APABILA DISAPA PETUNJUK DAN HIDAYAH

APABILA DISAPA PETUNJUK DAN HIDAYAH

Borang Keahlian MUARA

Nama:
Email:
Telefon:
KP:
Alamat:

This HTML form was created by Freedback.

Bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal-Ehwal Pengguna

Photobucket

Bersama Timbalan Menteri Pelajaran

Photobucket

Tuesday, July 28, 2009

LAGI TENTANG IJTIMAK

Petikan dari blog ziarah76.blogspot.com

Nak tulis tak ada kesempatan, buat masa ni, maka letak gambar-gambar je la pasal ijtimak. Itu pun gambar di ambil dari local press. Bak kata pepatah 'A picture tell thousand words'. Ini kira caption story je la...
Alhamdulillah, seperti sedia maklum, kehadiran kira-kira 200,000 orang dari dalam dan luar negara. Paling menarik ialah mendengar bayan dan nasihat elders yang antaranya Maulana Saad, Maulana Zubir, Bai Wahab, Maulana Ahmad Lat dan sebagainya. Saya sendiri berkesempatan mendengar bayan subuh Maulana Saad sebaik sahaja selesai solat Subuh hingga ke pukul 10.30 pagi. Saya duduk di depan beliau dan menatap wajah beliau sehingga beliau beri targrib taklim.
Mengikut info dari jemaah 40 hari yang bergerak di sini, mereka kata, statistik menunjukkan jemaah yang dibentuk dari ijtimak ialah 216 jemaah (target 500 jemaah), jemaah yang dibentuk sejak tarikh diputuskan ijtimak iaitu jemaah yang keluar sebelum ijtimak ialah sekitar 900 jemaah. Total jemaah ialah kira-kira 1,116 jemaah. (target 1,500 jemaah). Kalau betul info ini, bermakna, kesimpulannya, ijtimak ni tak dapat capai target, atau menghampiri ke arah target, apapun syukur alhamdulillah kerana ijtimak berjalan lancar. Dan kita kena tingkatkan usaha mengikut nasihat elders.

Najib berucap... sebenarnya gua berada di bahagian depan kanan mimbar tu, kalau tak silap pada asalnya Najib ucap ringkas je dalam BM, pastu dia minta lagi micropohne tu daripada mimbar wala lalu ucap pulak dalam B. Inggeris untuk greet foreign guest. Turut kelihatan sebelah kiri Najib ialah Syura Malaysia Tuan Guru Haji Salleh (Penanti). Selain Najib, Muhyiddin, orang politik dari kalangan pembangkang sebenarnya turut hadir tapi tak jumpa gambar mereka. Antara yang hadir Anwar Ibrahim, Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim dan Hassan Ali. Apapun, usaha dakwah yang hak sentiasa bebas dari fahaman politik kepartian. Dan umat ini hanya boleh bersatu di bawah usaha yang mengikut sunnah iaitu cara Baginda Nabi Muhammad s.a.w. Ada satu jalan sahaja, jalan yang telah dilalui oleh mereka yang telah berjaya.


Para jemaah termasuk Muhyiddin Yassin tengah solah sunat, depan beliau Mualana Hamid.


Para tetamu VVIP Yang Dipertua Negeri Sembilan dan beberapa orang kenamaan di stage yang lagi satu. Turut hadir Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi.
.


Jemaah dari pelbagai keturunan dan kaum khusyuk menunaikan solat berjemaah di dalam khemah ijtimak.
.


Najib berucap. Sebelum berucap dia kelihatan duduk bersila di belakang kerusi sambil mengangguk-angguk beberapa kali, mungkin diberi penerangan mengenai ijtimak. Lepas tu tiba-tiba dia bangun dan memberikan ucapan ringkas. Sebelum Najib datang ke mmimbar, mimbar wala (ustaz hamzah) menyeru para jemaah beristighfar banyak2 dan apabila Najib semakin hampir, jemaah diseru beristighfar dalam hati dan berdoa agar semua yang hadir pada ijtimak itu dapat keluar di jalan Allah. Kerusi itu khusus untuk Bai Wahab, sebab lepas kemunculan Najib tu, Bai Wahab beri bayan Asar dengan diterjemahkan oleh Syura Malaysia, Haji Maidin (Penang). Dalam permulaan bayan itu, antara lain Bai Wahab kata, kesilapan besar kita bila kita menganggap diri kita adalah petani, peniaga, perdana menteri atau presiden dan sebagainya. Sebaliknya kita perlu menganggap kita adalah umat Nabi s.a.w. Disebabkan kesilapan itu, bai wahab kata, kita semua perlu bertaubat, istighfar dan minta ampun dari Allah.
.


Solat Asar berjemaah dengan diimamkan oleh Maulana Hamid, sebelah kanan Najib adalah Syura Malaysia, Tuan Guru Haji Salleh (Penanti).


Solat Zuhur berjemaah pada hari yang sama dihadiri Muhyiddin dengan diimamkan oleh Maulana Hamid.


Prof. Abdul Rahman memberi bayan atau taklimat ringkas kepada Muhyiddin dalam khemah elders. Sebelah kanan Muyiddin adalah Syura Syeikh Mohamad.


Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohamad Hassan bersalaman dengan jemaah selepas menunaikan solat Jumaat di masjid kuaters KLIA, sebelum khutbah Jumaat, Maulana Hamid memberi tazkirah 'mantap' dan diikuti dengan ucapan ringkas Mohamad Hassan, yang antaranya dia kata, kalau buat ijtimak setiap tahun di tapak itu pun kerajaan negeri akan sokong.


Dalam khemah, walaupun kadang kala ada sikit panas, tetapi ada kemanisan dalam mujahadah itu.


Para daie mendengar bayan elders.


Solat jemaah hingga melimpah-limpah ke luar khemah..
.


Bazaar... walaupun dinasihatkan supaya tidak sibuk dengan bazar atau membeli belah namun sebahagian jemaah yang hadir tidak melepaskan peluang untuk meninjau dan membeli barangan.

1 comment:

  1. assalamualaikum..mohon izin saya ambik beberapa pic ijtima'dr sini untuk letak di blog saya. izin letak link skali untuk mereka2 yang nak tgk lagi gambar2 ijtima'.tq

    ReplyDelete