APABILA DISAPA PETUNJUK DAN HIDAYAH

APABILA DISAPA PETUNJUK DAN HIDAYAH

Borang Keahlian MUARA

Nama:
Email:
Telefon:
KP:
Alamat:

This HTML form was created by Freedback.

Bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal-Ehwal Pengguna

Photobucket

Bersama Timbalan Menteri Pelajaran

Photobucket

Thursday, February 25, 2010

PETRONAS DAN JABATAN PELAJARAN KELANTAN - Sekolah Bebas Dadah 2012



Maklumat lanjut boleh didapati melalui blog ini dan ini

Sunday, February 21, 2010

mutakallim-ummat.blogspot.com

Salam sejahtera kepada semua...

[Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani]

Jarak dunia dan Akhirat

Jabir bin Abdullah R.hu berkata:


“Pada suatu hari sewaktu saya bersama baginda Rasulullah s.a.w maka tiba-tiba datang seorang lelaki yang berwajah putih bersih, rambutnya pula sangat cantik dan dia memakai pakaian yang putih.

Lalu dia menghampiri Rasulullah s.a.w dengan berkata:
“Assalamualaikum ya Rasulullah, apakah ertinya dunia itu?”

Maka Rasulullah s.a.w pun bersabda:
”Dunia itu adalah impian orang yang tidur.”

Bertanya orang itu lagi:
“Apakah ertinya akhirat itu ya Rasulullah s.a.w?”

Bersabda Rasulullah s.a.w:
“Satu kumpulan manusia yang berada didalam Syurga dan satu kumpulan lagi berada didalam Neraka Sa’ir.”

Orang itu bertanya lagi:
“Apakah Syurga itu?”

Bersabda Rasulullah s.a.w:
“Sebagai ganti dunia untuk mereka yang menjauhkan dunia, kerana sesungguhnya nilai harga Syurga itu sama dengan menjauhkan dunia ini.”

Bertanya orang itu lagi:
“Apakah Jahanam itu?”

Maka bersabda Rasulullah s.a.w:
“Jahanam itu adalah sebagai ganti dunia bagi mereka yang mencarinya.”

Bertanya orang itu lagi:
“Siapakah sebaik-baik umat ini?”

Bersabda Rasulullah s.a.w:
“Sebaik-baik umat ialah yang taat kepada Allah SWT.”

Orang itu bertanya lagi:
“Bagaimana yang dikatakan orang yang taat itu?”

Bersabda Rasulullah s.a.w:
“Orang yang berusaha bersungguh-sungguh sebagaimana orang mencari kafilah.”

Orang itu bertanya lagi:
“Seberapakah ketentuan taat itu?”

Bersabda Rasulullah s.a.w:
“Seperti kira-kira perbezaan dari kafilah.”

Bertanya orang itu lagi:
“Berapa jarak jauhnya dunia dengan akhirat?”

Bersabda Rasulullah s.a.w:
“Hanya sekadar memejamkan mata sahaja.”

Jabir R.hu melanjutkan ceritanya:
“Setelah orang itu pergi kami tidak lagi melihat orang itu selepas itu.”

Rasulullah s.a.w bersabda:
“Orang lelaki yang datang tadi adalah Jibrail as, dia datang kepada kamu supaya kamu semua menjauhkan diri dari dunia dan supaya kamu mencintai akhirat.

Bersabda Rasulullah s.a.w lagi:
“Sesungguhnya Allah SWT tidak mencipta makhluknya yang lebih dibenci selain dunia, bahkan dia (Allah) tidak melihatnya sejak menciptakannya.”

Dunia ini adalah satu alam khayalan yang mana satu masa nanti ianya juga akan musnah, jadi apalah gunanya kita mengejar dunia setelah kita tahu bahawa akhirat sahaja yang kekal.

Gunakanlah dunia ini untuk kita mengumpul bekalan amal untuk dibawa ke akhirat, janganlah kita menjadi orang bodoh, sebab orang yang bodoh hnya suka mengejar dunia. Seluruh masa dan tenaganya dihabiskan semata-mata untuk mendapatkan dunia.

Wallahu'alam.

Saturday, February 13, 2010

Guru Baru Ke Pedalaman

PULAU PINANG 13 Feb. - Kementerian Pelajaran membayangkan bakal mengenakan syarat supaya guru baru dihantar mengajar ke kawasan pedalaman sekurang-kurangnya selama tiga tahun.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, ia akan diwajibkan ke atas lepasan Institut Pendidikan Guru (IPG) atau institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

''Bagaimanapun, perkara ini masih lagi di peringkat cadangan sebagai satu strategi melahirkan guru yang lebih terlatih dalam pelbagai bidang.

''Kita merasakan ia cadangan yang baik kerana dapat memberi pendedahan dan pengalaman kepada guru," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009 anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Balik Pulau di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua UMNO bahagian, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya, dua Naib Ketua bahagian masing-masing ialah Muhammad Farid Saad serta Syed Amerruddin Syed Ahmad dan Ketua Pemuda UMNO bahagian, Aziaan Ariffin.

Tambahnya, walaupun syarat itu pernah diguna pakai, namun objektifnya tidak seperti yang dihasratkan kerana sering kali ada sahaja campur tangan atau sokongan pihak luar untuk guru baru bertukar.

Sementara itu, Mohd. Puad berkata, kementerian juga akan mencadangkan pelajar aliran sekolah kemahiran dan vokasional dibenar mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi bahasa Melayu sahaja.

''Cadangan itu bagi membolehkan pelajar ini dapat meneruskan pengajian mereka ke peringkat lebih tinggi antaranya institut kemahiran kelolaan Kementerian Sumber Manusia atau agensi kerajaan lain.

''Ia adalah idea Bahagian Penyelidikan Teknik dan Vokasional berikutan ramai pelajar kumpulan ini tidak berminat untuk mengikuti kelas akademik sebaliknya cenderung di bidang teknikal dan kemahiran," ujarnya.

Beliau memberitahu, perkara itu sedang diperhalusi oleh Bahagian Peperiksaan Kementerian Pelajaran dan akan dilaksanakan pada bila-bila masa sebaik ia mendapat kelulusan pihak terlibat.

Thursday, February 11, 2010