APABILA DISAPA PETUNJUK DAN HIDAYAH

APABILA DISAPA PETUNJUK DAN HIDAYAH

Borang Keahlian MUARA

Nama:
Email:
Telefon:
KP:
Alamat:

This HTML form was created by Freedback.

Bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal-Ehwal Pengguna

Photobucket

Bersama Timbalan Menteri Pelajaran

Photobucket

Wednesday, March 27, 2013

ن‎‎فايز ناقما

Beberapa hari sebelum ini saya ada berdiskusi dengan seorang Hamba Allah yang faham benar mengenai agenda NEW WORLD ORDER (NWO) ini, dia seorang blogger, tapi saya rahsiakan identitinya atas faktor keselamatan bersama. Yang penting ialah kami berbincang bagaimana untuk sama-sama memberi kefahaman mengenai ancaman agenda Dajjal Akhir Zaman ini. Kami dapati ia agak kompleks, lebih-lebih lagi terhadap masyarakat Melayu-Islam kita yang umumnya kini banyak disogok dengan hiburan serta berita-berita sensasi yang tidak memerlukan daya berfikir secara kritis & berat.

Ya... perihal NWO adalah perihal yang agak serius dan berat. Tidak semua tahu hakikat sebenarnya. Apa yang kami (para pengkaji) ini pun tahu mungkin sekadar permukaannya juga kerana kedalaman hakikatnya hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Namun kami cuba terangkan kepada umum melalui pelbagai kaedah dan usaha. Saya pernah terbitkan beberapa artikel di FB ini termasuk E-book dalam format PDF untuk bacaan umum. Beberapa sahabat seperjuangan yang lain cuba menerangkannya melalui blog, siri ceramah dan penerbitan bercetak. Semua telah & sedang dibuat, sama ada dalam BM atau BI. Dan saya yakin ramai juga yang telah mendengar istilah NWO ini tetapi kurang faham SEBAB-AKIBAT yang boleh ditafsir atau dilihat dari persekitaran hidup kita hari ini.

Untuk memahami agenda BESAR DAJJAL LAKNATULLAH ini, seseorang itu perlulah sekurang-kurangnya mempunyai ASAS agama yang kukuh, perlu minat mengkaji sejarah, faham realiti kenegaraan & pembentukan sistem pemerintahan dunia masa kini serta hala tujunya. Ia suatu pengkajian yang memakan masa bertahun-tahun, melibatkan pembacaan pelbagai sumber, memerlukan kesabaran serta masa untuk kita semua sedar bahawa masa AKHIR ZAMAN yang diramalkan oleh Rasulullah itu sebenarnya sudah tiba.

Ia bukan soal mati, ia soal hidup. Ia soal survival dan juga soal AKIDAH. Ia bukan soal politik apatah lagi agenda peribadi untuk mencetus kontroversi atau paranoia. Ia mungkin diejek sebagai TEORI KONSPIRASI oleh para skeptik & ejen-ejen NWO itu sendiri. Namun jika NWO itu hanya khayalan, maka Dajjal serta segala ramalan dan amaran oleh Al-Quran dan Hadis mengenai dugaan Akhir Zaman itu pun boleh dianggap sebagai paranoia. Kita pernah dengar perihal Dajjal, namun tidak ramai antara kita yang FAHAM atau CUBA FAHAM modus operandi DAJJAL ini, dari mana ia bermula dan ke mana agendanya.

Maka dengan ini, walaupun saya semakin sibuk dengan urusan di hospital sebagai seorang doktor muda, saya bertekad untuk terus memberi kefahaman setakat termampu diri ini kepada masyarakat kita mengenai ancaman global NEW WORLD ORDER DAJJAL ini walaupun melalui FB, penerbitan teks, siri ceramah mahu pun multimedia insyaAllah.

Saya percaya ia adalah JIHAD. Dan saya percaya Anwar Ibrahim adalah salah satu proksinya di Asia Tenggara ini. Saya juga percaya mereka berada di mana-mana sahaja termasuk di dalam serta di luar agensi kerajaan Malaysia wallahualam.

No comments:

Post a Comment