Peristiwa serangan para komando Israel ke atas kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza,Marvi Marmara telah menggemparkan masyarakat antarabangsa terutamanya umat Islam serata dunia.Lodgekeeper yang kini sedang berada di Tuzluca di sempadan Armenia-Turki meluangkan masanya bersama-sama kami untuk ditemubual melalui khidmat perbualan Internet,untuk berkongsi bersama-sama pembaca MF membincangkan isu ini.Dalam temubual kali ini,Lodgekeeper telah menyentuh persoalan 'prophecies' yang semakin menghantui diri para Elit The AntiChrist.Lodgekeeper juga menyentuh tentang sejarah Yahudi dan Israel,harapan mereka tentang Zion dan Promised Land,kaitan mereka dengan Christian Zionist,Jesuit dan Illuminati.Seterusnya beliau membicarakan tentang ramalan tentang kebangkitan mujaddid terakhir yang akan menjaga maruah Islam dari satu bangsa misteri sebagaimana bangsa Arab,Turki,Kurdis,Mamluk Mesir dan Monggol-Tartar (setelah memeluk Islam) pernah menjadi 'The Guardian of Islam' dari serangan kafir harbi dan The Hidden Hand yang mahu menghancurkan agama Allah di muka bumi.
Ketika para Zionis semakin tertekan dengan rezeki Allah yang berpusu-pusu ke Gaza melalui jalan laut,kami dengan sukacitanya membawakan Temubual Bersama Lodgekepeer dari Tuzluca,Turki.
Pandangan beliau tidak semestinya mencerminkan keseluruhan pandangan MistisFiles dan Mistis Organization.
-M.O
S:MistisFiles J:Lodgekeeper
S:Bagaimana keadaan di sana?
J:Di sini masih hangat isu para aktivis negara mereka yang terbunuh akibat serangan komando Israel Isnin lepas.Di televisyen,kerap dipaparkan berita-berita mengenainya dan terdapatnya juga liputan khas tentang insiden Marvi Marmara.
S:Boleh kita mulakan temubual.
J:Silakan.
S:Mengapakah Israel begitu tergopoh-gapah menyerang Marvi Marmara padahal bukankah mereka sudah mendapat maklumat bahawa ianya adalah kapal bantuan kemanusiaan?
J:Istilah 'tergopoh-gapah' itu kurang tepat.Istilah yang tepatnya ialah 'sensitif'.Mereka terlalu sensitif atau terlalu berhati-hati sehingga operasi Marvi Marmara perlu dicantas awal-awal.
S:Sensitif?Mengapa demikian?
J:Semakin cepat dunia menuju kehancuran atau istilah saintifiknya "End Game",maka selepas ini kita akan menyaksikan lebih banyak tindakan-tindakan membabi-buta hasil sikap terlalu sensitif dan berhati-hati Israel.Proses untuk 'establishing' takhta Dajjal The AntiChrist sedang berlangsung di Jerusalem.The Hidden Hand tidak mahu walau sepicing pun gangguan ke atas proses untuk 'mengambil-alih' dunia fana ini dari tangan Allah s.w.t.Iblis telah menipu mereka supaya terus berusaha mengukuhkan cengkaman mereka ke atas umat Islam Palestin supaya mereka akan mati perlahan-lahan akibat kebuluran atau kesusahan hidup,sepertimana proksi-proksi Dajjal menggunakan cara ini ke atas Masjidil Aqsa,mengorek lubang di bawahnya atas alasan arkeologi dan lain-lain,dengan tujuan melemahkan struktur masjid yang akhirnya akan membawa kepada keruntuhan masjid tersebut.Lihat,mereka boleh sahaja mengebom masjid ini.Tetapi mereka tidak berbuat demikian.
S:Mungkin kerana masjid ini mempunyai sentimen yang kuat dikalangan umat Islam,sekiranya runtuh,mungkin sahaja akan menimbulkan penentangan besar-besaran?
J:Ini adalah pandangan kontemporari dan kepercayaan umum,namun ada sebab-sebab lain.
S:Boleh tuan jelaskan?
J:Elit Yahudi yang berfahaman Zionis dan juga Zionis Kristian mempunyai kepercayaan khas tentang Islam dan segala tempat sucinya.Mereka percaya,tempat-tempat suci Islam mempunyai kuasa ghaib yang tidak difahami.Semua ini didapati dari peringkat tertinggi The Elite.Dajjal diberitahu supaya tidak memusnahkan tempat-tempat suci Islam sekaligus.Adakah Yahudi mempunyai sikap menghormati tempat ibadat Islam?Nothing!Berapa banyak masjid-masjid telah dimusnahkan oleh Yahudi setiapkali serangan mereka?Dajjal tidak boleh memasuki kawasan Masjid Nabawi dan Baitullah kerana dihalang oleh para malaikat yang mengawal kedua-dua tempat suci ini.Dajjal The Antichrist nampak apa yang Israel tidak nampak.
S:Bagaimana dengan insiden Marvi Marmara?
J:Komando Israel menyerang kapal bantuan itu bagaikan kapal tersebut adalah kapal tentera laut Palestin.Mereka sebenarnya diarah oleh seseorang.Orang itu pula diarah oleh peringkat tertinggi The Elite.Di dalam The Elite berkeliaran para shaman dan tukang sihir Kabbalah juga penyembah pagan.Mereka mengumpulkan ramalan-ramalan dalam kitab-kitab lama."The Prophecies" inilah yang amat menakutkan mereka.AlQuran dan Hadis-hadis Rasulullah s.a.w sudah semesti wajib dikaji.Para orientalis mereka berusaha menafsirkan kata-kata Nabi dan mereka amat yakin kata-kata baginda adalah benar!Sebab itu mereka bertindak!Mereka tidak akan bertindak terburu-buru jika tidak kerana semua ramalan akhir zaman dalam hadis nabi benar-benar menjadi kenyataan mengikut yang dijadualkan.Bayangkan sebuah negara yang mempunyai berpuluh-puluh peledak nuklear dan antara tentera paling terbaik dunia serta menjadi pengeluar senjata,begitu panik mengarahkan KOMANDO mereka menyerang kapal aktivis kemanusiaan.Saya ulangi,KOMANDO,bukannya tentera IDF biasa.Saya tunggu jika mereka mengeluarkan briged rahsia mereka,KFIR.Dan jika ini berlaku,tanda-tanda Dajjal makin hampir...sebelum semua manusia boleh membaca tanda KAF FA RA di dahinya,briged KFIR telah muncul untuk memukul gendang perang terhadap penganut agama Allah.
Namun ini berlainan pula berlaku di Malaysia dan sesetengah negara Islam.Kata-kata nabi diperlecehkan.Janggut nabi jadi mainan gelak ketawa.Ajaran nabi dipersendakan.Contoh terbaik pergerakan Sister In Islam yang didalangi proksi-proksi The Elite.Di dalamnya berkeliaran para pengamal undang-undang,tetapi sanggup membutakan mata sendiri terhadap kebaikan undang-undang Islam ke atas wanita.Isu Kartika sebagai contoh,mereka bukan tidak tahu orang yang akan menyebat Kartika TIDAK BOLEH MENGANGKAT CELAH KETIAKNYA SEDIKIT PUN mengikut hukum Islam,namun mereka sanggup menjadi buta,pekak dan bisu sekaligus mengatakan hukum Islam itu kejam,tidak bertamadun dan ganas.Cuba lihat bagaimana sebatan mengikut undang-undang Barat terhadap pesalah.Kulit punggung pun boleh tersiat menampakkan darah merah berserta isi daging.Tetapi mereka menutup mata sambil menyatakan inilah hukum paling bagus dalam dunia.Mereka tidak tahu di akhirat nanti,hukum Common Law kesayangan mereka akan hilang entah ke mana,yang ada adalah UNDANG-UNDANG ALLAH.Nasib mereka lebih kurang sama dengan orang yang mengadakan 'Hari Melukis Gambar Muhammad'.
S:Apakah rancangan Israel sebenarnya?Mengapa Amerika selalu tunduk kepada Israel?
J:Amerika tidak tunduk kepada Israel,tetapi 'menjaga' Israel.Israel ibarat pelaburan bagi The Elite di Amerika.Jadi,mereka perlu menjaga 'pelaburan' mereka sebaik-baiknya.Anda tanya apa rancangan Israel?
RANCANGAN ISRAEL IALAH UNTUK MENJADI BANGSA PILIHAN TUHAN YANG KEMBALI KE PROMISED LAND.Lihat,ada dua perkara di sini;bangsa pilihan Tuhan dan Tanah Yang Dijanjikan.
Inilah rancangan Yahudi.The Elite telah menubuhkan ZIONIS sebagai alat untuk memanipulasikan KEHENDAK Yahudi (baca Jigsclue #013).Yahudi adalah sasaran pertama mereka untuk mencapai impian paling agung mereka.
S:Saya kurang faham maksud tuan.Ini bermakna Israel dan Yahudi bukan perancang semua ini?
J:Mereka bukan domain,tetapi sub-operasi.Orang Yahudi menganggap mereka adalah bangsa pilihan Tuhan dan selain Yahudi adalah goyyim.
NAMUN SEBENARNYA MEREKA ADALAH GOYYIM KEPADA THE ELITE.Saya tidak nafikan terdapat Yahudi dalam The Elite,namun mereka mempergunakan keghairahan Yahudi terhadap terma-terma dalam Talmud dan The Protocols (Protocols of The Learned Elders of Zion) untuk merealisasikan impian mereka bersama Christian Zionist.Siapakah Raja Yahudi Yang Ditunggu-tunggu?Bagi Dajjal,semua manusia adalah goyyim termasuk Yahudi.
Adakah The Protocols muncul ketika Kongres Pertama Zionisme tahun 1897 di Basel?
TIDAK SAMA SEKALI.The Protocols telah lama muncul ketika zaman Bavarian Illuminati yang diterajui oleh Adam Weishup pada abad ke-18.Siapa yang menulis The Protocols?Bukan Adam Weishup,tetapi diberikan kepadanya oleh seorang pemuka Yahudi.Adakah pemuka Yahudi ini yang menulisnya?TIDAK.Tetapi proksi Dajjal peringkat tertinggi yang menulisnya bersama Dajjal sendiri.
S:Jadi siapa yang berkuasa sekarang?Yahudi Israel atau Kristian?
J:Kedua-duanya SALAH SAMA SEKALI.
YANG PALING BERKUASA SEKARANG ADALAH PENGANUT AGAMA PAGAN DAN PENYEMBAH SYAITAN.Israel dan Kristian,kedua-duanya bukan domain,tetapi sub-operasi kepada The Elite,yang diterajui oleh para penganut agama menyembah Iblis dan Syaitan.Iblis akan menunjukkan caranya kepada Dajjal,dengan syarat dia mesti menumpukan usaha supaya manusia menyembah dirinya.Pada peringkat tertinggi KEKAFIRAN BUKANLAH KEHENDAK UTAMA IBLIS,tetapi penyembahan total kepada dirinya.Ini samalah seperti Firaun yang mengatakan "Akulah Tuhan yang tertinggi".Bezanya Iblis mengaku Allah itu TUhan,tetapi Firaun tidak.Namun manusia haruslah dikafirkan terlebih dahulu,tidak kira dia menyembah patung berhala,menyembah salib atau sebagainya,namun jangan sesekali dia kembali kepada jalan Penciptanya sendiri,Allah Azza Wa Jalla.Kristian,adalah mangsa paling teruk diperkudakan.Paulus adalah ejen The Hidden Hand yang dihantar untuk memporak perandakan ajaran Nabi Isa a.s dan para Hawariyyun (The Apostles).Barnabas,seorang Hawariyyun yang paling muda dan yang terakhir telah mengesan sesuatu yang tidak kena dengan perwatakan Paulus,namun akhirnya ditentang Paulus dan mereka pun berpisah.Namun apa yang terjadi?Semua kitab-kitab Hawariyyun dibakar dalam Persidangan Nicea dan apabila tiba-tiba muncul kitab Barnabas,mereka menafikan isi kitab itu dan mendakwa ia hasil tulisan tangan orang Islam semata-mata terdapat ramalan Nabi Isa a.s tentang kedatangan Nabi Muhammad s.a.w.
Paus Vatikan adalah orang yang paling faham siapakah dirinya yang sebenar.Dia juga tahu aliran-aliran seperti Benedictine,Franciscan atau Jesuit;yang manakah adalah kakitangan Dajjal.Mungkin kesemuanya,kerana Vatikan sebenarnya telah lama menjadi sarang The Hidden Hand.Sejak tahun 1980-an saya telah melihat kertas-kertas sulit berkenaan aktiviti gelap para paderi Katolik seluruh dunia;PEDOPHILE.Ini adalah katakuncinya untuk mengungkap rahsia paling jijik Vatikan.Ketika saya mula membacanya,di mana ada di antara hasil laporan itu difailkan sekitar tahun 1960-an,saya pada mulanya agak ragu-ragu dan tidak percaya.Namun kini perkara tersebut telah terdedah secara meluas.Begitu juga rancangan Amerika mencipta virus-virus berbahaya untuk mengurangkan populasi.Ini semua sudah ada seawal kita baru merdeka!
S:Apakah impian Yahudi sebenarnya?
J:Di dalam Talmud,terdapat mitos tentang bangsa pilihan Tuhan.Juga The Promised Land.Yahudi percaya Promised Land mereka adalah Palestin,namun Christian Zionist percaya Promised Land itu terletak di Asia Tenggara!
S:Ini sesuatu yang agak luar biasa.
J:Anda pernah dengar tentang Prester John?Seorang raja Kristian legenda yang kononnya mempunyai kerajaan di Timur yang besar.Pendapat umum mengatakan Prester John berada di Afrika tepatnya di Habsyah atau di India.Mitos mengatakan raja misteri ini telah mengirim surat kepada maharaja Byzantin dan Paus.Dan kajian mendapati bahawa raja ini kemungkinan adalah raja di Asia Tenggara yang memiliki empayar yang luas!Ini kerana isi suratnya yang dikirimkan kepada maharaja Byzantin dan Paus adalah sama format seperti isi surat Maharaja Zabaj kepada seorang raja di India dan Maharaja China.Antaranya menyebut tentang wilayah kekuasaannya yang luas dan tawaran untuk membina rumah-rumah ibadat.Prester John telah meminta Paus menghantarkan pendakwah-pendakwah Kristian kepadanya.Anda tahu siapakah maharaja Zabaj?
S:Saya rasa pernah terdengar sebelum ini.
J:Zabaj atau Zabag adalah panggilan pengembara Arab kepada Srivijaya,satu empayar maritim terbesar di Asia Tenggara.Di dalam isi surat Prester John,dia ada menyebutkan kekayaan emas dan kayu cendana (sandalwood).Ini adalah dua kekayaan Srivijaya ketika itu.Sehinggakan satu pulau di Selat Sunda dinamakan Pulau Cendana (Pulau Sumba).
Para orientalis dan imperialis Kristian berlumba-lumba mencari di manakah Prester John tinggal.Mereka menawan India,namun gagal berjumpa dengan Prester John.Di Afrika memang terdapat kerajaan Kristian Habsyah,iaitu ketika kerajaan Aksum,namun ciri-cirinya tidak menepati isi surat Prester John dan telah lama runtuh akibat kedatangan Islam.Prester John telah berjanji akan membina tempat suci Kristian dan akan membantu dunia Kristian mengalahkan musuh-musuhnya.Gereja percaya,jika mereka dapat berhubung dengan Prester John,Islam akan hancur sehancur-hancurnya dan Baitul Maqdis akan kembali ke tangan mereka.Mereka terdengar tentang Melaka,sebuah pelabuhan terkaya di dunia mengatasi Venice.INILAH DIA KERAJAAN PRESTER JOHN YANG SEBENAR.Jadi Portugis pun tiba di Melaka dan melaporkan bahawa Islam telah menghilangkan 'kerajaan Prester John' dan mereka terlewat untuk berhubung dengannya.
Bayangkan sekiranya Nusantara adalah negara-negara Kristian.Apa yang akan terjadi?Tahukah anda jika disebut dunia Islam (Islam World) orang Melayu Nusantara adalah antara 'aset' terpenting dunia Islam.Mereka adalah paksi terpenting selain orang Arab.Saya berada di sebuah negara yang bangsanya pernah memiliki empayar Islam yang luas berasaskan khilafah.Namun kini mereka terpenjara dalam sistem sekular yang amat kejam,mungkin 10 kali ganda kejam dari sekular Malaysia.Di sini agama Islam benar-benar dipandang 'candu masyarakat' oleh para sekular dan tentera.
TUJUAN UTAMA AMERIKA-YAHUDI ADALAH UNTUK MENJADIKAN MALAYSIA SEBUAH NEGARA SEKULAR SEPEKAT SEKULAR TURKI.Namun peristiwa Marvi Marmara ini telah membuka mata rakyat Turki sedikit sebanyak.Seperti yang anda tahu,Turki adalah sekutu kuat Amerika dan Eropah.Di Turki terdapat pangkalan Amerika.Ketika perang melawan keganasan di Iraq dan Afghanistan,Turki telah membuka ruang udaranya seluas mungkin bagi kegunaan Amerika membunuh saudara seIslamnya.Bayangkan satu bangsa yang amat handal berperang setaraf dengan Monggol dan Tartar telah menjadi amat lemah dan hina bagaikan singa kehilangan kuku.Turki mempunyai sejarah 'menyembah' berkali-kali kaki Eropah supaya Turki dapat memasuki Kesatuan Eropah.
Pelbagai bangsa telah bergilir-gilir menjadi "The Guardian" bagi maruah dan kesinambungan Islam.Bangsa Kurdis telah muncul sebagai pembela Baitul Maqdis dengan memimpin bangsa Arab mengalahkan tentera Salib.Selepas bangsa Arab kalah sepenuhnya di tangan Monggol dengan kejatuhan Abbasiah di Baghdad,dunia ketika itu seolah-olah menyaksikan kehancuran Islam.Monggol amat sukar untuk dikalahkan.Hulagu Khan,yang telah membakar Baghdad dan menyembelih beribu-ribu umat Islam telah menangkap sejumlah ahli agama Islam dan berkata dengan angkuhnya di manakah Allah kamu untuk menghalang kematianmu pada hari ini?
Namun seorang syeikh telah mengatakan sesuatu tentang kekuasaan Allah yang mampu mencabut nyawa raja Monggol tersebut seketika itu sahaja,membuatkan wajah Hulagu berubah.Tiba-tiba kudanya meringkik dan berpusing-pusing menyebabkan Hulagu tidak berupaya mengawal keseimbangan tubuhnya lalu terjatuh.Namun kakinya telah tersangkut pada pelana atau tali pada badan kuda.Badan Hulagu terseret-seret dan membawa kepada kematiannya yang mengerikan dihadapan tentera-tentera Tartar.Sejak dari itulah,orang Tartar mula memeluk agama Islam termasuk puak-puak Turki-Monggol yang lain sehingga melahirkan negara-negara Asia Tengah seperti Turkmenistan,Kyrgyzstan,Kazakhstan dan Uzbekistan.Lihat perancangan Allah mengatasi segala konspirasi.Bangsa Monggol yang membumihanguskan kerajaan Islam akhirnya memeluk Islam dan menjadi pembela agama yang kuat.Cuba baca peperangan terpenting di Ain Jalut di mana tentera Mamluk telah berjaya menewaskan tentera Monggol.Peperangan ini setaraf dengan Perang Hittin menentang Tentera Salib.Warisan Monggol Islam ini melahirkan kerajaan Moghul India,TimurLang di Samarkand dan campuran Monggol-Turki yang melahirkan kerajaan-kerajaan Islam di Asia Tengah.Di tengah-tengah era Monggol inilah lahirnya Kerajaan Khilafah Turki Uthmaniyyah setelah sistem khilafah Abbasiyah hancur.
S:Mengapa The Elite tidak terus menjajah Malaysia dan sekitarnya?
J:Tidak ada gunanya terus menjajah 'wilayah Prester John' kerana walau seribu tahun pun mereka menjajah,kerajaan Prester John tidak akan kembali ke tangan mereka.Mereka telah terlambat kerana pedagang Arab telah cepat mengislamkan rakyat Prester John ini.Jadi mereka lepaskan Malaysia dan yang lain-lain.Malaysia dan Indonesia dipastikan memakai hukum Common Law.Raja-raja dan para pemimpin diMasonkan atau disekularkan.Selepas itu barulah mereka melepaskannya.Lebih baik mereka mengirimkan boneka daripada mereka sendiri yang memerintah.Seluruh rakyat,elit-elit Melayu dan ulama akan bersatu menentang mereka.Kini pemimpinnya adalah dari kalangan orang Melayu,namun berfikiran sama dengan penjajah.Ulama akhirnya terpecah kepada dua,ulama yang terpaksa meliberalkan Islam kerana terpaksa mencari sesuap nasi,dan ulama bebas yang tidak mahu berkompromi soal hukum-hakam.Rakyat lagi teruk,berpecah-pelah dengan pelbagai mazhab politik.Rakyat akhirnya menjadi pencacai politik,sanggup memaki hamun dan menyelak kain orang lain semata-mata atas nama kesucian politik.
S:Apa yang boleh tuan katakan tentang isu Marvi Marmara ini dan kesannya pada masa akan datang?
J:Saya dengar para kapten kapal bantuan mahu menghantar lagi bantuan kepada Gaza dan rakyat Palestin pada masa depan.Senario yang sama akan berlaku.Israel semakin rimas kerana kini ia bukan berperang dengan Hamas,tetapi dengan para simpatisan.Amerika seperti biasa akan senyap.Ia tidak boleh menetapkan 'genjatan bantuan' atau 'rundingan' sebagaimana genjatan senjata atau rundingan antara Palestin-Israel dahulu.Israel seperti biasa adalah 'killing robot' yang kerjanya suka membunuh tidak kira siapa.Amerika dan The Elite harus memikirkan cara untuk meredakan keadaan.Mereka mungkin akan terperangkap.Banyak kapal bantuan akan menyerbu.Aktivis ditembak lagi.Kemungkinan mereka bertindak mengambil barangan bantuan dengan janji akan menyampaikannya kepada rakyat Palestin.Namun tidak sampai.Rakyat Palestin akan kembali menderita.Masyarakat antarabangsa semakin mendesak.Ketika ini,program mindcontrol mereka memakan diri.Jika Amerika tidak cepat bertindak,kesan khas 'Islamophobia' pasti bertukar menjadi 'Islamosympathy'.Pengorbanan Amerika meruntuhkan WTC menjadi tidak berbaloi.
The Elite cuba untuk berkonspirasi,namun Tuhan itu Maha Mengatasi Segala Konspirasi.
Kemudian kita akan lihat siapa yang akan mengibarkan panji-panji hitam dari arah Timur.
S:Siapa?
J:(Perbualan terganggu sebentar)
S:Hello...hello...
J:Ya...saya rasa ada orang memintas perbualan kita.Saya akan ceritakan satu perkara yang mungkin ramai tidak tahu,saya ceritakan seringkas mungkin.Saya dengar Kesultanan Sulu mahu bangkit kembali.Semua maklum,Kesultanan ini kaya dengan emas.Jika ini benar,ia adalah satu faktor paling kuat Amerika dan sekutunya akan cepat-cepat menziarahi kita di sini.Cuma saya mahu berpesan,penuhkan masjid-masjid sebelum kita akan jadi 'another Bosnia'.Di Asia Tenggara,terdapat dua pangkalan The Hidden Hand.Singapura adalah pangkalan Israel.Filipina,satu kepulauan Melayu yang dipaksa menjadi wilayah Prester John yang hilang dijadikan pangkalan Amerika.Dua negara adik beradik membina pangkalannya di sini!Kita sebenarnya tersepit.Thailand selamanya tidak boleh dipercayai.Lihatlah bagaimana mereka membunuh umat Islam Tak Bai.Mereka juga sudah berani menembak orang Islam bersolat di masjid,gaya yang hanya kita boleh lihat pada pelampau Yahudi di Palestin.
Kita hanya ada saudara seperti Indonesia dan Brunei.Namun Indonesia sudah cacamarba dengan Islam Liberalnya,unsur-unsur Kejawen yang tidak kebah-kebah dan Kristianisasi yang berterusan.Senjata kita adalah doa yang diangkat tinggi-tinggi meminta belas kasihan dan rahmat Allah s.w.t.Khabarnya Jabatan Rahsia Amerika sedang mencari seseorang dari Asia Tenggara yang mempunyai nama dan identiti tertentu.Mereka telah menempatkan ejen di setiap lapangan terbang.Saya akan beritahu nama dan identiti...
S:Siapa?
OFF-THE-RECORD
No comments:
Post a Comment