itu menandatangani laporan yang telah saya buat untuk tindakan selanjutnya, bagaimanapun dia menolak dengan alasan arahan daripada pihak atasan,” katanya di sini hari ini. Aliff kemudian turut mengambil gambar hidangan itu sebelum dibungkus dan dibawa pulang sebagai bahan bukti.

Berikutan insiden itu, dia membuat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Jabatan Agama Islam Selangor serta satu laporan polis di Balai Polis Klang pada 14 Mac lalu. Pelajar tersebut turut membuat satu aduan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada petang semalam. Katanya, tindakan itu dibuat kerana dia tidak mahu insiden yang sama menimpaumat Islam lain supaya berhati-hati sekiranya berkunjung ke kopitiam.

Dalam pada itu, Setiausaha Kerja PPIM, Datuk Nadzim Johan memberitahu, pihaknya menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan sijil halal yang digantung di kedai-kedai kopitiam. “Pihak kami berharap kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap pengusaha-pengusaha kopitiam yang masih berdegil memohon sijil halal bagi makanan dan minuman untuk dijual di premis mereka,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Wednesday, April 7, 2010

Perginya Ustaz Soh - Syura Kelantan

Pemergian seorang Syura Kelantan yang telah memberikan sebahagian daripada hidupnya untuk usaha Nabi SAW. Ustaz Soh merupakan antara karkun awwalin di Kelantan dan kerap kali diputuskan untuk bayan di Markas Sungai Golok seawal usaha agama di Thailand. Hari ini beliau kembali ke Hadrat Allah SWT. Semoga mendapat keredhaan Allah SWT. Amin Ya Rabbal Alamin.

Tuesday, April 6, 2010

Sahabat Radiallahuanhum

Diriwayatkan oleh Abu Nu'aim, Abdullah ibnu Umar Radhiyallahu Anhuma berkata:

"Barangsiapa yang ingin meniru, hendaklah ia meniru perjalanan orang yang sudah mati, yaitu perjalanan para sahabat Nabi Muhammad SAW, kerana mereka itu adalah sebaik-baik ummat ini, dan sebersih-bersihnya hati, sedalam-dalamnya ilmu pengetahuan, dan seringan-ringannya penanggungan. Mereka itu adalah suatu kaum yang telah dipilih Allah SWT untuk menjadi para sahabat NabiNya SAW dan bekerja untuk menyebarkan agamaNya. Kerana itu, hendaklah kamu mencontohi kelakuan mereka dan ikut perjalanan mereka. Mereka itulah para sahabat Nabi Muhammad SAW yang berdiri di atas jalan lurus, demi Allah yang memiliki Kaa'bah!"

CIRI-CIRI SOLAT SEMPURNA



Apa yang dimaksudkan dengan solat yang sempurna?


Iaitu solat yang dilakukan dengan memenuhi segala rukun-rukun dan sunat-sunatnya dalam keadaan tenang, khusyuk dan penuh penumpuan. ciri-ciri solat yang sempurna ialah;

1. Orang yang melakukannya meyakini bahawa solat yang dilakukannya adalah sebagaimana solat Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam-.

2. Setiap pergerakan di dalamnya dilakukan dengan toma’ninah (tenang, tertib, sopan dan tidak tergesa-gesa).

3. Lidah menyebut dengan elok dan fasih bacaan-bacaan di dalam solat terutamanya ayat-ayat al-Quran.

4. Bacaan-bacaan di dalam solat difahami maknanya sama ada bacaan itu berupa ayat-ayat al-Quran, zikir atau doa kerana memahami makna membawa kepada penghayatan terhadap apa yang dibaca itu.

5. Hati dalam keadaan khusyuk dan memberi penumpuan kepada solat iaitu tidak lalai atau alpa.

Apa hukum mengetahui kaifiyat solat Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam-? Bagaimana caranya?

Hukumnya adalah wajib kerana Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda (dalam bentuk perintah); “Kerjakanlah solat sama sebagaimana kamu melihat aku mengerjakan solat”. (Riwayat Imam al-Bukhari dari Malik bin al-Huwairith –radhiyallahu ‘anhu-)

Untuk mengetahui kaifiyat solat Nabi, caranya ialah melalui riwayat-riwayat yang soheh dari para sahabat yang menceritakan bagaimana Nabi mengerjakan solat bermula dari niat dan takbiratul-ihram hinggalah kepada memberi salam.

Apa persediaan yang perlu dilakukan sebelum menunaikan solat?

1. Bersih dari hadas dan najis.
2. Memakai pakaian menutup aurat
3. Memastikan telah masuk waktu jika solat yang hendak dikerjakan itu solat fardhu atau solat sunat yang berwaktu seperti dhuha atau sebagainya.
4. Memastikan arah qiblat.
5. Persediaan batiniyah; iaitu melapangkan hati dan akal fikiran dari segala urusan dunia dan memberi tumpuan kepada solat sahaja.

Apa akibatnya jika solat tidak dilakukan dengan sempurna?

Menyebabkan solat tidak sah jika yang tidak disempurnakan itu adalah perkara rukun dan hilang pahala jika yang tidak disempurnakan itu perkara sunat.

Di dalam sebuah hadis, Abu Hurairah –radhiyallahu ‘anhu- menceritakan; “Suatu hari Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam- berada di dalam masjid. Masuk seorang lelaki, lalu mengerjakan solat. Kemudian ia datang kepada baginda dan memberi salam. Setelah menjawab salamnya, baginda berkata kepadanya; ‘Ulangi semula solat kamu. Sesungguhnya kamu belum mengerjakan solat’…” (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim).

Hadis ini menunjukkan kepada kita bahawa solat yang dilakukan tanpa memenuhi rukun-rukunnya sama seperti tidak melakukannya, kerana itu disuruh oleh Nabi supaya mengulanginya semula.


SOLAT (NIAT)
Apakah hukum niat?

Niat adalah wajib. Tidak sah solat tanpa niat. Kewajipan niat adalah berdasarkan sabda Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam; “Sesungguhnya segala amalan bergantung kepada niat. Sesungguhnya bagi setiap diri apa yang diniatkannya”. (Riwayat Imam Muslim dari Saidina ‘Umar–radhiyallahu ‘anhu-)

Bagaimana cara berniat bagi solat fardhu?

Apabila kita hendak mengerjakan solat fardhu, hadirkan di dalam hati kita;

1. Kehendak untuk mengerjakan solat
2. Meniatkan bahawa solat yang hendak dikerjakan itu adalah solat fadhu
3. Menentukan mana solat satu fardhu yang hendak dilakukan; subuh atau zohor atau sebagainya.
4. Jika kita berjamaah, niatkan di dalam hati mengikuti orang lain.

Niat yang diwajibkan ialah di dalam hati. Adapun melafazkan dengan lidah, ia hanya sunat sahaja mengikut mazhab Syafi’ie. Ada ulamak berpandangan; bid’ah melafazkannya dengan lidah kerana tidak pernah dilakukan oleh Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam- atau para sahabat.

Bagaimana cara berniat bagi solat sunat?

Solat sunat ada dua jenis;

1. Solat sunat yang tidak berwaktu atau bersebab (iaitu solat sunat mutlak)
2. Solat sunat berwaktu dan bersebab; contohnya; solat sunat Dhuha, solat sunat Qabliyah atau Ba’diyah, solat sunat Kusuf (gerhanan), solat sunat hari raya dan sebagainya.

Bagi jenis pertama, memadai dengan kita berniat di dalam hati kehendak untuk mengerjakan solat.

Adapun bagi jenis kedua (yakni solat sunat berwaktu dan bersebab), niatnya hendaklah merangkumi;

1. Kehendak hati untuk mengerjakan solat
2. Meniatkan jenis solat solat yang hendak dikerjakan.

Contohnya; jika kita ingin mengerjakan solat Dhuha, maka niatkan di dalam hati keinginan kita untuk mengerjakan solat dan bahawa solat yang hendak dikerjakan itu ialah dhuha.

Bilakah masanya kita perlu menghadirkan niat?

Niat hendaklah dihadirkan semasa mengucapkan takbir. Tidak harus niat dihadirkan sebelum takbir atau selepas habis takbir. Ini adalah pandangan mazhab Syafi’ie. Ada di kalangan ulamak berpendapat; harus didahulukan niat dari takbir asalkan jarak masa antara niat dan takbir itu tidak lama, iaitu sebaik sahaja berniat, hendaklah terus melafazkan takbir tanpa menunggu lagi. Pandangan kedua ini merupakan mazhab Imam Ahmad dan juga Abu Hanifah. (Al-Mughni, 1/332).



SOLAT (TAKBIRATUL-IHRAM DAN MENGANGKAT TANGAN)
Apa hukum memulakan solat dengan bertakbir?
Kenapakah takbir di awal solat dinamakan Takbiratul-Ihram?


Hukumnya adalah wajib kerana Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda; “Apabila kamu hendak menunaikan solat, maka sempurnakanlah wudhuk, kemudian mengadaplah ke arah qiblat. Setelah itu, ucapkanlah takbir…”. (Riwayat Imam al-Bukhari dari Abu Hurairah –radhiyallahu ‘anhu-).

Ia dinamakan Takbiratul-Ihram kerana (takbir yang mengharamkan) kerana ia mengharamkan semua perbuatan yang lain daripada perbuatan-perbuatan yang mesti dilakukan didalam solat, iaitu; apabila mula melafazkan ucapan takbir ini, tidak harus bagi kita untuk melakukan perbuatan-perbuatan diluar solat seperti makan, minum dan sebagainya. Sabda Nabi; “Pembuka solat ialah bersuci, yang mengharamkan segala perbuatan yang lain (selain perbuatan solat) ialah takbir dan yang menghalalkannya semula ialah memberi salam”. (Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah dari ‘Ali bin Abi Thalib r.a.).

Apa hukum mengangkat tangan ketika Takbiratul-Ihram? Bagaimana caranya yang sempurna yang dilakukan oleh Nabi?

Mengangkat tangan ketika Takbiratul-Ihram adalah sunat. Caranya ialah; kedua-dua tangan diangkat hingga setentang dengan dua telinga atau setentang dengan dua bahu, yakni boleh memilih mana satu dari dua cara ini kerana kedua-duanya ada dilakukan oleh Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam-;

Cara pertama; hadis dari Malik bin al-Huwairith –radhiyallahu ‘anhu- yang menceritakan; “Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam- apabila baginda bertakbir, baginda mengangkat dua tangan hingga setentang dengan dua telinganya. Dan apabila baginda ruku’, baginda mengangkat dua tangan hingga setentang dengan dua telinganya. Apabila mengangkat kepalanya dari ruku’, baginda membaca; “سمع الله لمن حمده” dengan melakukan seumpama tadi”. (Riwayat Imam Muslim)

Cara kedua; berdasarkan hadis Abdullah bin ‘Umar –radhiyallahu ‘anhu- yang menceritakan; “Aku melihat Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam- apabila memulakan solat, baginda mengangkat dua tangannya hingga setentang dengan dua bahunya, begitu juga sebelum baginda ruku’ dan apabila baginda bangkit dari Ruku’. Namun baginda tidak mengangkat kedua tangannya antara dua sujud”. (Riwayat Imam Muslim)

Semasa mengangkat tangan itu, tapak tangan hendak di buka atau didedahkan dan dihalakan ke arah kiblat. Jari-jari tangan pula, menurut Imam Syafi’ie hendaklah diluruskan dengan direnggangkan secara sederhana antara satu sama lain (yakni tidak dirapatkan). Menurut ulamak-ulamak yang lain (antaranya Imam Ahmad), jari-jari tangan hendaklah dirapatkan (yakni tidak direnggangkan).[1] Imam Syafi’ie berdalilkan hadis dari Abu Hurairah –radhiyallahu ‘anhu- yang menceritakan; “Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam- membuka jari-jarinya semasa takbir”. (Riwayat Imam Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan al-Hakim dari Abu Hurairah)

Imam Ahmad pula berdalilkan hadis dari Abu Hurairah juga yang menceritakan; “Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam- semasa memasuki solat (yakni memulakan solat) baginda mengangkat dua tangannya dengan meluruskannya (tanpa merenggangkannya)”. (Riwayat Imam at-Tirmizi).

Menurut Imam at-Tirmizi; riwayat yang kedua ini lah yang soheh. Adapun riwayat pertama di atas berlaku kesalahan dalam riwayat (oleh seorang perawi bernama Yahya bin al-Yaman). Kerana itu, menurut Imam Ibnu Qudamah; pandangan yang tepat dalam masalah ini ialah pandangan kedua (iaitu pandangan Imam Ahmad).[2]

Selain dari ketika Takbiratul-Ihram, bilakah lagi kita disunatkan mengangkat tangan?

Ada tiga tempat lagi iaitu;

1. Ketika hendak ruku’
2. Ketika bangun dari ruku’
3. Ketika bangun dari Tahiyat Awal ke rakaat ke tiga.

Malik bin al-Huwairith r.a. menceritakan; “Bahawa Rasulullah s.a.w. apabila baginda bertakbir, baginda mengangkat dua tangan hingga setentang dengan dua telinganya. Dan apabila baginda ruku’, baginda mengangkat dua tangan hingga setentang dengan dua telinganya. Apabila mengangkat kepalanya dari ruku’, baginda membaca; “سمع الله لمن حمده” dengan melakukan seumpama itu” (Riwayat Imam Muslim).

Ibnu ‘Umar –radhiyallahu ‘anhu- menceritakan; “Adalah Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam- apabila beliau bangun selepas (selesai) dua rakaat, beliau akan bertakbir dan mengangkat dua tangannya” (Riwayat Imam Abu Daud).

Bila masanya tangan hendak diangkat; sebelum takbir atau selepas takbir atau serentak dengan takbir?

Ada tiga cara yang ketiga-tiganya disebut oleh hadis;

Pertama; mengangkat tangan serentak dengan takbir. Ini berdasarkan hadis dari Nafi’ (seorang Tabi’in) yang menceritakan; Ibnu ‘Umar –radhiyallahu ‘anhu- (seorang sahabat Nabi) apabila memasuki solat (yakni memulakannya), beliau bertakbir sambil mengangkat dua tangannya…Beliau (yakni Ibnu ‘Umar) merujuk hal tersebut kepada Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam-”. (Riwayat Imam al-Bukhari)

Kedua; mengangkat tangan terlebih dahulu, kemudian bertakbir. Ini berdasarkan hadis Ibnu ‘Umar –radhiyallahu ‘anhu- yang menceritakan; “Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam- apabila telah berdiri untuk solat, beliau mengangkat dua tangannya setentang dua bahunya, kemudian beliau bertakbir…”. (Riwayat Imam Muslim)

Ketiga; bertakbir terlebih dahulu, kemudian mengangkat tangan. Ini berdasarkan hadis Dari Abi Qilabah yang menceritakan bahawa ia telah melihat Malik bin al-Huwairith (seorang sahabat Nabi) –radhiyallahu ‘anhu- tatkala beliau mengerjakan solat, ia mengucapkan takbir, kemudian baru mengangkat kedua tangannya. Malik memberitahu bahawa Rasulullah melakukan sedemikian”. (Riwayat Imam Muslim)

Jika kita mengerjakan solat berjamaah, bila masanya kita perlu bertakbir; selepas imam atau bersama-sama dengan imam?

Makmum hendaklah bertakbir selepas imamnya selesai bertakbir. Tidak harus ia bertakbir mendahului imamnya atau bertakbir serentak dengan imamnya. Ini kerana Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda; “Sesungguhnya imam itu adalah untuk diikuti. Apabila ia bertakbir, barulah kamu turut bertakbir. Apabila ia sujud, barulah kamu turut sujud…”. (Riwayat Imam Muslim dari Anas bin Malik –radhiyallahu ‘anhu-)

Apa kelebihan Takbir Pertama (at-Takbiratul-Ula)? Apa maksudnya?

Kelebihan Takbir Pertama disebut oleh Rasulullah - sallallahu ‘alahi wasallam- dalam sabdanya; “Sesiapa menunaikan solat kerana Allah selama 40 hari berjamaah dengan memperolehi takbir pertama, akan ditulis untuknya dua pembebasan; pembebasan dari neraka dan pembebasan dari nifaq”. (Riwayat Imam at-Tirmizi dari Anas –radhiyallahu ‘anhu-)

Menurut Imam Nawawi; maksud takbir pertama ialah seseorang itu bertakbir sebaik sahaja imamnya selesai bertakbir, yakni ia mengikut imam bermula dari takbiratul-ihram lagi. Ada pandangan berkata; fadhilat takbir pertama itu diperolehi selagi seseorang itu sempat berdiri bersama imam (sebelum imam rukuk). Pandangan lain lagi menyebutkan; kelebihan takbir pertama itu masih dapat diperolehi oleh makmum jika ia mendapat awal ruku’ bersama imam (pada rakaat pertama).[3]

Di mana tangan hendak diletakkan selepas takbiratul-ihram? Bagaimana caranya?

Tangan hendaklah di letakkan di bahagian atas dari pusat iaitu di atas dada atau di bawah sedikit dari dada (menurut Imam Syafi’ie) dengan kedudukan tangan kanan di atas tangan kiri. Ini berdalilkan hadis dari Wail bin Hujrin –radhiyallahu ‘anhu- yang menceritakan; “Saya menunaikan solat bersama Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam- di mana baginda meletakkan tangan kanannya di atas tangan kirinya di atas dada”. (Riwayat Imam Ibnu Khuzaimah).

Jari-jari tangan kanan hendaklah memegang belakang tangan kiri. Ini berdasarkan dari Qubaishah bin Hulb dari bapanya –radhiyallahu ‘anhu- yang menceritakan; “Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam- telah mengimami kami di mana baginda memegang tangan kirinya dengan tangan kanannya”. (Riwayat Imam at-Tirmizi. Menurut Imam at-Tirmizi, hadis ini adalah hasan).

Ada juga ulamak yang berpandangan; tangan hendaklah diletakkan di bawah pusat. Antara mereka ialah Imam an-Nakha’ie, as-Sauri dan Imam Ahmad (mengikut satu riwayat darinya). Mereka berdalilkan hadis dari Saidina ‘Ali yang berkata; “Di antara sunnah di dalam solat ialah meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri di bawah pusat”. (Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud). Namun menurut ulamak hadis; hadis ini adalah dhaif, tidak harus dijadikan hujjah.

Ke mana kita perlu letakkan pandangan mata kita ketika solat?

Mata hendaklah melihat ke tempat sujud.

[1] Al-Mughni, 1/333.
[2] Al-Mughni, 1/333.
[3] Mugni al-Muhtaj, jil. 1, hlm. 317-318.


SOLAT (DOA IFTITAH)
Apa maksud doa Iftitah? Apa hukum membacanya?

Doa Iftitah ialah doa yang dibaca sebagai pembuka solat iaitu sebaik saja selesai takbiratul-Ihram dan sebelum membaca al-Fatihah.

Abu Hurairah r.a. menceritakan; “Adalah Rasulullah s.a.w. apabila telah bertakbir memasuki solat (yakni takbiratul-ihram), baginda senyap seketika sebelum mula membaca (al-Fatihah). Lalu aku bertanya baginda; ‘Ya Rasulullah! Sesungguhnya aku melihat engkau senyap di antara takbir dan bacaan (al-Fatihah). Apa yang engkau ucapkan?’. Baginda menjawab; ‘Aku membaca;

اللَّهُمَّ بَاعِدْ بَيْنِي وَبَيْنَ خَطَايَايَ كَمَا بَاعَدْتَ بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ، اللَّهُمَّ نَقِّنِي مِنْ خَطَايَايَ كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ، اللَّهُمَّ اغْسِلْنِي مِنْ خَطَايَايَ بِالثَّلْجِ وَالْمَاءِ وَالْبَرَدِ
“Ya Allah! Jauhkanlah aku dari dosa-dosaku sebagaimana Engkau menjauhkan Timur dan Barat. Ya Allah! Bersihkanlah daku dari dosa-dosaku sebagaimana dibersihkan pakaian putih dari kotoran. Ya Allah! Sucikanlah daku dari dosa-dosaku dengan salji, air dan embun”. (Riwayat Imam Muslim)

Hukum membaca doa Iftitah adalah sunat. Kita boleh memilih mana-mana satu doa Iftitah yang pernah dibaca atau diajar oleh Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam- di dalam hadisnya-. Doa Iftitah ini hendaklah dibaca perlahan (tidak dikuatkan suara).


SOLAT (FATIHAH DAN BACAAN AL-QURAN)
Apa hukum membaca al-Fatihah di dalam solat?

Membaca al-Fatihah adalah wajib pada setiap rakaat solat. Sabda Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam-; “Tidak ada solat bagi seorang yang tidak membaca ummul-Quran (yakni surah al-Fatihah)” (Riwayat Imam Muslim dari ‘Ubadah bin as-Shamit r.a.). Maksud tidak ada solat ialah; solat tidak sah.

Apakah syarat-syarat bacaan al-Fatihah yang sempurna?

1. Membacanya dengan memperdengarkan kepada diri sendiri. Tidak memadai membaca di dalam hati. Adapun bagi orang bisu, memadai dengan menggerakkan lidah dan dua bibirnya sekadar yang mampu.

2. Wajib menjaga makhraj serta tajwidnya. Begitu juga, wajib mengikut susunan dan berturut-turut iaitu tanpa diselangi antara ayat-ayatnya dengan berhenti yang lama.

3. Hendaklah dibaca dengan bahasa Arab. Tidak sah solat jika dibaca dengan bahasa lain, sama ada seseorang itu memahami bahasa Arab atau tidak.

Adakah Bismillah sebahagian dari al-Fatihah?

Ya. Bismillah adalah sebahagian dari al-Fatihah dan wajib dibaca tatkala membaca al-Fatihah. Dalilnya ialah apa yang tertera di dalam mushaf al-Quran di mana Bismillah ditulis sebagai ayat pertama dari al-Fatihah dan apa yang ditulis di dalam al-Quran merupakan ijmak para Huffaz.

Bagi solat jahriyyah (yakni yang sunat diperdengarkan bacaan al-Quran di dalamnya), adakah Bismillah itu perlu dibaca dengan kuat atau dibaca perlahan sahaja?

Dalam masalah ini ada dua pandangan;

Pandangan pertama; iaitu pandangan ulamak-ulamak mazhab Syafi’ie; Bismillah wajib dibaca dengan kuat (yakni diperdengarkan) kerana ia adalah salah satu ayat dari al-Fatihah sebagaimana yang tertera di dalam mushaf. Terdapat hadis dari Ummu Salamah –radhiyallahu ‘anha- menceritakan: “Rasulullah menghitung Bismillah sebagai satu ayat (dari al-Fatihah)”. (Riwayat Imam Ibnu Khuzaimah dengan sanad yang soheh. Kedudukan sanad hadis ini sebagai soheh juga ditegaskan oleh Dr. Mustafa al-Khin dan Dr. Mustafa al-Bugha dalam kitab mereka al-Fiqhul-Manhaji (Jil. 1, hlm. 131).).

Dalam musnad Imam Syafi’ie terdapat riwayat dari Soleh Maula at-Tauamah yang menceritakan; “Sesungguhnya Abu Hurairah r.a. membuka solatnya dengan membaca Bismillah”. (Hadis yang miripnya diriwayatkan juga oleh Abdurrazzaq, ad-Daruqutni, Ibnu al-Jarud, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan al-Hakim. Darjatnya adalah soheh menurut Imam ad-Daruqutni, al-Baihaqi dan al-Hakim dengan dipersetujui oleh az-Zahabi. Lihat; Musnad Imam as-Syafi’ie, ditahqiq dan ditakhrij oleh; Dr. Rif’at Fauzi ‘Abdul-Muttalib, jil. 1, hlm. 256, ter. Dar al-Basyair al-Islamiyyah, Beirut (2005)).

Pandangan kedua; iaitu pandangan jumhur ulamak; Bismillah hendaklah dibaca secara perlahan, tidak dikuatkan. Mereka berdalilkan hadis dari Anas r.a. yang menceritakan; “Aku telah pernah menunaikan solat bersama Rasulullah s.a.w., Abu Bakar, Umar dan Ustman, maka aku tidak pernah mendengar seorang pun dari mereka yang membaca Bismillah”. (Riwayat Imam Muslim)

Dalam menselarikan antara dua riwayat yang zahirnya kelihatan saling bercanggah itu, ada baiknya kita mengambil pandangan Imam Ibnu Khuzaimah yang menyebutkan; membaca Bismillah dengan kuat atau membacanya dengan perlahan kedua-duanya adalah harus kerana kedua-duanya dilakukan oleh Rasulullah. Tidak ada salah satu darinya yang dilarang. Perbezaan dalam hal ini adalah diharuskan. (Lihat; ulasan Dr. Rif’at Fauzi ‘Abdul-Muttalib dalam Musnad Imam as-Syafi’ie, jil. 1, hlm. 256, ter. Dar al-Basyair al-Islamiyyah, Beirut (2005)). Hal yang sama ditegaskan oleh Imam Ibnul-Qayyim dalam Zadul-Ma’ad; Rasulullah s.a.w. adakalanya baginda membaca Bismillah dengan kuat, namun baginda menyembunyikannya (yakni membacanya dengan suara perlahan) adalah lebih kerap dari menguatkannya. (Lihat; Zadul-Ma’ad, jil. 1)

Adakah makmum juga perlu membaca al-Fatihah di belakang imam? Atau memadai dengan bacaan al-Fatihah imamnya?

Dalam masalah ini ada dua pandangan ulamak;

Pertama; menurut ulamak-ulamak mazhab Imam Syafi’ie; makmum wajib membaca al-Fatihah di belakang imamnya sama ada di dalam solat sirriyah atau jahriyyah, sama ada ia dapat mendengar bacaan imamnya atau tidak.

Mereka berdalilkan hadis dari Abu Hurairah r.a. yang menceritakan bahawa Nabi s.a.w. bersabda; ‘Sesiapa menunaikan solat tanpa membaca di dalamnya ummul-Quran (yakni al-Fatihah), maka solatnya adalah cacat (tidak sempurna)’. Baginda mengulangi sabdanya itu sebanyak tiga kali. Lalu ditanya kepada Abu Hurairah r.a.; ‘Bagaimana jika kami menunaikan solat di belakang imam?’. Jawab Abu Hurairah r.a.; ‘Bacalah al-Fatihah itu dalam diri kamu’” (Riwayat Imam Muslim, Tirmizi dan Ibnu Majah).

Kedua; menurut jumhur ulamak (Imam Abu Hanifah, Malik dan Ahmad); tidak wajib lagi makmum membaca al-Fatihah kerana al-Fatihahnya telah ditanggung oleh imamnya. Cuma Imam Ahmad membezakan antara dua keadaan;

(Pertama); ketika imam tidak membaca dengan kuat atau makmum tidak dapat mendengar bacaannya; maka ketika itu disunatkan makmum membaca al-Fatihah di belakang imamnya. Jika ia tidak membacanya, tidaklah mengapa (yakni solatnya masih sah) kerana ia disunatkan sahaja dan bacaan imam telah memadai untuknya. Begitu juga, disunatkan juga ia membacanya jika imamnya senyap seketika selepas membaca al-Fatihah untuk memberi peluang makmumnya membaca al-Fatihah.

(Kedua); jika imam membaca dengan kuat dan makmum dapat mendengar bacaannya, ketika itu tidak disunatkan makmum membacanya (malah dimakruhkan), sebaliknya makmum hendaklah mendengar dan memberi perhatian kepada bacaan imamnya.

Ulamak-ulamak mazhab Imam Ahmad berdalilkan ayat al-Quran yang bermaksud; “Dan apabila al-Quran itu dibacakan, maka dengar dengan memberi perhatian kepadanya serta diamlah supaya kamu beroleh rahmat” (surah al-A’raf, ayat 204).

Begitu juga, berdalilkan sabda Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam-; “Sesungguhnya dilantik imam itu adalah untuk diikuti. Maka apabila ia bertakbir, maka hendaklah kamu turut bertakbir dan apabila ia membaca (al-Quran) hendaklah kamu senyap (dan mendengarnya)” (riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah –radhiyallahu ‘anhu-), dan juga sabdanya; “Sesiapa mempunyai imam, maka bacaan imam adalah bacaan untuknya” (Riwayat Ibnu Abi Syaibah, ad-Daruqutni dan Ibnu Majah). Mengenai hadis yang dikemukakan oleh ulamak-ulamak mazhab Syafi’ie di atas, mereka menjawab; hadis itu khusus untuk orang yang mengerjakan solat bersendirian atau untuk makmum yang tidak dapat mendengar bacaan imamnya.

Adapun ucapan Abu Hurairah ‘Bacalah al-Fatihah itu dalam diri kamu’, ucapan tersebut merupakan pandangan beliau (bukan arahan Nabi), atau mungkin juga bacaan yang beliau maksudkan ialah bacaan ketika imam senyap seketika selepas membaca al-Fatihah untuk memberi peluang kepada makmumnya membaca al-Fatihah. (Al-Mughni, 1/392-393).

Adakah imam disunatkan senyap seketika apabila habis membaca al-Fatihah, sebelum meneruskan bacaan ayat atau surah selepasnya?

Ya. Sebahagian ulamak –antaranya Imam Syafi’ie dan Imam Ahmad- mensunatkan imam supaya berhenti seketika selepas membaca al-Fatihah (sebelum meneruskan bacaan ayat atau surah yang lain) bagi memberi peluang kepada makmumnya membaca al-Fatihah di belakangnya. Mereka berdalilkan hadis dari Samurah bin Judub –radhiyallahu ‘anhu- yang menceritakan bahawa ia menghafal dari Nabi (yakni dari perbuatan baginda ketika solat) dua saktah (yakni dua ketika di mana baginda sengap);

(pertama) selepas baginda mengucapkan Takbiratul-Ihram, dan

kedua) selepas membaca “غير المغضوب عليهم ولا الضالين(yakni selepas membaca al-Fatihah)” (riwayat Imam Abu Daud).

Namun sebahagian ulamak yang lain –antaranya Imam Abu Hanifah dan Imam Malik- memakruhkannya. Menurut mereka hadis di atas adalah dhaif. (Al-Mughni, 1/346).

Apa hukum membaca Isti’azah sebelum membaca al-Fatitah?
Adakah ia perlu di baca di setiap rakaat?


Membaca Isti’azah disunatkan sebelum membaca al-Quran sama ada di dalam solat atau di luar solat. Firman Allah (bermaksud); “Apabila kamu hendak membaca al-Quran, maka hendaklah (terlebih dahulu) kamu memohon perlindungan dengan Allah dari hasutan syaitan yang direjam” (al-Nahl: 98).

Menurut Imam Syafi’ie; Isti’azah sunat diulangi pada setiap rakaat dan yang paling utama ialah pada rakaat pertama. Imam Abu Hanifah pula berpandangan; Isti’azah hanya dibaca pada rakaat pertama sahaja. Tidak sunat diulangi pada rakaat-rakaat yang lain.

Apakah lafaz Isti’azah yang boleh dibaca di dalam solat?

Lafaz pertama;

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
“Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam”.

Lafaz ini diambil dari ayat al-Quran tadi.

Lafaz kedua;

أعُوذُ باللّه السَّمِيعِ العَلِيمِ مِنَ الشَّيْطانِ الرََّجِيمِ مِنْ هَمْزِهِ وَنَفْخِهِ وَنَفْثِهِ
“Aku berlindung dengan Allah Tuhan yang maha mendengar lagi mengetahui dari kejahatan syaitan yang direjam; dari kegilaannya, kebongkakannya dan sya’irnya”.

Diriwayatkan dari Abi Sa’id al-Khudri –radhiyallahu ‘anhu- yang menceritakan bahawa Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam- selepas membaca doa Iftitah, baginda membaca Isti’azah di atas sebelum membaca al-Fatihah. (Riwayat Imam Ahmad, at-Tirmizi dan lain-lain)

Apa hukum mengucapkan aamin selepas membaca al-Fatihah?
Adakah makmum mengucapkan aamin serentak dengan imam
atau selepas imam mengucapkannya?


Mengucapkan aamin selepas membaca al-Fatihah adalah sunat.
Ini berdasarkan sabda Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam-; “Apabila imam selesai membaca “غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ”, maka hendaklah kamu membaca; “آمِينَ” (aamin)” (Riwayat Imam Muslim dari Abu Musa –radhiyallahu ‘anhu-). Sabda Nabi lagi; “Apabila qari (yakni imam) telah membaca “غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ”, lalu orang di belakangnya (yakni makmum) membaca; “آمِينَ” dan bertepatan bacaan aminnya dengan bacaan amin penduduk langit (yakni para malaikat), nescaya akan diampunkan dosanya yang telah lalu” (Riwayat Imam Muslim).

Mengucapkan aamin itu disunatkan kepada orang yang bersolat sendirian, menjadi imam atau menjadi makmum. Dalam solat jahriyyah sunat ucapan aamin diperdengarkan dan dalam solat sirriyyah sunat diperlahankannya iaitu mengikut bacaan al-Fatihah. Dalam solat berjamaah, makmum hendaklah mengucapkan aamin serentak dengan imamnya, iaitu tidak mendahuluinya dan tidak juga selepasnya, akan tetapi bersama-samanya berdalilkan hadis Abu Musa di atas.

Apa hukum membaca ayat atau surah selepas al-Fatihah?

Hukumnya adalah sunat. Sabda Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam-; “Sesiapa yang membaca ummul-Kitab (surah al-Fatihah), maka mencukupi ummul-Kitab itu baginya (sebagai bacaan al-Quran yang diwajibkan di dalam solat). Dan sesiapa yang menambah (dengan membaca ayat atau surah lain), maka ia adalah paling baik” (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah –radhiyallahu ‘anhu-)

Adakah ayat atau surah selepas al-Fatihah itu disunatkan pada setiap rakaat?

Tidak. Ia hanya disunatkan pada rakaat pertama dan kedua sahaja.
Ini berdasarkan hadis dari Abi Qatadah yang menceritakan; “Nabi membaca pada dua rakaat yang awal (yakni rakaat pertama dan kedua) di salam solat Zohor dan Asar al-Fatihah dan satu surah yang lain. Kadang-kadang baginda memperdengarkan kepada kami bacaan ayatnya. Pada dua rakaat yang akhir (yakni rakaat ketiga dan keempat), baginda hanya membaca al-Fatihah sahaja”. (Riwayat Imam Muslim).

Adakah disunatkan membaca ayat atau surah selepas al-Fatihah di dalam solat jenazah?

Menurut mazhab Imam Syafi’ie; tidak disunatkan.

Adakah sunat bacaan ayat atau surah selepas al-Fatihah itu dimulakan dengan Bismillah?

Menurut Imam Ibnu al-Qudamah; disunatkan dan hendaklah dibaca perlahan.

Apakah perkara-perkara yang disunatkan ketika membaca ayat
atau surah di dalam al-Quran?


1. Disunatkan di dalam solat subuh dan zohor membaca surah-surah dari kelompok “طوال المفصل”. Di dalam solat asar dan isya’ disunatkan “أوساط المفصل” dan disunatkan “قصار المفصل” dalam solat maghrib.

2. Disunatkan bacaan dalam rakaat pertama lebih panjang dari rakaat kedua. Ini berdasarkan hadis riwayat Imam al-Bukhari dari Abi Qatadah yang menceritakan; “Adalah Rasulullah s.a.w. membaca pada dua rakaat pertama dari solat zohor surah al-Fatihah dan dua surah yang lain di mana baginda memanjangkan (bacaan) pada rakaat pertama dan memendekkannya pada rakaat kedua dan adakalanya memperdengarkan ayat kepada kami (yakni membaca dengan kuat hingga didengari oleh kami). Dan baginda membaca dalam solat asar surah al-Fatihah dan dua surah yang lain di mana baginda memanjangkan (bacaan) pada rakaat pertama. Begitu juga, baginda memanjangkan (bacaan) pada rakaat pertama dari solat subuh dan memendekkannya pada rakaat kedua”. (Riwayat Imam Bukhari)

3. Membaca satu surah pendek lebih afdhal dari membaca ayat-ayat dengan kadarnya dari surah-surah panjang. Ini berdasarkan hadis-hadis tadi yang menyebutkan; “Nabi membaca al-Fatihah dan surah”.

4. Disunatkan bacaan mengikut tertib surah dan ayat di dalam mushaf iaitu dibaca dalam rakaat pertama ayat atau surah yang terdahulu susunannya dari ayat atau surah yang akan dibaca dalam rakaat kedua. Makruh melakukan sebaliknya, namun jika dilakukan tidaklah membatalkan solat.

5. Harus membaca di dalam solat mengikut mana-mana wajah qiraat yang tujuh. Adapun wajah qiraat yang syaz, maka tidak harus.

Adakah makmun juga disunatkan membaca ayat atau surah selepas al-Fatihah?

Jika solat yang ditunaikan secara berjamaah adalah solat sirriyyah (yakni solat yang solat yang tidak diperdengarkan bacaan al-Quran di dalamnya), makmun juga disunatkan membaca ayat atau surah selepas al-Fatihah sebagaimana imamnya juga. Ini berdasarkan hadis dari Jabir –radhiyallahu ‘anhu- yang menceritakan; “Kami membaca di dalam solat Zohor dan Asar di belakang imam pada dua rakaat yang pertama surah al-Fatihah dan satu surah yang lain. Pada dua rakaat yang lain (yakni rakaat ke tiga dan ke empat), kami hanya membaca al-Fatihah sahaja” (Riwayat Imam Ibnu Majah dengan sanad yang soheh).

Akan tetapi, janganlah menguatkan bacaan hingga mengganggu ahli jamaah yang lain. Sabda Nabi; “Sesungguhnya orang yang menunaikan solat ia sedang bermunajat dengan Tuhannya. Hendaklah ia perhatikan dengan apa ia munajatkan. Janganlah sebahagian kamu mengeraskan suara ke atas sebahagian yang lain tatkala membaca al-Quran” (Riwayat Imam at-Thabrani dari Abu Hurairah dan ‘Aisyah).

Dari ‘Imran bin Hushain r.a. menceritakan; “Nabi s.a.w. telah menunaikan solat zohor –atau asar- bersama kami. (Lalu seorang lelaki membaca di belakang baginda surah “سبح اسم ربك الأعلى” dengan suara yang kuat). Maka (apabila selesai solat) Rasulullah bertanya; ‘Siapakah yang membaca di belakangku surah “سبح اسم ربك الأعلى”? Lelaki itu menjawab; Saya ya Rasulullah! Namun saya tidak bermaksud melainkan dengan tujuan yang baik. Lalu Rasulullah s.a.w. berkata; “Sesungguhnya aku mendapati sebahagian dari kamu telah menyanggahiku dengan bacaannya (yakni mengganggu bacaanku dengan bacaannya yang kuat)” (Riwayat Imam Muslim).

Adapun jika solat yang dikerjakan berjamaah itu adalah solat jahriyyah, maka tidak disunatkan makmum membaca ayat atau surah selepas al-Fatihah. Ia hendaklah mendengar bacaan imam sahaja sebagaimana sabda Nabi; “Sesungguhnya dilantik imam itu adalah untuk diikuti. Maka apabila ia bertakbir, maka hendaklah kamu turut bertakbir dan apabila ia membaca (al-Quran) hendaklah kamu senyap (dan mendengarnya)” (riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah –radhiyallahu ‘anhu-).
Namun dikecualikan jika makmum berada jauh dari imam dan tidak dapat mendengar bacaannya, maka ketika itu disunatkan ia membaca sendiri ayat atau surah.

Apa maksud solat jahriyyah dan solat sirriyyah? Apa kaedah dari Syarak untuk menentukan antara keduanya?

Solat jahriyyah bermaksud solat-solat yang mana bacaan al-Quran (yakni al-Fatihah dan ayat atau surah selepasnya) di dalamnya sunat diperdengarkan. Solat Sirriyyah pula ialah solat-solat yang mana bacaan al-Quran di dalamnya sunat diperlahankan atau disembunyikan.

Dalam sebuah hadis, Abu Hurairah r.a. menceritakan; “Dalam setiap solat ada bacaan. Maka apa yang diperdengarkan kepada kami oleh Nabi s.a.w., maka kami perdengarkan kepada kamu dan apa yang disembunyikannya dari kami, maka kami sembunyikannya dari kamu” (Riwayat Imam Muslim).

Hadis di atas menunjukkan bahawa terdapat solat di mana Rasulullah memperdengarkan bacaannya (yakni membaca surah al-Fatihah dan ayat/surah selepasnya dengan suara kuat) dan ada solat di mana baginda menyembunyi (yakni memperlahankan) bacaannya.

Bagi solat-solat fardhu, kaedah menentukan antara keduanya adalah seperti berikut;

1. Bagi solat subuh dan solat jumaat, sunat menguat atau memperdengarkan bacaan pada kedua-dua rakaatnya.

2. Bagi solat maghrib dan isyak, sunat menguat atau memperdengarkan bacaan pada dua rakaat yang awal sahaja. Adapun rakaat ketika atau keempat, hendaklah disembunyikan bacaan.

3. Bagi solat zohor dan asar, disunatkan menyembunyikan bacaan pada keseluruhan rakaatnya.

Bagi solat sunat pula; kaedahnya ialah;

1. Bagi solat hari-raya dan istisqa’ disunatkan memperdengarkan bacaan.

2. Solat-solat sunat siang (نوافل النهار) disunatkan menyembunyikan bacaan.

3. Solat-solat sunat malam (نوافل الليل); ada dua pandangan;
(pertama) disunatkan memperdengarkan bacaan,
(kedua) dibaca secara sederhana antara memperdengar dan menyembunyikannya. Pandangan yang rajih ialah yang kedua.

4. Solat kusuf (gerhana matahari/bulan); jika berlaku gerhana di siang hari, maka disunatkan menyembunyikan bacaan dan jika gerhana pada malam hari, disunatkan memperdengarkan bacaan.

Bagi solat qadha’, jika solat yang tertinggal adalah solat malam (iaitu maghrib, isya’ dan subuh), sekiranya diqadha’ pada malam yang lain, maka sunat diperdengarkan bacaan. Jika diqadha’ pada waktu siang, sunat disembunyikan bacaan. Jika yang tertinggal adalah solat siang (yakni zohor dan asar) dan diqadha pada siang hari, maka sunat disembunyikan bacaan. Adapun jika diqadha pada malam hari, maka sunat diperdengarkan bacaan. Kesimpulannya, yang dijadikan perkiraan ialah bila solat qadha itu ditunaikan; di waktu siang atau di waktu malam.

Adapun solat jenazah, sunat disembunyikan bacaan sama ada dikerjakan pada waktu siang atau malam. Oleh kerana, memperdengar atau menyembunyikan bacaan dalam masalah-masalah di atas hukumnya sunat sahaja, maka jika dicanggahi tidaklah membawa kepada batalnya solat, malah tidak membawa kepada perlunya sujud sahwi.


SOLAT (RUKU')
Apa hukum ruku’?

Ruku’ adalah wajib di dalam solat. Tidak sah solat tanpa ruku’. Seorang sahabat Nabi s.a.w. iaitu Huzaifah r.a. pada suatu hari ia melihat seorang lelaki menunaikan solat tanpa melakukan ruku’ dan sujud dengan sempurna. Maka ia berkata; “Engkau sebenarnya tidak mengerjakan solat. Jika engkau mati, engkau mati bukan di atas fitrah Nabi Muhammad s.a.w.” (Riwayat oleh Imam al-Bukhari).

Bagaimana melakukan ruku’ dengan sempurna?

1. Sebelum menundukkan badan untuk ruku’, ucapkan takbir sambil mengangkat tangan –setentang bahu atau telinga-, kemudian barulah turunkan badan.

2. Tapak tangan hendaklah mencapai lutut, jari-jari tangan direnggangkan antara satu sama lain dalam keadaan memegang lutut. Abu Humaid as-Sa’idi r.a. menceritakan; “Nabi tatkala ruku’, baginda menjadikan dua tangannya mencapai dua lututnya” (Riwayat al-Bukhari).

Wail bin Hujrin r.a. menceritakan; “Nabi s.a.w. tatkala ruku’ baginda merenggangkan antara jari-jarinya dan tatkala sujud baginda menghimpunnya (yakni merapatkannya)” (Riwayat al-Hakim).

Dalam hadis Ibnu ‘Umar r.a., Nabi memerintahkan; “Apabila kamu ruku’, letakkan dua tapak tanganmu di atas dua lututmu, kemudian renggangkan antara jari-jari tanganmu dan berikutnya tetapkanlah diri di dalam ruku’ itu hingga semua anggota berada di dalam posisinya” (Riwayat Ibnu Hibban dan Ibnu Khuzaimah dalam soheh keduanya).

3. Semasa ruku’, belakang badan hendaklah diratakan/disamakan dari punggung hingga ke kepala di mana kepala berada dalam keadaan selari dengan belakang; iaitu tidak ditinggi atau didongakkan dan tidak pula ditundukkan, akan tetapi pertengahan.

Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah r.a. yang menceritakan sifat solat Nabi s.a.w; “Apabila ruku’, Nabi s.a.w. tidak meninggi atau mendongakkan kepalanya dan tidak juga menunduknya, akan tetapi tengah-tengah antara keduanya (sehingga kepalanya kelihatan rata dengan punggung)”. (Riwayat Imam Muslim)

4. Siku hendaklah dijauhkan dari rusuk. Abu Humaid r.a. menceritakan; “Nabi s.a.w. tatkala ruku’, baginda meletakkan dua tangannya ke atas dua lututnya seolah-olah memegangnya, menegangkan (yakni meluruskan) dua tangannya (yakni dari pergelangan hingga bahu-pent.) serta memisahkannya dari dua rusuknya” (Riwayat Imam at-Tirmizi. Hadis ini menurut Imam at-Tirmizi adalah hasan soheh).

5. Ruku’ wajib dikerjakan dengan tomaninah iaitu berada di dalam keadaan tetap dan tenang di dalam posisi ruku’ di atas sebelum bangun darinya.

6. Semasa ruku’ disunatkan membaca zikir-zikir yang warid dari Nabi terutamanya tasbih.

Apa makna Tomaninah? Apa hukum Tomaninah di dalam solat?

Tomaninah bermakna memastikan diri tetap, tenang dan tidak tergesa-gesa dalam sesuatu posisi solat sebelum berpindah ke posisi yang lain. Sekurang-kurang kadar tomaninah ialah sekali tasbih.

Hukum tomaninah adalah wajib semasa ruku’, I’tidal, sujud dan duduk antara dua sujud. Sabda Nabi s.a.w. (tatkala baginda mengajar solat kepada seorang lelaki yang salah dalam mengerjakan solatnya); “…..kemudian (setelah membaca al-Quran) ruku’lah sehingga kamu tomaninah (tetap dan tenang) dalam keadaan ruku’ itu, kemudian bangkitlah dari ruku’ hingga badan kamu lurus/tegak berdiri, kemudian sujudlah sehingga kamu tomaninah (tetap dan tenang) dalam keadaan sujud itu, kemudian kamu bangkitlah dari sujud sehingga kamu tomaninah (tetap dan tenang) dalam keadaan duduk (antara dua sujud) itu. Seterusnya kamu lakukanlah sedemikian pada (rakaat-rakaat) solat kamu keseluruhannya” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim). Dalam hadis yang lain, Nabi bersabda; “Tidak sah solat seorang lelaki yang tidak menetapkan tulang sulbinya semasa ruku’ dan sujud” (Riwayat Imam at-Tirmizi dari Abu Mas’ud al-Badari r.a.. Hadis ini menurut beliau; hasan soheh).

Apa hukum membaca tasbih ketika ruku? Berapakah bilangan Tasbih yang sebaiknya dan berapa had maksimanya?

Hukum bertasbih semasa ruku’ adalah sunat. Selain dari tasbih, harus dibaca zikir-zikir lain yang warid dari Nabi s.a.w. semasa ruku’. Sekurang-kurang bilangan tasbih –untuk mendapat pahala bertasbih semasa ruku’- ialah sekali.
Lafaznya ialah, “سبحان ربي العطيم” atau “سبحان ربي العطيم وبحمده”.
Namun bilangan yang sempurna ialah sekurang-kurangnya tiga kali.

Dari ‘Uqbah bin ‘Amir r.a. menceritakan; “Adalah Nabi s.a.w. apabila ruku’ baginda membaca; “سُبْحَاْنَ رَبِّيَ الْعَظِيْمِ وَبِحَمْدِهِ” tiga kali dan apabila sujud baginda membaca; “سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ” tiga kali” (Riwayat Imam Abu Daud. Hadis ini dinyatakan oleh Imam as-Suyuti sebagai hasan. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, no. 6710)

Bagi yang bersolat sendirian, digalakkan memperbanyakkaan tasbih melebihi tiga kali iaitu lima, tujuh, sembilan sehingga sebelas kali. Jumhur ulamak mazhab Syafi’ie berpandangan; bilangan sebelas adalah yang maksima. Namun Imam as-Subki berpendapat; ia tidak terikat dengan bilangan tertentu. Siapa menghendaki ia boleh menambah seberapa banyak tasbih yang ia suka. Adapun orang yang menjadi imam, ia tidak digalakkan menambah terlalu banyak tasbih kerana dibimbangi memberatkan sebahagian makmumnya. Sebahagian ulamak berkata; memadai imam bertasbih tiga kali sahaja untuk memberi keringanan kepada makmumnya. Namun Ibnu al-Mubarak berpandangan; digalakkan imam bertasbih lima kali supaya makmum di belakangnya sempat bertasbih tiga kali. (Dalail al-Ahkam, 1/289).

Sunat bertasbih semasa ruku’ itu adalah pandangan jumhur ulamak. Ada di kalangan ulamak yang mewajibkannya, antara mereka ialah Imam Ahmad dan al-Hasan.

Adakah harus membaca al-Quran ketika ruku’?

Tidak harus kerana Nabi s.a.w. menegahnya dengan sabdanya; “Ketahuilah! Sesungguhnya aku dilarang membaca al-Quran ketika ruku’ atau sujud. Adapun di dalam ruku’, maka hendaklah kamu agungkan Tuhan kamu. Sementara di dalam sujud, hendaklah kamu bersungguh-sungguh berdoa, nescaya doamu pasti akan diperkenankan” (Riwayat Imam Muslim).


SOLAT (I'TIDAL)
Apa makna I’tidal? Apa hukumnya?

I’tidal bermaksud; kembali semula selepas ruku’ kepada keadaan sebelum ruku’ sama ada seseorang itu menunaikan solat sambil berdiri atau sambil duduk. Jika seseorang itu menunaikan solat dengan berdiri, I’tidal ialah dengan ia kembali berdiri lurus/tegak selepas bangkit dari ruku’ sebelum turun untuk sujud.

Hukum I’tidal adalah wajib. Tidak sah solat tanpa melakukannya.
Dalil kewajipan I’tidal ini ialah hadis Saidatina ‘Aisyah r.a. yang menceritakan tentang solat Nabi s.a.w.; “Apabila mengangkat kepala dari ruku’ (yakni bangkit dari ruku’), Nabi s.a.w. tidak sujud melainkan setelah berdiri dengan sempurna lebih dahulu (yakni berdiri I’tidal)”.(Riwayat Imam Muslim)

Bagaimana melakukan I’tidal dengan sempurna?

1. Apabila hendak bangkit dari ruku’, ucapkanlah; “سَمِعَ الله لِمَنْ حَمِدَهُ” (bermaksud; Allah mendengar (dan menjawab) orang yang memujinya) sambil mengangkat kedua tangan setentang bahu atau setentang dua telinga.

2. Apabila telah tegak berdiri, bacalah;
اللَّهُمَّ رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ، مِلْءَ السَّمَاوَاتِ وَمِلْءَ الأَرْضِ، وَمِلْءَ مَا شِئْتَ مِنْ شَيْءٍ بَعْدُ
“Ya Allah! Wahai Tuhan Kami, untukMulah pujian kami, (pujian) yang mengisi sekelian langit dan bumi serta mengisi apa yang Engkau kehendaki dari sesuatu selepasnya” (Riwayat Imam Muslim).

3. I’tidal wajib dilakukan dengan tomaninah iaitu memastikan diri berada dalam keadaan tetap dan tenang dalam posisi I’tidal (berdiri lurus) itu sebelum turun sujud. Jika seseorang membaca zikir di atas semasa I’tidalnya, maka ia telah memenuhi tuntutan tomaninah semasa I’tidalnya.

Adakah makmum juga disunatkan membaca “SAMI’ALLAHU LIMAN HAMIDAH” sebagaimana imam atau atau ia hanya membaca “RABBANA LAKAL-HAMDU…” sahaja?

Persoalan ini terdapat khilaf di kalangan ulamak;

Pandangan pertama; menurut mazhab Imam Syafi’ie dan Imam Malik; Disunatkan kepada semua orang yang menunaikan solat sama ada solat sendirian, menjadi imam atau makmum untuk membaca; (سَمِعَ الله لِمَنْ حَمِدَهُ.....) dan (رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ) dengan menghimpunkan kedua-duanya iaitu membaca (سَمِعَ الله لِمَنْ حَمِدَهُ) ketika mula bangkit dari ruku’ dan membaca (رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ....) apabila sudah berada dalam I’tidal. Mereka berdalilkan hadis Ibnu Abi Aufa r.a. yang menceritakan; “Adalah Rasulullah s.a.w. apabila mengangkat belakangnya dari ruku’, baginda mengucapkan;

سَمِعَ الله لِمَنْ حَمِدَهُ، اللَّهُمَّ رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ، مِلْءَ السَّمَاوَاتِ وَمِلْءَ الأَرْضِ، وَمِلْءَ مَا شِئْتَ مِنْ شَيْءٍ بَعْدُ
“Allah mendengar (dan menjawab) orang yang memujinya. Ya Allah! Wahai Tuhan Kami, untukMulah pujian kami, (pujian) yang mengisi sekelian langit dan bumi serta mengisi apa yang Engkau kehendaki dari sesuatu selepasnya”
(Riwayat Imam Muslim). Di dalam hadis ini, Nabi membaca kedua-duanya sekali tanpa memisahkannya.

Pandangan kedua; menurut sebahagian ulamak –antaranya Imam Ahmad dan Ibnu al-Munzir-; ucapan (سَمِعَ الله لِمَنْ حَمِدَهُ.....) dibaca oleh imam sahaja, adapun makmum hendaklah terus membaca (رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ....) dan tidak perlu mereka membaca (سَمِعَ الله لِمَنْ حَمِدَهُ.....).

Mereka berdalilkan hadis Abu Hurairah r.a. yang menceritakan Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya; “Apabila Imam telah berkata: “سَمِعَ الله لِمَنْ حَمِدَهُ”, maka hendaklah kamu membaca;
اللَّهُمَّ رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ
“Ya Allah, wahai Tuhan kami, bagiMulah segala pujian”.

Maka sesungguhnya siapa yang bacaannya bersamaan dengan bacaan malaikat, nescaya akan diampunkan baginya dosanya yang telah lalu”.
(Riwayat Imam Muslim)

Adakah harus memanjangkan I’tidal?

Harus, berdalilkan hadis dari Anas r.a. yang menceritakan; “Rasulullah s.a.w. setelah mengucapkan “Sami’allahu liman hamidah”, baginda berdiri (begitu lama) sehingga kami berkata; ‘Beliau telah lupa’. Kemudian baginda sujud dan duduk di antara dua sujud (dengan begitu lama) hingga kami berkata; ‘Baginda telah lupa’” (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim).

Berkata Imam as-Syaukani; hadis ini menjadi dalil keharusan memanjangkan I’tidal dan duduk antara dua sujud. (Nailul-Autar, juz. 2, kitab as-Solah).


SOLAT (SUJUD)
Apa makna sujud? Apa hukumnya?

Sujud bermaksud meletakkan dahi di atas tempat sujud. Sujud adalah wajib di dalam solat. Tidak sah solat tanpa sujud. Sujud yang diwajibkan di dalam solat ialah dua kali pada setiap rakaat dengan diselangi oleh duduk. Dalil kewajipan sujud ini ialah sabda Nabi s.a.w. (tatkala mengajar seorang lelaki yang salah dalam melakukan solat); “….Kemudian hendaklah kamu sujud sehingga kamu tomaninah (tetap dan tenang) dalam keadaan sujud, kemudian kamu bangkitlah dari sujud sehingga kamu tomaninah (tetap dan tenang) dalam keadaan duduk, kemudian kamu sujud kembali sehingga kamu tomaninah (tetap dan tenang) dalam keadaan sujud…”. (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim)

Apakah anggota-anggota yang terlibat semasa sujud?

Sabda Nabi s.a.w.; “Aku diperintahkan supaya sujud di atas tujuh tulang (yakni tujuh anggota) iaitu; dahi –baginda menunjukkan dengan tangannya ke atas hidungnya-, dua tangan, dua lutut dan jari-jari dari dua kaki…” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Ibnu ‘Abbas r.a.).

Berdasarkan hadis ini, anggota sujud hendaklah merangkumi;

1. Dahi
2. Dua tangan
3. Dua lutut
4. Dua kaki

Ketika sujud, wajib ke semua tujuh anggota di atas diletakkan di atas lantai. Bagi dahi, memadai meletakkan sebahagian dahi sahaja di atas lantai. Bagi tangan yang dikira ialah tapak tangan dan bagi kaki pula ialah perut-perut anak jari kaki. Memadai dengan meletakkan sebahagian sahaja dari perut-perut anak jari kaki itu. Jika seseorang itu sujud di atas belakang tangan atau belakang anak-anak jari kakinya, tidak sah sujudnya.

Adakah hidung juga wajib diletakkan di atas lantai ketika sujud?

Terdapat khilaf di kalangan ulamak;

Pertama; menurut Imam Ahmad; dahi dan hidung wajib diletakkan di atas lantai ketika sujud. Tidak cukup hanya dahi sahaja atau hanya hidung sahaja. Beliau berdalilkan hadis di atas di mana Nabi turut menunjukkan kepada hidungnya tatkala menyebutkan tentang dahi sebagai salah satu angota sujud. Selain itu ia berdalilkan juga hadis dari Abu Humaid as-Sa’idi yang menceritakan; “Nabi tatkala sujud, baginda menekan hidung dan dahinya ke tanah, menjauhkan dua tangan dari rusuknya dan meletakkan dua tapak tangan setentang dua bahunya” (Riwayat Imam at-Tirmizi dan Abu Daud. Menurut at-Tirmizi; hadis ini hasan soheh).

Ibnu ‘Abbas r.a. menceritakan; Nabi telah melihat seorang lelaki menunaikan solat. Ia sujud tanpa meletakkan hidungnya di atas tanah. Lalu Nabi berkata kepadanya; “Letakkan hidungmu (ke tanah) supaya ia sujud bersamamu” (Riwayat Abu Nu’aim dalam Akhbar Asbahan).

Kedua; menurut mazhab Syafi’ie dan Malik; yang wajib ialah meletakkan dahi sahaja. Adapun meletakkan hidung –di samping dahi- adalah sunat, tidak wajib. Sah sujud jika seseorang meletakkan dahinya sahaja di atas lantai tanpa meletakkan hidungnya. Bagi pandangan ini, hadis-hadis di atas menunjukkan kepada galakan, bukan kewajipan.

Ketiga; menurut Imam Abu Hanifah; boleh memilih sama ada hendak meletakkan dahi atau hidung di atas lantai. Bagi pandangan ini, isyarat Nabi kepada hidung tatkala menyebutkan dahi dalam hadis di atas ialah untuk menunjukkan keharusan memilih antara dahi atau hidung semasa sujud.

Adakah wajib semua anggota sujud di atas didedahkan (tanpa berlapik)?

Anggota-anggota sujud selain dahi telah sepakat para ulamak menyatakan tidak wajib didedahkan. Yang dituntut hanyalah meletakkannya di atas tanah/lantai. Oleh itu, harus seseorang menunaikan solat dengan memakai sarung tangan atau stokin. Adapun dahi, maka ia terdapat khilaf di kalangan ulamak;

Pertama; pandangan ulamak-ulamak mazhab Syafi’ie; dahi wajib didedahkan dan mengenai secara lansung tempat sujud (tanpa ada penghadang). Tidak sah sujud jika semua bahagian dahi berlapik sehingga tidak ada sedikitpun darinya yang terdedah dan mengenai tempat sujud secara langsung. Termasuk tidak sah ialah lapik dari pakaian yang dipakai ketika solat. Oleh demikian, tidak harus seseorang sujud di atas kain serban yang dipakainya atau di atas lengan bajunya atau di atas kain telekungnya atau benda-benda lain di badannya yang mengikuti pergerakan badannya.

Kedua; pandangan jumhur ulamak (termasuk Imam Malik, Abu Hanifah dan Imam Ahmad); dahi sama seperti anggota-anggota sujud yang lain iaitui tidak wajib didedahkan. Yang dituntut hanyalah meletakkannya di atas tempat sujud. Oleh itu, bagi jumhur ulamak, tidak menjadi kesalahan jika seseorang itu sujud di atas kain serbannya atau kain telekungnya.

Mereka berdalilkan hadis dari Anas bin Malik r.a. yang menceritakan; “Kami mengerjakan solat bersama Rasulullah s.a.w. ketika panas yang bersangatan. Apabila sesiapa dari kami tidak dapat meletakkan dahinya di atas tanah kerana panas, ia bentangkan pakaiannya dan sujud di atasnya”. (Riwayat Imam Muslim).
(Dalail al-Ahkam, 1/ 298-299).

Tatkala turun sujud, mana dulu yang perlu di letakkan di atas lantai; tangan atau lutut?

Perkara ini juga terdapat khilaf di kalangan ulamak;

Pertama; menurut jumhur ulamak (termasuk mazhab Imam Abu Hanifah, Syafi’ie dan Imam Ahmad); disunatkan turun sujud dengan mula meletakkan dua lutut, diikuti dua tangan dan akhirnya muka atau dahi. Ini berdasarkan hadis dari Wail bin Hujrin r.a. yang menceritakan; “Aku telah melihat Nabi apabila sujud, baginda meletakkan dua lututnya sebelum dua tangannya dan apabila bangkit dari sujud, baginda mengangkat dua tangannya (terlebih dahulu) sebelum dua lututnya” (Riwayat Imam Abu Daud, an-Nasai, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban).

Kedua; pandangan sebahagian ulamak (antaranya Imam Malik dan al-Auza’ie); sunat mendahulukan dua tangan dari dua lutut tatkala turun sujud. Ini berdalilkan sabda Nabi s.a.w.; “Jika seseorang dari kamu sujud, janganlah ia berteleku sebagaimana telekunya unta, sebaliknya hendaklah ia meletakkan dua tangannya terlebih dahulu sebelum dua lututnya” (Riwayat Abu Daud, at-Nasai dan Ahmad dari Abu Hurairah r.a.).

Begitu juga, berdalilkan hadis dari Nafi’ yang menceritakan bahawa Ibnu ‘Umar r.a. semasa sujud, beliau meletakkan dua tangannya sebelum dua lututnya. Kata beliau (yakni Ibnu ‘Umar); “Nabi telah melakukan sedemikian” (Riwayat Imam al-Hakim, Ibnu Khuzaimah dan al-Baihaqi dengan sanad yang soheh. Lihat; Zadul-Ma’ad, 1/228)

Bagaimana cara sujud yang sempurna?

1. Ketika hendak turun sujud, ucapkan takbir tanpa mengangkat tangan.

2. Ketika sujud, dua tangan hendaklah diletakkan di atas lantai setentang dengan bahu atau telinga, dahi dan hidung hendaklah diletakkan di atas tanah dengan menekannya. Dari Abu Humaid as-Sa’idi menceritakan; “Nabi tatkala sujud, baginda menekan hidung dan dahinya ke tanah, menjauhkan dua tangan dari rusuknya dan meletakkan dua tapak tangan setentang dua bahunya” (Riwayat Imam at-Tirmizi dan Abu Daud. Menurut at-Tirmizi; hadis ini hasan soheh).

Wail bin Hujrin r.a. (tatkala menceritakan sifat solat Nabi) beliau menceritakan; “….tatkala sujud, nabi meletakkan dua tangannya setentang dengan dua telinganya” (Riwayat Imam Ahmad).

3. Jari-jari dilepaskan menghala ke kiblat dalam keadaan dirapatkan antara satu sama lain. Wail bin Hujrin r.a. menceritakan; “Nabi s.a.w. tatkala ruku’ baginda merenggangkan antara jari-jarinya dan tatkala sujud baginda menghimpunnya (yakni merapatkannya)” (Riwayat al-Hakim).

4. Kedua-dua siku diangkat dari tanah (yakni jangan meratakannya di atas tanah) dan dijauhkan dari dua rusuk (yakni tidak merapatkannya ke rusuk). Sabda Nabi; “Apabila kamu sujud, letaklah dua tapak tanganmu di atas lantai dan angkatlah dua sikumu (yakni jangan menghamparnya di atas tanah)” (Riwayat Imam Muslim dari al-Barra’).

Sabda Nabi s.a.w. juga; “Sempurnakanlah sujudmu. Dan janganlah seseorang kamu menghamparkan dua tangannya (dari tangan hingga siku) seperti hamparan anjing (yakni; meletakkan kedua-dua tangan dan siku di atas tanah/lantai umpama anjing tidur)” (Riwayat Imam Muslim dari Anas r.a.).

Menjauhkan tangan dari rusuk adalah berdasarkan hadis at-Tirmizi tadi dan juga hadis dari Buhainah r.a. menceritakan; “Nabi semasa menunaikan solat tatkala sujud, baginda memisahkan antara dua tangannya (dari rusuknya) hingga nampak putih dua ketiaknya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim/Bulugul-Maram).

5. Jari-jari kaki hendaklah dilipatkan menghala ke arah kiblat. Abu Humaid as-Sa’idi r.a. tatkala menceritakan sifat solat Nabi s.a.w. beliau menjelaskan; “….Ketika sujud Nabi meletakkan kedua tangannya ke bumi tetapi lengannya tidak dihamparkan dan tidak pula dirapatkan ke rusuk dan hujung jari kakinya dihadapkan ke arah qiblat” (Riwayat Imam al-Bukhari).

6. Ketika melakukan sujud wajib tomaninah dengan pengertian yang telah diterangkan terdahulu.

7. Ketika sujud disunatkan membaca zikir-zikir yang warid dari Nabi terutamanya tasbih. Begitu juga digalakkan banyak berdoa ketika berada di dalam sujud. Sabda Nabi s.a.w.; “Sehampir-hampir seorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika ia sedang sujud. Oleh demikian, perbanyakkanlah oleh kamu sekelian berdoa (ketika sujud)” (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Adakah harus membaca al-Quran semasa sujud?

Tidak harus kerana Nabi s.a.w. menegahnya dengan sabdanya; “Ketahuilah! Sesungguhnya aku dilarang membaca al-Quran ketika ruku’ atau sujud. Adapun di dalam ruku’, maka hendaklah kamu agungkan Tuhan kamu. Sementara di dalam sujud, hendaklah kamu bersungguh-sungguh berdoa, nescaya doamu pasti akan diperkenankan” (Riwayat Imam Muslim).


SOLAT (DUDUK ANTARA DUA SUJUD DAN ISTIRAHAH)
Apa hukum duduk antara dua sujud?

Hukumnya adalah wajib. Tidak sah solat tanpa diselangi dua sujud tadi dengan duduk. Ini berdalilkan banyak hadis, antara hadis dari Saidatina ‘Aisyah r.a. yang menceritakan solat Nabi s.a.w.; “Apabila bangkit dari sujud (pertama), Nabi s.a.w. tidak sujud (kali kedua) melainkan setelah duduk dengan sempurna lebih dahulu” (Riwayat Imam Muslim).

Bagaimana melakukan duduk antara dua sujud yang sempurna?

1. Semasa hendak mengangkat kepada sujud, ucapkan takbir tanpa mengangkat dua tangan.

2. Semasa duduk disunatkan duduk secara iftirasyh iaitu dengan menghamparkan kaki kiri, meletakkan punggung di atas hamparan kaki kiri itu dan kaki kanan pula dipacakkan dengan jari-jarinya menghala ke arah qiblat. Abu Humaid r.a. menceritakan; “…apabila Nabi mengangkat kepalanya (dari sujud baginda yang pertama), baginda melipat kaki kirinya dan duduk di atasnya” (Riwayat Imam Abu Daud).

Sabda Nabi (tatkala mengajar seorang yang salah dalam mengerjakan solat); “…Apabila kamu bangun dari sujud, duduklah di atas pahamu yang kiri” (Riwayat Abu Daud dari Rifa’ah bin Rafi’ r.a.).

3. Harus juga duduk secara Iq’ak iaitu duduk dengan meletakkan dua pangkal paha (yakni punggung) di atas dua tumit kaki di mana dua kaki dipacak/ditegakkan di atas jari-jarinya dan kedua lutut diletakkan di atas tanah. Keharusan duduk secara iq’ak ini berdasarkan hadis dari Thawus yang menceritakan; “Kami bertanya Ibnu ‘Abbas r.a. berkenaan duduk al-Iq’ak di atas dua kaki (semasa mengerjakan solat)?. Maka ia menjawab; ‘Ia adalah sunnah Nabi s.a.w.’.” (Riwayat Imam Muslim).

4. Duduk antara dua sujud ini wajib dilakukan dengan Tomaninah.

5. Disunatkan semasa duduk antara dua sujud ini kita membaca doa yang warid dari Nabi iaitu;

رَبّ اغْفِرْ لِيْ وارْحَمْنِي واجْبُرْنِي وَارْفَعْنِي وَارْزُقْنِي وَاهْدِني وَعَافِني
“Tuhanku! Kurniakanlah keampunan untukku, rahmatilah daku, perbaikilah diriku, angkatlah darjatku, kurniakanlah rezki kepadaku, berilah hidayah kepadaku dan maafkanlah daku”. (Riwayat Imam al-Baihaqi dan Abu Daud. Riwayat Imam Abu Daud dengan sanad yang hasan menurut Imam an-Nawawi. Lihat; al-Azkar, kitab Ma Yaqulu Iza Dakhala fis-Solah).

Menurut sebahagian ulamak (termasuk dari mazhab Syafi’ie); selain dari bacaan yang terdapat dalam hadis, diharuskan untuk berdoa memohon kebaikan dunia dan akhirat ketika duduk antara dua sujud itu.

Apa itu duduk istirahah?

Duduk istirahah ialah duduk yang ringkas sebelum bangun (ke rakaat kedua atau keempat) selepas sujud kedua bagi rakaat pertama dan ketiga (jika solat empat rakaat). Duduk istirahah ini hukumnya adalah sunat berdalilkan hadis dari Malik bin al-Huwairis al-Laitsi yang menceritakan; “Bahawa ia melihat Rasulullah s.a.w. menunaikan solat. Ketika baginda berada dalam rakaat yang ganjil dari solatnya, baginda tidak bangun (untuk ke rakaat seterusnya setelah bangkit dari sujud kedua) melainkan setelah duduk terlebih dahulu”. (Riwayat Imam al-Bukhari, Abu Daud, an-Nasai dan at-Tirmizi).

Duduk Istirahah ini hanya sekejap sahaja dan tidak ada sebarang bacaan doa atau zikir yang sunat dibaca ketika duduk itu. Cara duduk yang disunatkan bagi duduk istirahah ini ialah duduk secara Iftirasyh.

Tatkala bangun untuk ke rakaat berikutnya, mana dulu yang di angkat;
lutut atau tangan?


Terdapat dua pandangan dari ulamak;

Pertama; pandangan mazhab Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad; dimulai dengan mengangkat muka, kemudian dua tangan dan seterusnya dua lutut, iaitu bangun dengan menekankan dua tangan ke atas dua paha. Cara ini ini adalah sebalik kepada cara ketika turun sujud tadi (mengikut pendapat jumhur). Mereka berdalilkan hadis dari Wail bin Hujrin r.a. tadi yang menceritakan; “Aku telah melihat Nabi apabila sujud, baginda meletakkan dua lututnya sebelum dua tangannya dan apabila bangkit dari sujud, baginda mengangkat dua tangannya (terlebih dahulu) sebelum dua lututnya” (Riwayat Imam Abu Daud, an-Nasai, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban).

Kedua; pandangan mazhab Imam Malik dan Syafi’ie; sunat didahulukan mengangkat dua lutut dari dua tangan, iaitu bangun dengan menekan dua tangan ke atas lantai, bukan dengan menekan dua tangan ke atas dua paha sebagaimana pandangan pertama di atas. Mereka berdalilkan hadis dari Malik bin al-Huwairth yang menceritakan sifat solat Nabi; “….apabila mengangkat kepala dari sujud kedua (di rakaat pertama), beliau duduk dengan lurus (yakni duduk istirahah-pent.), kemudian beliau bangun dengan menekan (dua tangan) ke atas tanah” (Riwayat Imam al-Bukhari).

Begitu juga, hadis dari Nafi’ yang menceritakan; “Ibnu ‘Umar r.a. tatkala bangun dari sujud, beliau menungkat di atas dua tangannya (yakni dengan menekan dua tangan ke atas tanah-pent.)” (Riwayat Imam al-Baihaqi dalam as-Sunan al-Kubra).
(Rujuk; Zadul-Ma’ad, 1/240, as-Solah ‘Ala al-Mazahib al-Arba’ah, hlm. 147).



SOLAT (DUDUK TAHIYYAT)
Apa yang dimaksudkan duduk Tahiyyat/Tasyahhud?

Duduk Tahiyyat/Tasyahhud bermakna duduk di hujung rakaat kedua dan hujung rakaat akhir (yakni rakaat ketiga atau keempat) bagi solat yang melebihi dua rakaat. Tujuan duduk ialah untuk membaca tasyahhud atau tahiyyat dan juga selawat. Jadi duduk tahiyyat di dalam solat ada dua, iaitu;

1. Duduk tahiyyat awal; iaitu duduk di hujung rakaat kedua solat.
2. Duduk tahiyyat akhir; iaitu duduk di hujung rakaat akhir solat.

Apa hukum duduk Tahiyyat/Tasyahhud Awal?

Para ulamak berbeza pandangan;

1. Pandangan Imam Abu Hanifah, Malik dan Syafi’ie; duduk Tahiyyat/Tasyahhud dan juga membaca Tahiyyat/Tasyahhud semasa duduk itu hukumnya sunat sahaja (tidak wajib). Jika ditinggalkan tidak membatalkan solat, namun hukumnya makruh dan disunatkan sujud sahwi. Dalil mereka ialah dalam hadis Musi’ as-Solah di awal tadi (yakni hadis berkenaan seorang lelaki yang salah dalam menunaikan solat, lalu diajar oleh Nabi), Nabi s.a.w. tidak menyebutkan tentang tahiyyat/tasyahhud awal tatkala menerangkan kaifiyat solat. Selian itu, ada hadis menceritakan bahawa Nabi pernah tertinggal tasyahhud awal, namun baginda tidak mengulanginya, akan tetapi menggantinya dengan sujud sahwi sahaja.

2. Pandangan Imam Ahmad; ia adalah wajib.[1] Dalil mereka arahan Nabi s.a.w.; “Apabila kamu duduk pada setiap dua rakaat, bacalah; “at-Tahiyyatul lillahi was-Solawati wat-Thaiyyibati…” (Riwayat Imam Ahmad, an-Nasai dan at-Thabrani dengan sanad yang soheh). Selain itu, ia tidak pernah ditinggalkan oleh Nabi s.a.w.. (al-Mughni, 1/373)

Apa hukum duduk Tahiyyat/Tasyahhud Akhir?

Hukum duduk tahiyyat akhir adalah wajib dan merupakan rukun solat. Jika ditinggalkan batallah solat.

Apakah cara duduk yang disunatkan ketika duduk Tahiyyat/Tasyahhud?

Disunatkan ketika tahiyyat awal duduk secara iftriraysh dan ketika tahiyyat akhir disunatkan duduk secara tawarruk. Duduk iftiraysh ialah dengan menghamparkan kaki kiri sebagai hamparan bagi punggung dan memacakkan kaki kanan. Adapun duduk tawarruk pula ialah dengan mengeluar/menghulurkan kaki kiri ke bawah kaki kanan dan pangkal paha (yakni punggung) diletakkan di atas lantai, adapun kaki kanan dipacakkan. Perbezaan antara dua jenis duduk tersebut berdalilkan hadis dari Abu Humaid r.a. yang menceritakan sifat solat Nabi s.a.w.; “Apabila baginda duduk sesudah dua rakaat, baginda duduk di atas kakinya yang kiri dan menegakkan tapak kakinya yang kanan. Apabila baginda duduk pada rakaat yang akhir, baginda mengulurkan tapak kakinya yang kiri (ke bawah betis kanan) dan menegakkan tapak kakinya yang kanan dan baginda duduk di atas punggungnya” (Riwayat Imam Bukhari).

Itu adalah pandangan sebahagian ulamak termasuk mazhab Syafi’ie. Sebahagian ulamak yang lain (antaranya Imam Abu Hanifah) berpandangan; cara duduk semasa Tahiyyat Akhir adalah sama seperti cara duduk semasa Tahiyyat Awal iaitu Iftiraysh. Mereka berdalilkan hadis dari Saidatina Aisyah r.a. yang menceritakan sifat solat Nabi s.a.w.; “…Nabi membaca tahiyyat setiap selesai dua rakaat. Baginda (duduk tahiyyat dengan) menghampar kakinya yang kiri dan menegakkan kakinya yang kanan…” (Riwayat Imam Muslim). Dalam hadis ini ‘Aisyah r.a. hanya menyebutkan satu jenis duduk sahaja bagi Tahiyyat/Tasyahhud iaitu duduk Itiraysh.

Apakah yang dibaca semasa duduk Tahiyyat?

1. Bacaan Tahiyyat
2. Bacaan Selawat

Bacaan tahiyyat ialah;

التَّحِيَّاتُ المُبارَكاتُ الصَّلَواتُ الطَّيِّباتُ لِلَّهِ، السَّلامُ عَلَيْكَ أيُّهَا النَّبيُّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ، السَّلامُ عَلَيْنا وعلى عِبادِ اللّه الصَّالِحينَ، أشْهَدُ أنْ لا إلهَ إِلاَّ اللَّهُ، وَأشْهَدُ أنَّ مُحَمَّداً رَسُولُ اللَّهِ

“Segala kerajaan/kekuasaan, limpahan barakah, selawat dan kalimah-kalimah yang baik adalah milik Allah. Selamat sejahtera ke atas engkau wahai Nabi serta rahmat Allah dan juga keberkatan-keberkatanNya. Selamat sejahtera juga ke atas kami serta ke atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah Rasul Allah”. (Riwayat Imam Muslim dari Ibnu ‘Abbas r.a.)

Bacaan Selawat pula ialah;

اللَّهم صلِّ عَلَى مُحمَّدٍ وعَلَى آلِ مُحمَّدٍ كما صلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وعَلَى آل إِبْرَاهِيْمَ وباركْ عَلَى مُحمَّد وعَلَى آلِ مُحمَّدٍ كما باركتَ عَلَى إِبْرَاهِيْم وعَلَى آل إِبْرَاهِيْم في العالمينَ إنَّكَ حميدٌ مجيدٌ

“Ya Allah, kurniakanlah selawat ke atas Muhammad dan ke atas ahli Muhammad sebagaimana kamu mengurniakan selawat ke atas Ibrahim dan ke atas ahli Ibrahim. Serta kurniakanlah barakah ke atas Muhammad dan ke atas ahli Muhammad sebagaimana engkau kurniakan barakah ke atas Ibrahim dan ahli Ibrahim dalam seluruh alam. Sesungguhnya Engkau maha terpuji lagi maha mulia”. (Riwayat Imam Muslim dari Ibnu Mas’ud)

Bagaimana kedudukan jari-jari tangan kita semasa Tahiyyat/Tasyahhud itu?

Ketika duduk tahiyyat, sunat kita meletakkan tangan kanan di atas paha kanan dalam keadaan jari hujung (yakni kelingking), jari manis dan jari tengah digenggam, sementara jari telunjuk dilepaskan dan diangkat serta diisyaratkan (menghala ke arah kiblat) ketika menyebutkan (إلا الله) sambil meniatkan di dalam hati tauhid dan ikhlas di mana ia terus diluruskan tanpa meletak atau menjatuhkannya. Ibu jari diletakkan pada jari tengah. Adapun tangan kiri, hendaklah diletakkan di atas paha kiri.

Cara kedudukan tangan di atas adalah berdalilkan hadis-hadis berikut;

1. Hadis Ibnu ‘Umar r.a. yang menceritakan; “Adalah Rasulullah s.a.w. apabila duduk di dalam solat, baginda meletakkan tapak tangannya yang kanan di atas paha kanannya dan baginda menggenggam semua jarinya dan memberi isyarat dengan jarinya bersebelahan ibu jari (yakni jari telunjuk). Adapun tapak tangan kirinya, baginda letakkan di atas paha kirinya”. (Riwayat Imam Muslim)

2. Dari Ali bin Abdirrahman al-Maghafiri yang menceritakan dari Abdullah bin ‘Umar r.a. yang melihat seorang lelaki mengerak-gerakkan batu dengan tangannya ketika ia sedang solat. Apabila lelaki selesai solat, Abdullah berkata kepadanya; “Jangan mengerak-gerakkan batu semasa kamu berada dalam solat kerana itu adalah dari Syaitan. Akan tetapi lakukanlah sebagaimana yang dilakukan Rasulullah s.a.w.. Lelaki itu bertanya; “Bagaimana yang dilakukan baginda?”. Abdullah menjelaskan kepadanya; “Baginda meletakkan tangannya yang kanan di atas paha kanannya, mengisyaratkan jarinya yang bersebelahan ibu jari ke arah kiblat dan melontarkan pandangan matanya ke arah jari tersebut. Begitulah yang aku lihat dilakukan Rasulullah s.a.w.”. (HR Imam an-Nasai).

3. Diriwayatkan dari Abdullah bin az-Zubair r.a. yang menceritakan; “Adalah Rasulullah s.a.w. apabila duduk berdoa (semasa tasyahhud) baginda meletakkan tangannya yang kanan di atas pahanya yang kanan dan tangannya yang kiri di atas pahanya yang kiri. Baginda melakukan isyarat dengan jari telunjuknya, sementara ibu jari baginda letakkan pada jari tengahnya. Adapun tangan kiri, maka baginda meratakannya di atas lutut kirinya”. (Riwayat Imam Muslim)

4. Dalam hadis riwayat Abu Daud dan an-Nasai, seorang sahabat bernama Wail bin Hujrin r.a. tatkala menceritakan sifat solat Nabi s.a.w., beliau memberitahu; “…Semasa Tahiyyat, Rasulullah s.a.w. meletakkan tangan kanannya (bermula dari siku) di atas paha kanannya, kemudian baginda menggenggam dua jari dari jari-jari tangannya (iaitu jari kelingking dan jari hantu) dan membentuk gelungan (dengan jari tengah/telunjuk dan ibu jarinya), kemudian mengangkat jari (telunjuk)nya. Aku melihat beliau menggerak-gerakkan jari telunjuknya itu sambil berdoa dengannya” (HR Imam an-Nasai dan Abu Daud). Di dalam hadis Abdullah bin az-Zubair tadi, diceritakan bahawa Nabi s.a.w. hanya meletakkan sahaja ibu jarinya pada jari tengahnya. Sedang di dalam hadis ini, baginda membentuk gelungan dengan dua jari tersebut.


Perlukah jari telunjuk kanan tadi digerak-gerakkan ketika mengangkat dan mengisyaratkannya tadi?

Hal ini terdapat khilaf di kalangan ulamak;

a) Pandangan pertama; tidak perlu digerak-gerakkan kerana Nabi s.a.w. tidak melakukannya sebagaimana hadis riwayat Abu Daud dari Abdullah bin az-Zubair r.a. yang menceritakan; “Nabi s.a.w. memberi isyarat dengan jarinya (yakni jari telunjukkan) tatkala berdoa (semasa tasyahhud) dan baginda tidak menggerak-gerakkannya”.[2]

b) Pandangan kedua; perlu menggerak-gerakkannya berdalilkan hadis dari Wail bin Hujrin r.a. yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan an-Nasai tadi yang menceritakan; “…Aku melihat beliau (yakni Nabi s.a.w.) menggerak-gerakkan jari telunjuknya itu (semasa Tasyahhud) sambil berdoa dengannya”.[3]

Menurut Imam al-Baihaqi; kedua-dua hadis tersebut adalah soheh. (Lihat; Mughni al-Muhtaj, jil. 1, hlm. 240).

Nota Kaki;

[1] Rahmatul-Ummah, hlm. 34.
[2] Menurut Imam an-Nawawi; hadis ini sanadnya adalah soheh (Fiqh as-Sunnah, 1/119). Namun disanggah oleh al-Albani yang menegaskan; hadis ini tidak sabit dari Nabi dari segi sanadnya. (Lihat; Sifatu Solati an-Nabi, hlm. 158).
[3] Menurut Imam al-Baihaqi; ada kemungkinan bahawa yang dimaksudkan dengan at-tahrik dalam hadis ini ialah al-Isyarah biha (yakni menunjuk/mengisyaratkan dengan jari tersebut, bukan menggerak-gerakkannya berulang-ulang kali. Andaian ini dikemukakan untuk menyesuaikan hadis ini dengan hadis Ibnu az-Zubair yang dikemukakan oleh pandangan pertama tadi. (Fiqh as-Sunnah, 1/119).


SOLAT (DOA SEBELUM MEMBERI SALAM)
Adakah disunatkan berdoa sebelum memberi salam?

Ya. Disunatkan berdoa –antaranya- dengan doa berikut;

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ

“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari azab api neraka jahannam, dari azab kubur, dari fitnah/ujian ketika hidup dan mati dan dari kejahatan fitnah Dajjal”.

Dalam riwayat hadis dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila seseorang kamu selesai dari membaca tasyahhud (yakni tahiyyat) akhir, maka mintalah perlindungan dengan Allah dari empat; dari azab neraka jahannam, dari azab kubur, dari fitnah hidup dan mati dan dari kejahatan Dajjal”. (Riwayat Imam Muslim)

Selain doa di atas, doa lain yang pernah dibaca Nabi s.a.w. ialah;

اللَّهمَّ اغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ، وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ، وَمَا أَسْرَفْتُ، وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّي، أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ.
“Ya Allah. Kurniakanlah keampunan untukku terhadap apa sahaja (dosa) yang telah aku lakukan yang terdahulu dan juga yang terkemudian, yang aku sembunyikan dan yang aku nampakkan serta apa sahaja perbuatan sia-sia atau melampau yang telah aku lakukan di mana Engkaulah yang lebih tahu tentangnya dari diriku sendiri. Engkaulah Tuhan yang maha dahulu dan yang maha akhir. Tidak ada Tuhan kecuali Engkau sahaja”.
(Riwayat Imam Muslim dari Saidina ‘Ali r.a.)


SOLAT (MEMBERI SALAM)
Bagaimana menutup solat?

Solat ditutup dengan memberi salam dua kali; sekali ke kanan dan sekali ke kiri. Ini berdalilkan hadis dari ‘Amir bin Sa’ad meriwayatkan dari bapanya yang menceritakan; “Aku telah melihat Rasulullah s.a.w. memberi salam ke arah kanan dan ke arah kirinya sehingga aku dapat melihat putihnya pipi baginda” (Riwayat Imam Muslim).

Apakah lafaz salam?

Lafaz salam ialah;

السلام عليكم ورحمةُ الله
“Selamat sejahtera ke atas kamu sekelian berserta rahmat Allah”.

Lafaz salam ini berpandukan hadis dari Abdullah bin Mas’ud r.a. yang menceritakan; “Adalah Rasulullah s.a.w. memberi salam ke kanan dan ke kiri dengan menyebutkan;

السلام عليكم ورحمةُ الله
“Selamat sejahtera ke atas kamu sekelian berserta rahmat Allah”.
(Riwayat Imam at-Tirmizi. Menurut beliau, hadis ini hasan soheh).

Adakah kedua-dua salam diwajibkan?

Tidak. Salam yang diwajibkan ialah yang pertama sahaja. Adapun salam yang kedua hukumnya adalah sunat.

Bagaimana cara memberi salam yang sempurna?

Jika seseorang ingin memberi salam sekali sahaja, disunatkan ia memberi salam tanpa memaling ke kanan atau ke kiri, akan tetapi dengan mengadap ke hadapannya. Adapun jika ia ingin memeri dua kali salam, maka salam pertama ke sebelah kanan dan salam kedua ke sebelah kiri di mana ia memaling mukanya pada setiap kali memberi salam sehingga dapat dilihat pipinya oleh orang yang berada bersebelahan di belakangnya berdasarkan hadis yang disebutkan tadi.

Jika ia memberi kedua-dua salam dengan memaling ke kanan sahaja atau ke kiri sahaja atau kedua-duanya ke depan (tanpa memaling sama ada ke kanan atau ke kiri), atau ia memberi salam pertama dengan memaling ke kiri dan memberi salam kedua dengan memaling ke kanan, maka semua cara tersebut tidaklah membatalkan solatnya dan terhasil dua salam baginya namun ia tidak memperolehi pahala melakukan kaifiyat yang betul.

Makmum;bila masanya ia memberi salam?

Jika seseorang menunaikan solat berjamaah, hendaklah ia memberi salam selepas imamnya memberi salam. Jika ia memberi salam mendahului imamnya, batallah solatnya kecuali ia berniat mufaraqah (berpisah dari imamnya). Jika ia memberi salam serentak dengan imamnya, dalam masalah ini ada dua pandangan dari ulamak-ulamak mazhab Syafi’ie; (pandangan pertama); batal solatnya kecuali dengan niat mufaraqah, (pandangan kedua); tidak batal. Pandangan yang rajih menurut Imam Nawawi ialah yang kedua.


SUNAT SELEPAS SOLAT
Apa yang sunat kita lakukan selepas solat?

Disunatkan kita beristighfar, berzikir dan berdoa. Ini berdalilkan hadis di bawah;

1. Tsauban r.a. menceritakan; “Adalah Rasulullah s.a.w. apabila selesai dari solatnya, baginda beristighfar sebanyak tiga kali…” (HR Imam Muslim). Ditanya kepada Imam al-Auza’ie –yang menjadi salah seorang perawi hadis ini-; ‘Bagaimana cara istighfar?’. Jawab beliau; “اسْتَغْفِرُ اللَّه، اسْتَغْفِرُ اللَّه”. (al-Azkar, Imam Nawawi).

2. Ibnu Abbas r.a. menceritakan; “Kami mengetahui selesainya Rasulullah s.a.w. menunaikan solat dengan bunyi takbir (yakni alunan “الله أكبر، الله أكبر” yang diucapkan sebaik sahaja selesai solat). Dalam riwayat yang lain, Ibnu Abbas juga pernah menceritakan; “Sesungguhnya meninggikan suara dengan berzikir apabila orang ramai selesai dari menunaikan solat fardhu adalah biasa dilakukan pada zaman Rasulullah s.a.w.”. Ibnu Abbas berkata lagi; “Apabila aku mendengarnya maka tahulah aku bahawa mereka sudah selesai menunaikan solat”. (Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim).

3. Dari Abu Umamah r.a. menceritakan; “Telah ditanya kepada Rasulullah s.a.w.; “Doa di waktu manakah yang paling didengar oleh Allah?”. Jawab Rasulullah s.a.w.; “Doa di akhir malam dan doa setiap kali selepas solat fardhu”. (Riwayat Imam At-Tirmizi. Menurut beliau; hadis ini adalah hasan).


SOLAT (KHUSYUK)
Apa makna khusyuk?

Khusyuk pada pengertian bahasa bermaksud tunduk dan merendah diri. Orang yang khusyuk ialah orang yang tunduk dan merendah diri. Adapun pengertian khusyuk di dalam solat, di bawah ini kita kemukakan beberapa pandangan ulamak tentang makna khusyuk di dalam solat;

1. Berkata Saidina ‘Ali r.a.; “Khusyuk itu ialah khusyuk hati”. Menurut riwayat lain, beliau berkata; “Khusyuk itu ialah tidak berpaling ke kanan atau ke kiri”.

2. Menurut Imam al-Qurthubi; “Khusyuk ialah suatu keadaan di dalam jiwa di mana dia mewujudkan keadaan tetap (tenang) dan merendah diri segala anggota”.

3. Menurut Imam Zamakhsyari; “Khusuk dalam solat ialah hati berkeadaan takut dan mata selalu tunduk (ke tempat sujud)”. (al-Kasysyaf)

4. Berkata Imam al-Jurjani; “Orang yang khusyuk ialah yang merendah diri kepada Allah dengan hati dan segala anggotanya”. (at-Ta’rifat)

5. Menurut Imam al-Kalbi; “Khusyuk itu ialah suatu keadaan di hati di mana dia mempunyai sifat takut, muraqabah (selalu memperhati kan Allah) dan merendah diri kepada kebesaran Allah, kemudian dia mempengaruhi segala anggota yang membawa berkeadaan tetap, seronok melakukan solat, tidak berpaling-paling, menangis dan berdoa”.

Dari penjelasan para ulamak di atas, dapat kita simpulkan bahawa khusyuk di dalam solat hendaklah menggabungkan dua bentuk khusyuk;

1. Khusyuk batin; iaitu khusyuk hati dengan menghadirkan di dalam hati perasaan takut kepada Allah, rendah diri serta mengharapkan rahmatNya.

2. Khusyuk lahir; iaitu khusyuk kepala dengan cara menundukkannya, khusyuk mata dengan cara tidak menoleh atau berpaling-paling, khusyuk tangan ialah dengan meletakkan tangan kanan ke atas tangan kiri dengan penuh hormat seperti perlakuan seorang hamba dan khusyuk dua kaki ialah dengan tegaknya berpijak dan berkeadaan tetap, tidak bergerak. Khusyuk lahir ini terbit dari khusyuk batin atau hati tadi.

Kenapakah khusyuk penting?

Khusyuk penting kerana pahala solat bergantung kepadanya. Sabda Nabi s.a.w.; “Sesungguhnya seorang lelaki selesai menunaikan solat, namun tidak ditulis pahala untuknya melainkan sepersepuluh, sepersembilan, seperlapan, sepertujuh, sepernam, seperlima, seperempat, sepertiga atau seperdua” (Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Hibban dari ‘Ammar bin Yasir r.a.. Menurut Imam as-Suyuti, hadis ini soheh. Lihat. Al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 1978).

Dalam hadis yang lain Nabi s.a.w. bersabda; “Barangkali seorang yang bangun mengerjakan solat di malam hari, habuannya dari solat malamnya hanyalah berjaga malam (yakni tidak ada pahala). Dan barangkai seorang yang berpuasa, habuannya dari puasanya hanyalah lapar dan dahaga”. (Riwayat at-Tabrani, Ahmad, al-Hakim dan al-Baihaqi dari Abu Hurairah r.a.. Menurut Imam as-Suyuti; hadis ini soheh. Berkata Hafidz al-‘Iraqi; ia adalah hasan. Menurut Imam al-Haitami; perawi-perawinya adalah siqah. Lihat; al-Jami’ as-Saghier dan Faidhul-Qadier, hadis no. 4405).

Berikah contoh manusia yang khusyuk di dalam solat

Contoh manusia yang khusyuk ialah para sahabat. Abdullah bin ‘Umar r.a. –salah seorang sahabat Nabi yang masyhur- pernah menceritakan sentang solat para sahabat dengan katanya; “Para sahabat Nabi s.a.w. apabila mereka mengerjakan solat, mereka memberi perhatian bersungguh-sungguh kepada solat mereka, mereka menundukkan penglihatan mereka ke tempat-tempat sujud mereka dan mereka menyedari sesungguhnya Allah sedang berhadap kepada mereka, maka tidaklah mereka berpaling ke kanan dan ke kiri”.

Nyatakan rahsia-rahsia untuk mendapat khusyuk di dalam solat mengikut Imam al-Ghazali

Menurut Imam al-Ghazali, untuk menghadirkan khusyuk di dalam solat, ada enam perkara yang perlu kita lakukan semasa mengerjakan solat;

Pertama; Hudhur al-Qlabi (حضور القلب); iaitu menghadirkan hati kita ketika menunaikan solat iaitu dengan membuang dari hati segala yang tidak ada kena-mengena dengan solat kita.

Kedua; at-Tafahhum (التفهم); iaitu berusaha memahami iaitu melakukan usaha untuk memahami segala perkara yang dilakukan di dalam solat sama ada perbuatan atau yang dibaca/diucapkan.

Ketiga; at-Ta’dziem (التعظيم); iaitu merasai kebesaran Allah iaitu dengan merasai diri terlalu kerdil di hadapan Allah.

Keempat; al-Haibah (الهيبة); iaitu merasa gerun terhadap keagungan Allah dan siksaanNya.

Kelima; ar-Raja’ (الرجاء); iaitu sentiasa menaruh harapan besar kepada Allah mudah-mudahan solat yang dikerjakan akan diterima dan diganjari oleh Allah.

Keenam; al-Haya’ (الحياء); iaitu merasa malu terhadap Allah di atas segala kekurangan dan kecacatan yang terdapat di dalam solat.