KOTA BHARU 19 Okt. - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V hari ini berkenan menerima Darjah Kerabat (DK) daripada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.
Darjah tersebut disampaikan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bagi pihak Raja Perlis dalam satu majlis ringkas di Istana Negeri di sini hari ini.
Turut hadir, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu; Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Setiausaha Kerajaan Perlis, Datuk Azizan Hamid dan Setiausaha Kerajaan Kelantan, Datuk Dr. Zainuddin Ibrahim.
Hadir sama, Tengku Syarif Temenggung Perlis, Datuk Seri Diraja Syed Amir Abidin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamlullail dan Mufti Kerajaan Perlis, Dr. Juanda Jaya.
Sementara itu, Ketua Istiadat Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad dalam kenyataannya berkata, pihaknya menjunjung kasih kepada rombongan di Raja Perlis yang berangkat ke Kelantan hari ini.
"Ini adalah bukti hubungan erat keluarga Diraja Kelantan dan keluarga Diraja Perlis.
"Moga-moga rakyat jelata yang terus menikmati kebahagiaan di bawah naungan Sultan Muhammad V dan rakyat negeri Perlis menikmati kebahagiaan di bawah naungan Raja Perlis," katanya.
No comments:
Post a Comment