APABILA DISAPA PETUNJUK DAN HIDAYAH

APABILA DISAPA PETUNJUK DAN HIDAYAH

Borang Keahlian MUARA

Nama:
Email:
Telefon:
KP:
Alamat:

This HTML form was created by Freedback.

Bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal-Ehwal Pengguna

Photobucket

Bersama Timbalan Menteri Pelajaran

Photobucket

Wednesday, August 21, 2013

Kenyataan Khas Saya Sempena Pemilihan UMNO Bahagian Rantau Panjang 2013

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.

1. Sebagai salah seorang ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Rantau Panjang yang dilantik, saya secara sukarelanya menjelaskan bahawa saya tidak akan bertanding dalam mana-mana rakit kepimpinan samada Rakit A, Rakit B atau Rakit C. Saya lebih berminat untuk berada diluar Rakit.

2. Niat saya adalah ikhlas kerana saya telah beberapa kali mempunyai pengalaman bertanding dalam siri-siri pemilihan sebelumnya. Jaguh-jaguh pejuang yang mengepalai mana-mana rakit didapati begitu bersungguh-sungguh untuk mempertahan atau merebut semula jawatan  sebagai Ketua Bahagian sehingga mengabaikan nasihat Presiden Parti.

3. Perkara ini dapat kita perhatikan berpandukan apa yang telah berlaku pada tahun 2004 dan 2009 dahulu. Akibatnya berlakulah Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Rantau Panjang dua kali di dua tempat berbeza. Satu dirasmikan oleh Ketua Bahagian dan satu lagi dirasmikan oleh Ketua Puteri Bahagian.

4. Pada pemilihan yang lepas juga telah berlaku peristiwa beberapa orang pemimpin atasan UMNO Bahagian Rantau Panjang yang digantung kerana disyaki mensabotaj parti. Wujud 2 orang calon bebas untuk DUN Gual Periok dan Parlimen Rantaun Panjang. Orang-orang yang cukup pencalonan untuk bertanding di peringkat bahagian akhirnya menang tanpa bertanding. Ironisnya, ahli-ahli berpecah dan bermusuhan sesama sendiri.

5. Satu Malaysia mengetahui apa yang berlaku di Rantau Panjang dan saya sendiri menjadi salah seorang yang diberi liputan secara khusus akibat kemelut yang melanda semasa Persidangan Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Rantau Panjang di SK Sri Kiambang pada masa itu.

6. Kesan besar daripada perbalahan semasa pemilihan diperingkat cawangan dan bahagian membawa kepada kekalahan teruk UMNO di semua kerusi DUN dan Parlimen Rantau Panjang 4-0 dalam dua siri PRU 12 dan 13.

7. Hari ini saya diajak oleh rakan-rakan sepersekolahan yang juga anak-anak tempatan Rantau Panjang untuk berjuang melalui beberapa badan NGO seperti MUARA dan Sekretariat MDRP dengan mendapat sokongan daripada beberapa agensi kerajaan dan swasta.

8. Setelah lama bergiat dan saya sendiri telah diberi peranan penting sebagai penggerak utama diajak untuk menceburi semula bidang politik atas nama Transformasi. Keinginan ini saya istilahkan sebagai suatu FENOMENA BARU terhadap proses perubahan dalam UMNO Rantau Panjang.

9. Saya menghormati hasrat dan keinginan rakan-rakan yang saya lihat amat ikhlas dalam memperjuangkan perkara ini. Mereka sangat berpelajaran, profesional, bijak, matang dan tidak berkepentingan.

10. Atas kesedaran itu saya sekali lagi diminta agar mengepalai pemikiran ini dan bergerak sebagai suatu pasukan atas nama Group Transformasi dan bersedia untuk bertanding semua jawatan dalam pemilihan UMNO Bahagian Rantau Panjang 2013 secara terbuka.

11. Semua yang dipilih bertanding adalah atas keputusan menyuarat berbentuk SYURA dan mengikut keputusan persetujuan secara total. Kedudukan sudah diatur dan disusun. Namun segala percaturan boleh berubah dari masa ke semasa berasaskan kepentingan transformasi yang pihak kami perjuangkan.

12. Saya mungkin akan bertanding dan mungkin juga tidak. Semuanya adalah atas keputusan mutlak pasukan. Secara ikhlasnya saya bersedia untuk menerima apa sahaja keputusan pasukan saya - GROUP TRANSFORMASI.

Terima kasih semua.

HAJI MOHAMAD BIN CHE'I
PENGERUSI
PERSATUAN MUAFAKAT ANAK-ANAK RANTAU PANJANG (MUARA)


1 comment:

  1. Perjuangan kearah kebaikan memerlukan kesabaran dan pengorbanan. Kepentingan ramai perlu didahulukan dengan membuang jauh-jauh kepentingan diri. Kesatuan hati akan membuahkan hasil yang baik. " Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri" Ar Ra'd 11.

    ReplyDelete