APABILA DISAPA PETUNJUK DAN HIDAYAH

APABILA DISAPA PETUNJUK DAN HIDAYAH

Borang Keahlian MUARA

Nama:
Email:
Telefon:
KP:
Alamat:

This HTML form was created by Freedback.

Bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal-Ehwal Pengguna

Photobucket

Bersama Timbalan Menteri Pelajaran

Photobucket

Wednesday, July 29, 2009

PERAHU BANGSA JIRANKU

GURINDAM MELAYU BANGSAKU

Melayu bangsaku penegak budaya
berseri hidup diterangi cahaya.

Melayu bangsaku penjunjung warisan
kukuh walau hujan atau kepanasan.

Melayu bangsaku pendaulat agama
kebahagiaan kekal tujuan bersama.

Melayu bangsaku penyubur sikap
kerja beretika bertambah cekap.

Melayu bangsaku penerus agenda
gapai wawasan usaha diganda.

Melayu bangsaku pemelihara bahasa
suara dipadu mantap perkasa.

Melayu bangsaku pembina jati diri
generasi mendatang ampuh berdiri.

Melayu bangsaku pelindung watan
melawan petualang tak gentar ugutan.

Melayu bangsaku pencinta damai
berkat perpaduan muafakat disemai.

Melayu bangsaku pembela bangsa
tidak rela ketuanan binasa.

NAZIM MOHD SUBARI
Mersing, Johor

GURINDAM BAHASAKU

Bahasa orang dipuja dipuji
bahasa sendiri dicerca dikeji.
dihormati
bahasa sendiri dibiar mati.

Bahasa orang dinilai dihargai
bahasa sendiri diabai dibenci.

Bahasa orang diyakini
bahasa sendiri disangsi.

Bahasa orang dianggap berguna
bahasa sendiri dipandang hina.

Bahasa orang dinobat dipelihara
bahasa sendiri disekat didera.

Bahasa orang dijunjung dijulang

bahasa sendiri dirundung
malang.

Bahasa orang digilap gemilang
bahasa sendiri malap dan
hilang.

Ehsan Jamily
Taman Desa Baru
Melaka

GURINDAM MARHAEN

Jikalau tuan malas ke kebun,
bagaimana tanaman akan
merimbun.

Ke sungai ke laut tuan tak mahu,
mustahil ikan melompat ke
perahu.

Hendak ke sawah kepala
pening, takkan padi tumbuh
menguning.

Jikalau pohonnya segan nak
toreh, susu getah tak akan
meleleh.

Kebun kelapa semak terabai,
habis buahnya kering dan
kotai.

Di dusun menjalar rumput dan
semak, di situ ular beranakpinak.

Berhari-hari tak jengok
bendang, bagaimana isteri tak
naik radang.

Tanah yang ada malas dikerjakan,
sampai bila-bila susah cari
makan.

Bercucuk tanam wajah tak
ceria,
berangan nak jadi jutawan
segera.

Orang galak berkebun sayur,
awak terlalak menjaja liur.

Di belakang rumah kolam
terbentang,
eloklah ternak ikan dan udang.

Melangut di warung
tanggungjawab dialpa,
perut berkeroncong nak suap
apa.

Leka bersembang mengungkit
sentiasa,
masa terbuang tercatit dosa.

Jikalau melebihkan bersuka
dan tidur,
orang ke hadapan kita mundur.

Negara hebat buminya subur,
paculah kudrat pasti makmur.

MOHD KASIM MAHMUD
PPJ Kota Tinggi.

GURINDAM MENGIDAM KUASA

Kalau benar mengidam kuasa
hendaklah wajar tingkah dan cara.

Kalau kuasa hendak digenggam
kebaikan orang jangan dihentam.

Kalau kuasa hati berkenan
jasa orang dinafi jangan.

Kalau kuasa hendak diraih
amalkan budaya berterima kasih.

Impian berkuasa lekat di hati
hapuskan segala hasad dan dengki.

Kalau kuasa pilihan yang syumul
ikutlah cara yang paling betul.

Kalau kuasa mahu diburu
hindari prasangka jauhi cemburu.

Kalau kuasa impian utama
belajarlah sentiasa hidup bersama.

Kalau kuasa ingin dirampas
jangan berasa hendak menindas.

Kalau kuasa mahu diperjuang
baiklah sentiasa menolong orang.

Kalau kuasa dimahukan sungguh
buangkan sombong lemparkan ego.

Kehebatan kuasa ingin dilakar
aib orang jangan diselongkar.

Keinginan berkuasa sekiranya hadir
jangan suka mempersenda menyindir.

Kalau kuasa menjadi keutamaan
tingkatkan takwa kukuhkan iman.

Kalau kuasa diimpi dicita
jauhi matlamat menghalalkan cara.

MOHD KASIM MAHMUD
PPJ Kota Tinggi.

Tuesday, July 28, 2009

UMPAMA API DALAM SEKAM

Berhati-hati dengan Syiah...

----------------------------------------

Akhir-akhir ini terdapat kecenderungan sebahagian umat Islam mencemuh dan mengutuk para sahabat Nabi r.hum. seperti Sayyidina Abu Bakar, Umar, Uthman dan lain-lain, bahkan lebih parah lagi melabelkan sahabat-sahabat tersebut sebagai munafiq dan kafir. Mereka melontarkan tuduhan bahawa sahabat menyembunyikan fakta-fakta penting agama dan juga menyelewengkan al-Quran. Mereka meragui kebenaran dan kesahihan ajaran Islam yang ada pada hari ini kerana ianya dibawa oleh sahabat Nabi s.a.w yang dikatakan munafik dan kafir dan sebagai alternatif mereka cuba menampilkan satu bentuk ajaran lain (Syiah) yang kononnya datang dari anak cucu Nabi s.a.w. (Ahlul bait)

SIAPAKAH SYI‘AH?
Syi‘ah ialah golongan yang mendakwa Sayyidina ‘Ali lebih utama daripada sahabat-sahabat lain dan mereka mengkafirkan kesemua sahabat kecuali beberapa orang sahaja. Inilah perkara pokok yang membezakan golongan Syi‘ah daripada golongan-golongan yang lain. Terdapat beberapa aliran di dalam Syi‘ah itu sendiri tetapi pada dasarnya masing-masing mempunyai konsep yang tersebut di atas iaitu mengkafirkan sahabat.
'
Risalah ini akan memberikan tumpuan kepada Syi‘ah Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah (Syiah Imam 12) kerana kekeliruan yang timbul di dalam masyarakat sekarang ini ialah berhubung dengan Syi‘ah Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah. Syi‘ah inilah yang dipertikaikan oleh para ‘ulama’ di setiap tempat pada masa ini. Mereka adalah ramai bilangannya dan agak popular terutamanya selepas tercetusnya revolusi Iran.

SYI‘AH IMAMIYYAH ITHNA ‘ASYARIYYAH
Syi‘ah Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah ialah Syi‘ah yang mempercayai 12 orang imam yang dilantik oleh Allah secara berturutan seperti di bawah ini:-
1. ‘Ali bin Abi Talib (wafat 40 H)
2. Hasan bin ‘Ali (wafat 50 H)
3. Husain bin ‘Ali (wafat 61 H)
4. ‘Ali Zainal ‘Abidin bin Husain (wafat 94 H)
5. Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zainal ‘Abidin (wafat 117 H)
6. Ja‘far as-Sadiq bin Muhammad al-Baqir (wafat 148 H)
7. Musa al-Kazim bin Ja‘far as-Sadiq (wafat 183 H)
8. ‘Ali ar-Ridha bin Musa Kazim (wafat 202 H)
9. Muhammad al-Jawaad bin ‘Ali ar-Ridha (wafat 220 H)
10. ‘Ali bin Muhammad al-Jawaad (wafat 254 H)
11. Hasan bin ‘Ali al-‘Askari (wafat 260 H)
12. Muhammad bin Hasan al-‘Askari al-Mahdi (ghaib 260 H)

"Individu yang dikatakan Imam oleh golongan Syiah sebenarnya tidak pernah mengaku menjadi imam atau mengajar segala ajaran yang dipegang oleh Syi’ah. Mereka diangkat sebagai Imam oleh golongan Syiah sebagaimana orang Kristian mengangkat Nabi Isa a.s. sebagai anak tuhan (walhal Nabi Isa a.s. sendiri tidak pernah mengaku menjadi anak tuhan)."


Implikasi Sekiranya Ajaran Syiah Menular Terhadap:
Agama Islam: Asas-asas agama Islam seperti al-Quran dan Sunnah ditolak. Islam diberi gambaran yang buruk.
Kerajaan:
Jatuhnya kerajaan seperti Iraq dan Iran. Umat Islam Ahlus Sunnah akan dizalimi, dianiayai dan didiskriminasi.
Ummah:
Perpecahan, persengketaan malah pembunuhan akan berlaku di kalangan ummah.
Keluarga: Keruntuhan rumahtangga, perbalahan antara anggota keluarga dan lain-lain.

AMALAN-AMALAN DAN AJARAN SYI`AH YANG BERTENTANGAN DENGAN AGAMA DAN FITRAH MANUSIA (Bersumberkan Kitab-Kitab Syiah)

1) Imam Ja’far as-Sadiq berkata: “Pada tanah perkuburan Husain a.s. terdapat penawar daripada segala penyakit dan ia adalah ubat yang paling besar.” (Man La Yahdhuru al-Faqih j.2 hal. 600, Tahzib al-Ahkam j.2 hal. 26)

2) Abu Hasan a.s. berkata: “Aurat itu ada dua iaitu qubul (kemaluan) dan dubur, dubur ditutup oleh dua papan punggung, apabila telah ditutup kemaluan dan dua telurnya maka auratnya telahpun ditutup.” (Al-Furu’ min al-Kaafi j.6 hal.51, Tahzib al-Ahkam j.1 hal. 374)

3) Imam Hassan al-Askari berkata: “Sesungguhnya ibu-ibu kami tidak mengandungkan kami para imam di dalam perut mereka tetapi dipinggang dan kami dilahirkan bukan melalui rahim tetapi melalui paha sebelah kanan kerana kami adalah titisan cahaya Allah yang bersih dan dijauhkan daripada sebarang kotoran.” (Bihar al-Anwar j. 51 hal. 2, 13, dan 17, I`lam al-Wara hal. 394)

4) Khomeini berfatwa: “Mengikut pendapat yang kuat dan masyhur harus menyetubuhi isteri pada dubur walaupun hal itu tidak disukai.” (Tahrir al-Wasilah masalah ke 11 hal. 241)

5) Abu Hasan bertanya Ja’far as-Sadiq tentang menyewa faraj, meminjamnya dan menghadiahkan kepada sahabat-sahabat lalu beliau berkata: “Tidak mengapa.” (Al- Istibsar j. 3 hal. 141)

6) Memenuhi kehendak syahwat seperti meraba dengan penuh syahwat, memeluk, mengacukan kemaluan ke paha kanak-kanak termasuk ke paha bayi yang masih menyusu adalah diharuskan. (Khomeini, Tahrir al-Wasilah j. 2 hal. 216)

7) Tafsiran pelik Syi’ah antaranya ayat 19,20 surah ar-Rahman yang bermaksud: “Dia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu, Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya”. Imam tafsir Syi’ah Ali bin Ibrahim al-Qummi menukilkan riwayat daripada Ja’far as-Sadiq, katanya: “Ali dan Fatimah adalah dua laut yang dalam salah satu tidak melampaui satu lagi”. (Tafsir al-Qummi jil. 2 hal.345)


TANDA-TANDA SESEORANG TELAH DIPENGARUHI / TERJEBAK DENGAN SYIAH
Ciri-ciri di bawah adalah sebahagian dari petanda seseorang yang menganut ajaran Syiah. Berwaspadalah jika anda dapati tanda-tanda sebegini ini tampak mula kelihatan pada orang-orang yang anda sayang.

1) Senantiasa memuja Sayyidina Ali dan melebihkan beliau daripada Sayyidina Abu Bakar & Umar

2) Memperlekeh dan memandang rendah kepada sahabat-sahabat Nabi s.a.w.

3) Sering menghimpunkan (jamak) sembahyang Zuhur bersama Asar dan Maghrib bersama Isya’ tanpa sebarang sebab.

4) Kaki tidak dibasuh ketika berwuduk sebaliknya hanya disapu sahaja.

5) Sujud di atas batu Karbala ketika solat.

6) Menepuk paha ketika memberi salam sesudah sembahyang.

7) Tidak mahu makan ikan yang tidak bersisik.

8) Melewatkan berbuka puasa sehingga hampir waktu Isya’.

9) Memarahi orang yang puasa Asyura.

10) Sering memperkatakan tentang keperluan kepada imam zaman ini (Imam Mahdi).


KALIMAH SYAHADAH SYIAH

"Tiada Tuhan Melainkan Allah, Muhammmad Pesuruh Alah, Ali Khalifah Yang Dilantik Oleh Allah, Khomeini Hujah Allah .."

AZAN SYIAH
-penambahan kalimah dalam azan yang dilaungkan

1) (Aku bersaksi bahawa Ali adalah khalifah yang dilantik oleh Allah)

2) (Marilah ke arah sebaik-baik amalan)



*Risalah ini bertujuan untuk memberi maklumat dan penjelasan kepada masyarakat mengenai fahaman Syi‘ah* supaya mereka menjauhi dan tidak terpengaruh dengan fahaman tersebut dan juga bertujuan untuk menyedarkan mereka yang terbabit bahawa fahaman Syi‘ah adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.

*Syi`ah ini dianuti secara meluas di Iran. Puak Hizbullah di bawah pimpinan Hasan Nasrallah yang kini diangkat sebagai pejuang Islam sebenarnya menganut fahaman Syi`ah

Maklumat lanjut berkenaan Syiah boleh didapati melalui laman web di bawah:
1. www.islam.gov.my/e-rujukan/syiah.html
2. www.abunaaielah.blogspot.com
3. www.tenteradajjal.blogspot.com
4. www.hakekat.com
5. www.kr-hcy.com/shia
6. www.ansar.org/english
7.
www.alburhan.com/

artikel daripada: http://opalotus99.blogspot.com

IJTIMAK - YANG BERJAYA DIRAKAMKAN


gambar di ambil dari sini.

Alhamdulillah.

Ijtima' Malaysia telah berjaya berlangsung beberapa hari yang lepas. Ijtima' kali ini berjaya mengumpul puluhan ribu ummat Islam dari seluruh dunia (di laporkan di dalam sebuah akhbar tempatan bahawa jumlah telah mencecah sehingga 200 ribu orang)

Betapa aku sangat-sangat bersyukur kerana Allah Ta'ala telah pilih aku untuk dapat menghadiri Ijtima yang julung-julung kali di adakan di Malaysia.

Pertamanya, aku tak berapa pandai nak buat karkuzari (laporan) pasal Ijtima' sebab aku tak duduk dengar bayan secara formal. Dengar bayan secara informal bila tiada tugas. Ini kerana ketika Ijtima, Alhamdulillah Allah telah pilih aku untuk jadi jemaah khidmat di bahagian potong memotong. Jadinya, masa untuk mendengar bayan hanya bila ada sedikit kelapangan (itupun melalui corong speaker di khemah khidmat ta'am) atau semasa sedang memotong sayur-sayuran.

Walau bagaimanapun aku akan coretkan sedikit sebanyak yang aku dapat dengar dan harap kita sama-sama dapat amal dan sampaikan kepada saudara-saudara kita yang lain.

Antara yang aku dapat dengar melalui bayan (ceramah) Maulana;

1. Kisah ashabul Kahfi. Dimana Maulana bagitahu bila kita ada kerisauan dan fikir akan keadaan iman kita, pasti dan pasti bantuan Allah akan bersama-sama dengan kita. Maulana telah membawakan bagaimana pemuda-pemuda Kahfi telah bersembunyi ke dalam gua atas maksud yang sama iaitu menyelamatkan iman mereka dari pemerintah yang di zaman itu zalim dan mengkehendakkan rakyatnya menyembah selain dari Allah Ta'ala. Hanya atas sebab mereka ingin menyelamatkan iman mereka bantuan Allah yang sgt besar telah datang bersama-sama mereka. Allah telah tidurkan mereka beratus tahun. Dengan asbab kerisauan mereka, Allah telah amkan hidayat. Buktinya ketika mereka telah bangun dari tidur yang panjang, zaman itu masyarakat telah pun beriman kepada Allah Ta'ala sepenuhnya. Dan lagi menurut Maulana (kalau tak silap aku mendengar atau lebih kurang) itu baru fikir risau iman atas diri mereka sendiri dan hanya melalui tidur Allah telah amkan hidayat apatah lagi bila kita ada kerisauan tentang iman seluruh ummat (seperti mana fikir risaunya Baginda nabi sallallahu 'alaihi wasallam) dan bergerak dari satu kawasan ke kawasan lain, dari pintu ke pintu, hati ke hati (seperti mana yang telah di buat oleh para Sahabat radiallahu 'anhum) pasti dan pasti Allah tidak akan membiarkan kita begitu sahaja dan pasti dan pasti bantuan Allah akan senantiasa bersama kita.

2. Hari ini kita kena perbetulkan kaedah kita menyelesaikan segala masalah kita. Menurut Maulana, hari ini kita kena selesaikan masalah kita melalui amal ibadah. Apa jua masalah yang kita hadapi kena cepat-cepat mencari rahmat Allah (melalui amal ibadah perintahnya terutama solat dua rakaat), dan tempat yang sepatutnya kita pergi bila ada masalah ialah Masjid ataupun surau.

3. Hari ini ummat telah salah faham antara ilmu dan pengetahuan. Segala pengetahuan dunia di katakan bahawa itulah ilmu. Faham seperti ini menurut Maulana adalah sangat salah sama sekali kerana hakikat ilmu itu ialah bagaimana kita kena tahu apa perintah Allah pada setiap waktu dan ketika dan kena ikut cara yang telah di tunjukkan olehRasulullullah Sallallahu 'alaihi wasallam.

4. Maulana juga telah bagitahu bahawa Ulama' itu adalah pewaris nabi. Maksud waris di sini bukan sekadar ilmu kenabian sahaja tetapi juga mewarisi segala kerja yang telah di buat oleh nabi Sallallahu 'alaihi wasallam. Itulah maksud sebenar Ulama' pewaris nabi terang Maulana lagi.

Antara peristiwa-peristiwa yang menarik sepanjang Ijtima' yang dapat di aku ingat antaranya ialah:

1. Semasa khidmat, tiada kelihatan lalat-lalat menghurungi daging-daging mentah yang belum di masak. Bukan tiada lalat. Ada tapi lalat itu hanya hinggap di buah-buahan sahaja. Itu pun dalam jumlah yang boleh di bilang dengan jari.

2. Masa tidur, walau pun jika di pandang dengan mata kasar memang tidak selesa tetapi Alhamdulillah kerana sesungguhnya keselesan itu bukan dari keadaan tempat tidur tetapi keselesaan itu adalah milik Allah. Seteruk manapun keadaan tempat tidur kalau Allah dah tetapkan kita akan tidur dengan nyenyak dan selesa maka tiada satu kuasa pun dapat menghalang kerana selesa dan nyenyak itu hak milik Allah yang mutlak. Dan masa tidur langsung tak dengar bunyi nyamuk. Malah hujan dan panas pun aku boleh tidur dengan nyenyak (boleh pula aku buat tak tau panas ke hujan ke sebab nyenyak tidur. He he)

3. Betullah orang alim bagi tahu bahawa kita perlu senantiasa menjaga niat kita sebelum, ketika dan selepas Ijtima' kerana sepanjang Ijtima' segala urusan yang kalau di fikir memang rumit Alhamdulillah Allah permudahkan. Dan berbagai juga cerita sahabat-sahabat yang lain terdengar tetapi itu tidaklah penting kerana tujuan utama ke Ijtima' bukanlah untuk mencari keselesaan kerana perjuangan itu perlu di lalui dengan jalan yang penuh mujahadah (susah payah) baru terasa kenikmatannya iman.

4. Hujan yang turun di sepanjang Ijtima' jugak sangat luarbiasa. Lebat tapi seketika. Dan paling menyentuh jiwaku ialah hujan yang turun sejurus azan Jumaat habis di laungkan. Lebat tapi seketika cuma dan ada sahabat bagitau makcik yang jualan di gerai semasa solat jumaat cerita hujan di tempat lain memang lebat tetapi di kawasan solat tidak pula lebat. Wallahu a'lam.

Apa yang penting selepas Ijtima' ialah kita kena mula sedar tugas kita sebagai ummat terbaik. dan sedar sahaja juga tidak cukup kerana perlu pada tindakan iaitu membuat kerja sebagai ummat terbaik.

Jadi tuan-tuan yang mulia bersiap siagalah setiap masa, waktu dan keadaan untuk menyahut panggilan kerja agama dengan mengorbankan diri, masa dan harta (terutamanya diri aku sendiri).

InsyaAllah azam!


Lagi laporan lain boleh di baca melalui blog-blog di bawah :

http://azharjaafar313.blogspot.com/
http://tamindhari.blogspot.com/
http://gunawanaziz.blogspot.com/
http://krenmaut.blogspot.com/
http://hambalialorstari.blogspot.com/
http://rahba81.blogspot.com/
http://sekolahatapaje.blogmas.com/
http://kopiahhensem.blogspot.com/
http://iluvislam-fiqkofallah.blogspot.com
http://syukri-abdullah.blogspot.com/
http://asqalani.blogspot.com/
http://ghostridermujahid.blogspot.com
http://iktibaronline.blogspot.com/
http://silangbunga.blogspot.com/
http://aman.via.my

Nota Peribadi : Aku kecewa sebab hari terakhir dan program terakhir iaitu duduk Bayan untuk orang-orang Khidmat Ta'am aku tak dapat nak sertai. Inilah natijah dari amalan aku yang banyak main dan tidak sempurna

Selasa, 2009 Julai 14

Laporan Ijtima' Malaysia 2009 (Bergambar)

Antara gambar-gambar sepanjang Ijtima' berlangsung (aku ambil gambar dengan perasaan serba salah sebab ini bukan maksud untuk ke Ijtima' pun).

09 / 07 / 2009

ni la tempat tidur kami berlima dalam masa 4 hari 3 malam

orang pun dah mula memenuhi Khitta (khemah)

lagi orang dah ramai dalam Khitta

jalan-jalan sebentar meninjau gerai yang ada

di bahagian inilah kami berlima di tempatkan untuk khidmat ta'am (potong memotong)

ini antara tempat simpanan barang-barang mentah untuk ta'am Ijtima

ini waktu malam selepas menunaikan solat fardhu Isyak di Khitta satu

10 / 07 / 2009

solat jumaat di hari kedua Ijtima'

usai solat Jumaat

semua dengan urusan masing-masing lepas solat jumaat

malam tu layan pasar jual beli pulak

11 / 07 / 2009

antara tugasan di hari ke tiga

semoga Allah Ta'ala membalas segala khidmat yang ikhlas

rehat sebentar selepas Dzuhur

hari tu memang panas sehingga mata yang memang dah sepet terpaksa di sepetkan lagi

hari yang air mula di catu

lokasi letak kereta bagi jemaah khidmat ta'am

Khitta untuk negeri Sabah, Sarawak dan Brunei. Aku jumpa orang kampung di Khitta ini

ingat ada apa ramai-ramai kat sini. Rupanya nak tunggu PM keluar dari Khitta ulama'

inilah Khitta untuk Ulama-ulama jemputan

suasana masih sesak menunggu PM pulang

12 / 07 / 2009

bersiap-siap untuk pulang

ramai yang mula bergerak meninggalkan khemah khidmat ta'am

begitu juga dengan khitta-khitta yang lain

bergerak menaiki bas yang di sediakan

yang tinggal semakin sedikit

insyaAllah bertemu kita di Ijtima yang akan datang. Amin

Gambar-gambar sekitar Ijtima boleh juga di lihat di blog-blog berikut :

LAGI TENTANG IJTIMAK

Petikan dari blog ziarah76.blogspot.com

Nak tulis tak ada kesempatan, buat masa ni, maka letak gambar-gambar je la pasal ijtimak. Itu pun gambar di ambil dari local press. Bak kata pepatah 'A picture tell thousand words'. Ini kira caption story je la...
Alhamdulillah, seperti sedia maklum, kehadiran kira-kira 200,000 orang dari dalam dan luar negara. Paling menarik ialah mendengar bayan dan nasihat elders yang antaranya Maulana Saad, Maulana Zubir, Bai Wahab, Maulana Ahmad Lat dan sebagainya. Saya sendiri berkesempatan mendengar bayan subuh Maulana Saad sebaik sahaja selesai solat Subuh hingga ke pukul 10.30 pagi. Saya duduk di depan beliau dan menatap wajah beliau sehingga beliau beri targrib taklim.
Mengikut info dari jemaah 40 hari yang bergerak di sini, mereka kata, statistik menunjukkan jemaah yang dibentuk dari ijtimak ialah 216 jemaah (target 500 jemaah), jemaah yang dibentuk sejak tarikh diputuskan ijtimak iaitu jemaah yang keluar sebelum ijtimak ialah sekitar 900 jemaah. Total jemaah ialah kira-kira 1,116 jemaah. (target 1,500 jemaah). Kalau betul info ini, bermakna, kesimpulannya, ijtimak ni tak dapat capai target, atau menghampiri ke arah target, apapun syukur alhamdulillah kerana ijtimak berjalan lancar. Dan kita kena tingkatkan usaha mengikut nasihat elders.

Najib berucap... sebenarnya gua berada di bahagian depan kanan mimbar tu, kalau tak silap pada asalnya Najib ucap ringkas je dalam BM, pastu dia minta lagi micropohne tu daripada mimbar wala lalu ucap pulak dalam B. Inggeris untuk greet foreign guest. Turut kelihatan sebelah kiri Najib ialah Syura Malaysia Tuan Guru Haji Salleh (Penanti). Selain Najib, Muhyiddin, orang politik dari kalangan pembangkang sebenarnya turut hadir tapi tak jumpa gambar mereka. Antara yang hadir Anwar Ibrahim, Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim dan Hassan Ali. Apapun, usaha dakwah yang hak sentiasa bebas dari fahaman politik kepartian. Dan umat ini hanya boleh bersatu di bawah usaha yang mengikut sunnah iaitu cara Baginda Nabi Muhammad s.a.w. Ada satu jalan sahaja, jalan yang telah dilalui oleh mereka yang telah berjaya.


Para jemaah termasuk Muhyiddin Yassin tengah solah sunat, depan beliau Mualana Hamid.


Para tetamu VVIP Yang Dipertua Negeri Sembilan dan beberapa orang kenamaan di stage yang lagi satu. Turut hadir Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi.
.


Jemaah dari pelbagai keturunan dan kaum khusyuk menunaikan solat berjemaah di dalam khemah ijtimak.
.


Najib berucap. Sebelum berucap dia kelihatan duduk bersila di belakang kerusi sambil mengangguk-angguk beberapa kali, mungkin diberi penerangan mengenai ijtimak. Lepas tu tiba-tiba dia bangun dan memberikan ucapan ringkas. Sebelum Najib datang ke mmimbar, mimbar wala (ustaz hamzah) menyeru para jemaah beristighfar banyak2 dan apabila Najib semakin hampir, jemaah diseru beristighfar dalam hati dan berdoa agar semua yang hadir pada ijtimak itu dapat keluar di jalan Allah. Kerusi itu khusus untuk Bai Wahab, sebab lepas kemunculan Najib tu, Bai Wahab beri bayan Asar dengan diterjemahkan oleh Syura Malaysia, Haji Maidin (Penang). Dalam permulaan bayan itu, antara lain Bai Wahab kata, kesilapan besar kita bila kita menganggap diri kita adalah petani, peniaga, perdana menteri atau presiden dan sebagainya. Sebaliknya kita perlu menganggap kita adalah umat Nabi s.a.w. Disebabkan kesilapan itu, bai wahab kata, kita semua perlu bertaubat, istighfar dan minta ampun dari Allah.
.


Solat Asar berjemaah dengan diimamkan oleh Maulana Hamid, sebelah kanan Najib adalah Syura Malaysia, Tuan Guru Haji Salleh (Penanti).


Solat Zuhur berjemaah pada hari yang sama dihadiri Muhyiddin dengan diimamkan oleh Maulana Hamid.


Prof. Abdul Rahman memberi bayan atau taklimat ringkas kepada Muhyiddin dalam khemah elders. Sebelah kanan Muyiddin adalah Syura Syeikh Mohamad.


Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohamad Hassan bersalaman dengan jemaah selepas menunaikan solat Jumaat di masjid kuaters KLIA, sebelum khutbah Jumaat, Maulana Hamid memberi tazkirah 'mantap' dan diikuti dengan ucapan ringkas Mohamad Hassan, yang antaranya dia kata, kalau buat ijtimak setiap tahun di tapak itu pun kerajaan negeri akan sokong.


Dalam khemah, walaupun kadang kala ada sikit panas, tetapi ada kemanisan dalam mujahadah itu.


Para daie mendengar bayan elders.


Solat jemaah hingga melimpah-limpah ke luar khemah..
.


Bazaar... walaupun dinasihatkan supaya tidak sibuk dengan bazar atau membeli belah namun sebahagian jemaah yang hadir tidak melepaskan peluang untuk meninjau dan membeli barangan.

ATURCARA IJTIMAK

Asar:
Jemaah mula masuk ke tapak perhimpunan

9-07-2009 – KHAMIS
- Selepas Solat Asar Ceramah Umum
- Selepas Solat Maghrib Ceramah Umum
- Selepas Ceramah Solat Isyak

10-07-2009 – JUMAAT
- Selepas Solat Subuh Ceramah Umum
- 10.00 pg – 12.00 tgh Bacaan Kitab Hadith (Taklim)
- Solat Jumaat
- Selepas Solat Asar
- 1. Ceramah Umum
- 2. Program untuk Pelajar Madrasah
- Selepas Solat Maghrib Ceramah Umum
- Selepas Ceramah Solat Isyak
- Selepas Solat Subuh Ceramah Umum

11-07-2009 – SABTU
- 10.00 pg – 12.00 tgh Bacaan Kitab Hadith (Taklim)
- 10.00 pg – 12.30 tgh
- 1. Program Untuk Ulama
- 2. Program untuk Khawas
- 3. Program untuk Pelajar
- Selepas Solat Asar Ceramah Umum
- Selepas Solat Maghrib Ceramah Umum
- Selepas Ceramah Solat Isyak
- Selepas Solat Subuh Ceramah Pendek

12–07-2009 - AHAD
- 9.30 pg –Sebelum Zuhur

1. Nasihat Untuk Jemaah Yng Keluar Dan Musafahah
2. Doa Penutup Ijtimak

- Selepas Asar Nasihat2 untuk jemaah yg berkhidmat semasa ijtimak.


Gambar Sekitar Ijtima Islam 2009

Petikan dari blog krenmaut.blogspot


Ayuh!

Rehat-rehat.

Cikgu Syukri (syura Ipoh) bersama anaknya yang belajar hafiz.

Tua dan muda

Ambil wuduk dengan bekalan air yang terhad (macam zaman Nabi s.a.w.)

Ambil wuduk dengan botol air. Sekali sekala susah kerana Allah s.w.t.

Menunggu solat Maghrib

Meninjau pembayan yang jauh di sana

Lagi meninjau dari jauh

Seksyen terjemahan untuk Chinese.

Ramai juga rakyat China Muslim yang hadir (ribuan)

Seksyen terjemah English


Macam Ustaz Hasan Ali

nombor khemah?

Kehadiran seramai 200,000 orang. Ya Allah, pilihlah aku untuk menyertai ijtima ini pada tahun-tahun mendatang. Amin!


Assalamu'alaykum warahmatullahhiwabarakatuh,

AlhamduLillah,berakhir sudah ijtima' Tabligh.Tengah malam tadi baru sampai.Teringin nak kongsikan apa yg saya dapat di sana. Subhanallah,terlalu banyak manfaat yg boleh di dapati.Berduyun-duyun manusia membanjiri kawasan KLIA semata-mata untuk mencari kerdhoan Tuhan.Syukur semuanya berjalan lancar.

Jika tuan2 datang untuk mencari kesalahan,maka kesalahanlah yg tuan2 dapat,jika tua2 datang niat nak belajar dan nak dengar nasihat2 ulama2 dan org2 alim maka manfaat yg besar akan diperolehi. Antara Maulana yg saya perasan dan dengar ialah,Maulana Saad,Maulana zubair,Maulana wahab,Maulana Ahmad Lat,dan Maulana Hamid(Pengetua Madrasah di Sri Petaling).

Mereka2 ni alim2 berlaka,kata2 mereka mmg ada nur keikhlasan. Antara nasihat dan ilmu yg saya dapat ialah dari Maulana Saad.Beliau bg bayan dengan lemah lembut,rileks dan tenang,beruntunglah mereka yg faham dalam bahasa urdu/hindustan spt syeikh Arradhi. Antara yg saya dapat ialah, ilmu yakin pada Allah swt. Jangan yakin pada asbab tapi yakinlah semuanya datang dari Allah swt. Cthnya, bila nak periksa,kenapa kita baca buku dulu,patutnya minta pada Allah dulu,baru diiringi dengan usaha,cth lain kita sekarang banyak yakin pada makhluk,spt duit, ramai yg berkata "ada duit boleh selesai masalah" ini adalah perkataan yg tidak membesarkan ALlah swt.walhal Allah lah yg menyelesaikan masalah,bukannya duit atau sebagainya.Asbab juga tidak boleh di tinggalkan seperti menjalankan perniagaan dll.spt sababat jika meraka ada masalah mereka akan terus minta pada Tuhan,dan doa mereka di kabulkan cash oleh Allah.

Amal yg soleh,iman yg sebenar2nya,dan takwa juga adalah faktor terbesar pertolongan ALlah swt. Kita di suruh menjaga iman dan amal untuk mendapat hidayah dan kasih sayang Allah swt,sperti banyakkan solat sunat,zikir pagi petang,baca quran,tuntut ilmu dll. Bila kita beramal kerana Allah,maka Allah akan bertambah sayang pada kita,maka segala apa yg kita minta Pasti Allah kabulkan,yang pasti adalah yakin 100%. Sebagai cth yg terjadi pada diri sendiri,masa pergi sana banyak juga duit kena keluar,tapi niat nak korban,padahal duit tu nak guna jugak untuk benda lain,tapi saya belajar yakin, tak kisah duit dah nak habis pun.Pagi tadi dapat sms daripada kawan saya yg barang jualan dah habis jual,jadi boleh ambil duit. Cash je Allah bg,padahal saya tak tahu pun yg barang jual.

Apa yg saya belajar kat sana juga adalah ilmu2 yg kurang ada pada tempat lain.Kami di sini kena belajar2 mujahadah,berwuduk guna satu botol air je. jika nak beli makanan maka kena mujahadah untuk jalan dengan perjalann yg jauh. Tidur pun atas tanah yg ada satu lapisan kain plastik sahaja. Di setiap khemah mmg ada disedaikan kipas tapi tak banyak. Tapi saya tak pernah dengar satu rungutan pun dari jemaah yg hadir. Mula2 mmg panas skit tapi yakin bahawa Allah swt lah yg beri segalanya,maka kena terima seadanya.

Dekat sini juga kami di ajar supaya taat pada amir dan arahan yg di berikan,dan saya tak dengar pula ada rungutan sebaliknya kenayakn dengar dan taat. Amalan sunnah juga di hidupkan pada malam terakhir. Yakni kami solat isyak pada pukul 12 tgh malam. lepas habis bayan, kami di suruh ikram dan sabar menunggu kawan2 dan jemaah lain yg masih ada urusan dan menunggu mereka untuk solat bersama.

Di sana kita boleh amal macam2 hadis yg daripada nabi,antaranya perasaan syukur. Terdapat pelbagai jenis manusia ada di sana. Aap yg saya lihat,org lumpuh ada,kaki,tangan kudung, bisu, pekak,buta, golongan tua, cacat dan sebaginya. Mereka walaupun tidak sempurna tetapi juga turut bersama2 berkorban.Bagaimana pula dengan kita yg sempurna anggota? Kepada khidmat2 sukarela mereka berkerja tanpa gaji, siang malam berkerja. Khidmat kebesihan ada,makan, jaga jalan parking dll. Memang belajar erti susah payah Nabi2 Rasul2 dan Sahabat2 usahakan atas agama.

Bila kita dapat agama dengan susah payah maka kesannya sangat tinggi,iman pun meningkat amal pun bertambah. Mmmg ketenangan dan kemasidan dapat dirasai. Mmg best, ianya tidak boleh di rasai dengan hanya melihat dan bersangka2 tetapi kena belajar2 untuk turut serta dan belajar korban. Lepas solat zuhur hari ahad,jemaah mula bersiap2 untuk pulang,makin lama tapak ijtima' makin kurang,perasaan sayu,pilu dan sedih mula terasa. Besar ganjaran yg di terima, apabila kita bertemu dan berpisah kerana Alllah swt. Lepas ni azam sungguh2 keluar 40hari dengan ustaz2.

InsyaALlah setahun 2 lagi bila dah fasih cakap arab ana azam datang ziarah maulana saad dan nak minta nasihat dan bertanya pada beliau ttg masalah2 yg di hadapi jemaah tabligh. Maulana saad ini syadid juga orgnya tetapi berhikmah. Beliau tidak bg org merakam dan menangkap gambar beliau, masa jemaah2 nak salam pun tidak di beri untuk cium tangannya. Apabila kita mengenal manhaj salaf dan JT mmg tidak jauh beza,cumanya untuk mendapat kefahaman itu semuanya datang dari Tuhan yg memberikan kepada siapa yg Dia kehendaki. Nak cerita dan borak lebih paham boleh lah borak dengan ust Arrdahi,ana dapat banyak manfaat bila berbual ttg agama dan manhaj dengan beliau.Moga Allah menerima usaha dakwah kita dan meletakkan kita dikalangan org2 yg membersihkan diri,bertaubat dan org2 yg soleh.Ameen..

Wallahu 'alam

Wassalamu 'alaykum warahmatullahhiwabarakatuh..