APABILA DISAPA PETUNJUK DAN HIDAYAH

APABILA DISAPA PETUNJUK DAN HIDAYAH

Borang Keahlian MUARA

Nama:
Email:
Telefon:
KP:
Alamat:

This HTML form was created by Freedback.

Bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal-Ehwal Pengguna

Photobucket

Bersama Timbalan Menteri Pelajaran

Photobucket

Wednesday, November 4, 2009

MUNGKINKAH SEJARAH AKAN TERCIPTA?



KEPADA PENYOKONG PASUKAN THE RED WARRIOR'S YANG TIDAK BERKESEMPATAN UNTUK KE BUKIT JALIL, JANGAN LEPASKAN PELUANG MENONTON SIARAN SECARA LANGSUNG MELALUI SKRIN BESAR DI RESTORAN SELERA SRI TIGA ( BERSEBELAHAN SEVEN ELEVEN ) PADA 07 NOVEMBER 2009 JAM 8.30 MALAM.

SELAMAT MENONTON.

Pesanan Tok Guru


1. Syukur kerana menang.
2. Jangan-jangan "terebah" dengan sendiri
3. Makan vitamin tambah stamina
4. Jangan main "khrumun"
5. A lawan A dan B jaga B
6. Penonton jangan main mercun (merosak tubuh badan)
7. Jangan bawa bendera PAS, takbir tak apa
8. "Sporting Spirit" kena jaga
9. Ada sumbangan jika menang
10. Sapulah minyak angin banyak-banyak.

Sunday, November 1, 2009

Ulamak-us Su'

Ulama-us su' ertinya ulama yang buruk. Namun demikian, pada umumnya masyarakat mengertikan ulama-us su' sebagai ulama yang keji atau ulama yang jahat. Ulama yang tidak mengikuti jejak nabi SAW ini, mempunyai bermacam-macam model. Ada yang menjadi tukang fitnah, ada yang menjual agama dan ada pula yang rosak akhlaknya. Golongan ulama jenis ini, sentiasa wujud pada setiap masa dan zaman untuk merosakkan masyarakat.


Dalam sejarah Islam, hampir setiap zaman dapat ditemui ulama semacam ini. Namun begitu, agama suci ini tetap dapat dibersihkan dengan kemunculan ulama-ulama yang ikhlas mempertahankan dan membersihkan agama Allah. Dalam kalangan masyarakat awam di negara kita, gelaran ulama yang diberikan kepada seseorang itu amat disanjungi lagi dihormati.


Gelaran seperti tok guru, ustaz dan sebagainya merupakan simbol penghormatan masyarakat terhadap golongan ini, yang mempunyai kelulusan tinggi dalam pengetahuan Islam. Oleh kerana kedudukan ulama dalam ajaran Islam adalah tinggi seperti mana sabda Rasulullah SAW "Ulama itu adalah pewaris para nabi'' (Riwayat Tirmizi), maka masyarakat awam amat mempercayai golongan yang dilabelkan sebagai ulama tersebut. Sedangkan tidak semua ulama boleh dilabel dan dikatakan sebagai pewaris para nabi, apatah lagi untuk mengikutinya, jika terbukti mereka tidak menurut jejak serta akhlak baginda Rasulullah s.a.w.


Hal ini pernah diisyaratkan oleh sabda baginda: "Celakalah bagi umatku (akibat) daripada (perbuatan) ulama-us su'.'' (Riwayat al-Hakim). Sabdanya lagi "Seburuk-buruk sesuatu daripada yang paling buruk ialah ulama yang buruk dan sebaik-baik sesuatu daripada yang paling baik ialah ulama yang baik.'' (Riwayat Ad-Darimi). Masyarakat akan musnah dan rosak apabila ulama-us su' dijadikan imam untuk diikuti serta dipercayai. Oleh itu, masyarakat awam harus mengetahui perbezaan antara ulama-us su' dengan ulama yang mewarisi ilmu para nabi.


Dua ciri ulama us-su' yang paling berbahaya dalam masyarakat kita pada hari ini, ialah: Ulama us-su' yang menyesatkan orang ramai dan kedua, ulama-us su' yang menjadi tukang fitnah. Golongan pertama menyesatkan orang ramai dengan fatwa-fatwa mereka yang salah. Oleh kerana mereka orang-orang yang dipercayai, maka apa-apa sahaja yang mereka katakan, akan dianggap sebagai pedoman serta menjadi pegangan dalam masyarakat. Namun demikian , sebenarnya mereka mengeluarkan pendapat atau fatwa yang mengelirukan. Apa-apa yang sebenarnya "haram" menurut Allah dikatakan "halal", dan sebaliknya apa-apa yang halal menurut Allah di "haram" kan pula.


Ulama-ulama demikian suka mentafsir ayat al-Quran serta hadisnabi mengikut nafsu serta selera mereka sahaja. Mereka gemar mengeluarkan fatwa tanpa banyak berfikir serta membuat rujukan. Bagi masyarakat awam yang jahil pula akan mudah percaya dan terpesona dengan gelagat ulama-ulama-us su' ini. Kesannya, masyarakat akan hidup dalam kesesatan dan kehancuran.


Ulama-us su' tidak hanya terdapat dalam agama Islam, bahkan ulama seperti ini pernah merosakkan masyarakat Yahudi serta Nasrani seperti yang pernah diceritakan oleh seorang sahabat nabi bernama Ady bin Hatim.

"Aku pernah datang kepada Rasulullah SAW, dan pada leherku tergantung sebuah salib yang diperbuat daripada emas, Rasulullah SAW bersabda kepadaku "Wahai `Ady lemparkanlah berhala ini (salib).'' Kemudian baginda membaca ayat ini:"Mereka menjadikan orang-orang alim (ulama-ulama atau ketua-ketua agama) dan pendeta-pendeta mereka sebagai tuhan-tuhan selain Allah." (At-Taubah: 31). Maka saya bertanya: "Wahai Rasulullah, mereka itu tidak menyembah ulama-ulama dan pendeta-pendeta mereka itu."Nabi pun bertanya: "Bukankah para ketua agama dan para pendeta itu menghalalkan bagi mereka terhadap barang yang diharamkan oleh Allah? Maka kemudian mereka (pengikut) ikut menganggap halal, dan para ketua agama dan para pendeta itu mengharamkan bagi mereka terhadap barang yang dihalalkan oleh Allah, maka kemudian mereka ikut menganggap haram?'' Saya menjawab "Betul ya Rasulullah.'' Maka baginda pun menjawab: "Demikian itulah yang di namakan ibadah (menyembah ) kepada mereka.''


Ulama-us su' kedua, ialah ulama yang menjadi penyebar fitnah. Rasulullah pernah bersabda: "Akan datang suatu zaman di mana agama Islam hanya tinggal namanya sahaja, dan al-Quran pula hanya tinggal huruf dan tulisannya. Masjid-masjidnya cantik dan megah, tetapi sunyi daripada petunjuk. Ulama mereka adalah manusia yang paling jahat di antara yang ada di bawah langit. Daripada para ulama ini muncul bermacam-macam fitnah dan (fitnah itu) kembali ke dalam lingkungan mereka.'' (Riwayat Baihaqi ).


Ulama jenis ini merupakan golongan ulama yang paling berbahaya sekali. Hal ini kerana, ia bukan hanya memporak perandakan masyarakat semata-mata, tetapi turut sama mencemarkan nama serta imej institusi ulama itu sendiri. Kesannya, Masyarakat akan hilang hormat serta memandang rendah kepada ulama-ulama lain yang ikhlas dalam perjuangan mereka.


Bagaimanakah seorang ulama boleh menjadi penyebar fitnah? Jawapannya mudah . Sama ada disengaja atau tidak, apabila seseorang ulama itu mula membenci terhadap sesuatu fahaman atau golongan lain, maka sudah tentu golongan atau fahaman yang tidak sealiran dengannya itu bakal dicerca, dikutuk atau dituduh dengan pelbagai cara, agar masyarakat menjauhi serta menolak fahaman atau golongan yang tidak sealiran dengannya itu. Maka, tanpa disedari oleh ulama tersebut, ketika dia mengeluarkan penilaiannya terhadap fahaman atau golongan tertentu itu, penilaiannya sudah mula bercampur baur dengan rasa marah, iri hati, benci serta berprasangka. Dan fitnah pun terjadi tanpa disedarinya.


Ulama tukang pembawa fitnah ini, tidak hanya menabur fitnah semata-mata tetapi lebih daripada itu, kadang kala dia sanggup membuka aib serta keburukan orang lain di hadapan khalayak ramai. Sedangkan Allah telah mengingatkan kita dengan firman-Nya: "Sesungguhnya orang-orang yang suka agar tersebar keburukan dalam kalangan orang-orang beriman, bagi mereka adalah azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui (segala perkara), sedang kamu tidak mengetahui.'' (An-Nur: 19). Inilah janji Allah kepada mereka yang suka menabur fitnah.


Fitnah yang dilakukan oleh ulama-us su' ini adalah lebih bahaya daripada fitnah yang dilakukan oleh masyarakat awam. Hal ini kerana golongan ulama lebih mudah dipercayai orang ramai, kerana mereka berselindung di sebalik pakaian ala-ulama serta ucapan mereka juga dicampur-adukkan dengan ayat al-Quran serta hadis nabi. Dan ini akan lebih meyakinkan masyarakat yang kurang pengetahuannya mengenai agama Islam. Kesannya, tingkah laku ulama-us su' yang gemar memfitnah ini sedikit demi sedikit akan diikuti oleh masyarakat tanpa kita sedari.


Islam sebenarnya telah memberi garis panduan menghadapi golongan semacam ini antaranya: Pesanan serta ingatan daripada firman Allah "Hai orang-orang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal di atas perbuatanmu itu.'' (Al-Hujurat: 6 ). Dan "Maka bertanyalah kamu semua kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui.'' (An-Nahl: 43).


Kesimpulannya, ulama-us su' yang suka mencetuskan fitnah serta gemar memberi fatwa-fatwa yang sesat adalah amat berbahaya kepada masyarakat. Maka tidak hairanlah mengapa Rasulullah mendakwa bahawa ulama-us su' merupakan sejahat-jahat manusia sebagaimana kisah ini. Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah, "Ya Rasulullah, siapakah manusia yang paling buruk atau jahat?'' Rasulullah menjawab, "Ya Allah, hapuskanlah dosa-dosa kami. Bertanyalah kamu daripada hal-hal kebaikan dan janganlah bertanya daripada hal kejahatan. (Ketahuilah) Sejahat-jahat manusia itu, ialah seburuk-buruk ulama di tengah-tengah manusia.''(Riwayat al-Bazzar).


Dan benarlah juga pesanan yang diutarakan oleh Mu'az bin Jabal "Hendaklah kamu berhati-hati dan takut terhadap tergelincirnya seorang alim kerana kedudukannya yang agung di sisi orang ramai. Kemudian orang ramai itu ikut sama tergelincir dengannya.''


Ditulis Oleh Muhammad Azli Shukri di www.Azlishukri.blogspot.com

Doa Maulana Saad

Ya Allah Ampunkan Dosa-Dosa Kami

Ya Allah Tutupkanlah Kesalahan-Kesalahan Kami

Ya Allah Tukarkanlah Keburukan-Keburukan Kami Kepada Kebaikan-Kebaikan

Ya Allah Engkau Masukkan Hakikat Iman Dalam Hati Kami

Ya Allah Engkaukan Kurniakan Sifat-Sifat Iman Dalam Diri Kami

Ya Allah Engkau Kurniakan Pengikhtirafan Mu Pada Kami

Ya Allah Kurniakan Kami Hubungan Yang Khusus Dgn Zat Mu

Ya Allah Engkau Milik Kami Dan Kami Milikmu Ya Allah

Ya Allah Bantu Kami Dengan Amalan-Amalan Yang Engkau Redhai

Ya Allah Tetapkan Kami Dengan Amalan-Amalan Yang Engkau Redhai

Ya Allah Kurniakan Istiklas Dan Istiqamat

Ya Allah Engkau Satukan Umat Ini Dengan Usaha Dakwah

Ya Allah Engkau Jadikan Setiap Individu Umat Ini Daee Agama Mu

Ya Allah Kurniakanlah Kepedihan Atas Keruntuhan Agama Dalam Hati-Hati Umat Ini

Ya Allah Engkau Gunakan Setiap Kemampuan-Kemampuan Kami Dalam Kerja Agama

Ya Allah Engkau Gunakan Umat Ini Untuk Buat Pengorbanan Untuk Agama Mu

Ya Allah Engkau Kurniakan Hidayah Pada Seluruh Umat

Ya Allah Engkaulah Yang Satu-Satunya Yang Membuat Tarbiyah Hakiki Hanya Tarbiyahmulah Yang Hakikat Tarbiyah. Ya Allah Tarbiyahlah Umat Ini Dengan Sebaiknya

Ya Allah Engkau Kurniakan Kami Dgn Kehidupan Sunnah Nabi Saw

Ya Allah Engkau Hidupkan Kehidupan Sunnah Nabi Saw Pada Umat

Ya Allah Engkau Kurniakan Kebencian Dalam Hati Kami Cara Kehidupan Orang Kafir Dan Hidupkan Sunnah-Sunnah Dalam Diri Kami

Ya Allah Keluarkanlah Sifat Kehaiwanan Dan Tidak Berakhlak Dari Kami

Ya Allah Kurniakan Sifat Insaniyah Dalam Diri Kami

Ya Allah Tunjuklah Setiap Individu Umat Ini

Ya Allah Amkan Hidayat Pada Seluruh Umat

Ya Allah Luaskanlah Jalan-Jalan Hidayat

Ya Allah Tutupkanlah Pintu-Pintu Bathil

Ya Allah Hancurkanlah Suara-Suara Bathil

Ya Allah Engkau Gagalkanlah Rancangan-Rancangan Bathil

Ya Allah Peliharalah Usaha-Usaha Agama Ini, Rakan-Rakan Usaha Agama, Markas-Markas Usaha Agama, Masjid-Masjid Buat Usaha Agama, Madrasah-Madrasah Dan Semua Pergerakan-Pergerakan Agama Yang Haq

Ya Allah Bantulah Kami Dengan Setiap Langkah Kami

Ya Allah Tunjuklah Kami Dengan Setiap Langkah Kami

Ya Allah Kurniakan Taufik Untuk Buat Kebaikan-Kebaikan

Ya Allah Bantu Kami Dengan Usaha-Usaha Agama Yang Penting

Ya Allah Kurniakan Keampunan, Tutupkan Kesalahan-Kesalahan Kami, Mudahkanlah Kami .

Ya Allah Kurniakanlah Ihsan Mu Pada Kami.

Ya Allah Mudahkan Urusan Kami Dengan Fadhil Mu

Ya Allah Tanamkan Keyakinan Atas Nusrah Ghaibmu Dalam Hati Kami Dank Au Turunkan Nusrah Ghaibmu Pada Kami.

Ya Allah Dimana Perlunya Hujan, Engkau Turunkan Hujan Rahmatmu ( 3x )

Ya Allah Jangan Pandang Umat Ini Dengan Pandangan Murka Mu Lihatlah Umat Ini Dengan Pandangan Ihsan Mu

Ya Allah Jadikan Umat Ini Menyesal Atas Dosa-Dosa Yang Dilakukan Dan Kurniakan Umat Ini Taufik Untuk Bertaubat

Ya Allah Jangan Hindarkan Rahmat / Ihsan Mu Pada Umat Ini

Ya Allah Kasihanlah Dan Rahmatilah Umat Ini. Kau Turunkan Hujan Rahmatmu ( 3 X )

Ya Allah Keluarkanlah Harapan Dalam Hati Kami Pada Ghair, Kurniakan Kami Mtaufik Untuk Mengambil Manafaat Terus Dari Zat Mu

Ya Allah Keluarkanlah Yakin Salah Pada Makhluk Dalam Hati-Hati Kami Dan Tetapkan Kami Dalam Metaati Perintah-Perintah Mu

Ya Allah Pada Orang-Orang Yang Ada Masalah Hutang, Engkau Bantulah Mereka Dengan Pertolongan Ghaibmu Untuk Menyelesaikan Masalah Mereka.

Ya Allah Engkau Sembuhkanlah Orang-Orang Yang Sakit

Ya Allah Engkau Keluarkanlah Kelemahan-Kelemahan Zahir Dan Batin Kami

Ya Allah Engkau Kurniakanlah Kekuatan Zahir Dan Batin Kami

Ya Allah Pada Mereka Yang Ada Masalah Mahkamah Engkau Bebaskanlah Dari Masalah Mereka

Ya Allah Kurniakanlah Fikir Akhirat Dalam Hati-Hati Umat

Ya Allah Hapuskanlah Kelalaian Dalam Diri Kami

Ya Allah Kurniakanlah Fikir Akhirat Dalam Hati Kami

Ya Allah Dengan Ihsan Mu / Rahmat Mu Terimalah Doa Kami

( Ehsan Dari Teman Yang Pulang Khidmat Dua Bulan Di Markaz Nizamuddin )

Sunday, October 25, 2009

Tabligh Mega Mosque London 2012





Umat Islam di London akan memiliki sebuah masjid berprestij tinggi yang dapat menampung lebih dari 40.000 (empat puluh ribu) jamaah dalam satu masa. Tapak masjid ini merupakan bekas tapak stadium olahraga yang dulunya digunakan untuk sukan kriket. Sejak stadium ini tidak digunakan lagi oleh peminat sukan kriket ini, maka stadium ini di jual kepada orang Islam. "Ini akan menjadi sesuatu yang belum pernah dilihat di negara ini ." Kata Abdul Khalique, Ketua Jamaah Tabligh ketika itu.

Masjid yang didaftar dengan nama Abbey Mills Mosque ini terletak di Dewsbury, West Yorkshire, London. Di sekitar Kawasan Industri dan Stadium Bawah tanah Westham. Lokasinya sendiri menempati tanah seluas 7,3 (ha) hektar dengan alamat Canning Road,London, E15 3NX, England.



Proses pembangunan masjid ini sendiri mendapat kontroversi, sejak diusulkan pada tahun 2005 yang lalu, dan memerlukan proses pembinaan yang panjang, kerana sebahagian masyarakat London, bimbang, bila masjid itu nanti digunakan sebagai markaz teroris. Tetapi sudah ditegaskan oleh tokoh-tokoh Jamaah Tabligh (JT) bahwa JT adalah organisasi non politik dan tidak ada hubungannya dengan tindakan terorisme di manapun di muka bumi ini.

Pembangunan masjid ini sendiri menelan belanja sebesar lebih dari 100 juta poundsterling, yang dikumpulkan dari seluruh ummat Islam di London dan negara-negara lain, dan perlu dicatat bahawa kerajaan Saudi Arabia tidak berada di sebalik pendanaan masjid ini. Pembangunan masjid di tangani oleh Ali Mangera, the London and Barcelona-based architect.


PETIKAN : http://bonekahati.blogspot.com


Thursday, October 22, 2009

Monday, October 12, 2009

SENARAI HOTEL/RESORT YANG MENDAPAT PENGIKTIRAGFAN HALAL JAKIM

SENARAI HOTEL & RESORT YANG MENDAPAT PENGIKTIRAFAN HALAL JAKIM


Bil Nama Hotel @ Resort
[ Nama Premis/Dapur ]
Tarikh Sah Sijil
1. ANCASA HOTEL KUALA LUMPUR
UDA ANCASA SDN BHD
JALAN TUN TAN CHENG LOCK
50050 KUALA LUMPUR

Nama Premis / Dapur :
BANQUET KITCHEN
ANCASA HOTEL KUALA LUMPUR
JALAN TUN TAN CHENG LOCK
50050 KUALA LUMPUR

01/05/2009 - 30/04/2012


2. ANCASA HOTEL KUALA LUMPUR
UDA ANCASA SDN BHD
JALAN TUN TAN CHENG LOCK
50050 KUALA LUMPUR

Nama Premis / Dapur :
PASTRY KITCHEN
ANCASA HOTEL KUALA LUMPUR
JALAN TUN TAN CHENG LOCK
50050 KUALA LUMPUR

01/05/2009 - 30/04/2012


3. ANCASA HOTEL KUALA LUMPUR
UDA ANCASA SDN BHD
JALAN TUN TAN CHENG LOCK
50050 KUALA LUMPUR

Nama Premis / Dapur :
SAFFRON BRASSERIE (KITCHEN)
GROUND FLOOR
ANCASA HOTEL KUALA LUMPUR
JALAN TUN TAN CHENG LOCK
50050 KUALA LUMPUR

01/05/2009 - 30/04/2012


4. ANCASA HOTEL KUALA LUMPUR
UDA ANCASA SDN BHD
JALAN TUN TAN CHENG LOCK
50050 KUALA LUMPUR

Nama Premis / Dapur :
BUTCHER ROOM
LOWER GROUND,
ANCASA HOTEL KUALA LUMPUR,
JALAN TUN TAN CHENG LOCK,
50050 KUALA LUMPUR

01/05/2009 - 30/04/2012


5. CRYSTAL CROWN HOTEL (NIKMAT MAJU DEVELOPMENT SDN BHD)
NO 12 LORONG UTARA A,
OFF JALAN UTARA
46200 PETALING JAYA,
SELANGOR DARUL EHSAN
MALAYSIA

Nama Premis / Dapur :
COFFEE HOUSE - BRASS CAFE
CRYSTAL CROWN HOTEL, NO 12 LORONG UTARA, OFF JLN UTARA, 46200 PETALING JAYA, SELANGOR

01/03/2009 - 28/02/2011


6. GRAND DORSETT LABUAN HOTEL
VICTORIA'S BRASSERIE
LOT 462, JALAN MERDEKA
87029 LABUAN ST

Nama Premis / Dapur :
SHERATON LABUAN HOTEL, VICTORIA'S BRASSERIE
LOT 462, JALAN MERDEKA

01/12/2007 - 30/11/2009


7. HOTEL ARMADA PETALING JAYA
LORONG UTARA C, SECTION 52
P.O BOX 691
PEJABAT POS JALAN SULTAN
46200 PETALING JAYA
SELANGOR

Nama Premis / Dapur :
MALAY KITCHEN / DAPUR MELAYU
LEVEL 3
HOTEL ARMADA PETALING JAYA
LORONG UTARA C
SECTION 52, PO BOX 691
PEJABAT POS JALAN SULTAN

01/12/2007 - 31/12/2009


8. HOTEL SERI MALAYSIA (GENTING HIGHLANDS)
EMMY SURAYA ENTERPRISE
NO 11,JALAN JATI 1
GOHTONG JAYA
69000 GENTING HIGHLANDS
PAHANG DARUL MAKMUR
MALAYSIA

Nama Premis / Dapur :
-
EMMY SURAYA ENTERPRISE
NO 11,JALAN JATI 1,
GOHTONG JAYA,
69000 GENTING HIGHLANDS

15/05/2009 - 14/05/2011


9. HOTEL SERI MALAYSIA (IPOH)
GHAZALI MANAGEMENT SERVICES
HOTEL SERI MALAYSIA IPOH
JALAN STURROCK
OFF JALAN TAMBUN
30350 IPOH

Nama Premis / Dapur :
CAFE CEMPAKA SARI
HOTEL SERI MALAYSIA IPOH
JALAN STURROCK OFF JALAN TAMBUN
30350 IPOH
PERAK

01/06/2008 - 31/05/2010


10. HOTEL SERI MALAYSIA (MARANG)
PRIM AR (M) SDN. BHD
LOT 3964,KAMPUNG PAYA
21600 MARANG
TERENGGANU DARUL IMAN
MALAYSIA

Nama Premis / Dapur :
HOTEL SERI MALAYSIA MARANG
LOT 3964, KAMPUNG PAYA
21600 MARANG,
TERENGGANU

01/06/2009 - 31/05/2011


11. HOTEL SERI MALAYSIA (PENANG)
PRISMA LAMUNI SDN BHD
NO 7, JALAN MAYANG PASIR 2
BANDAR BAYAN BARU,
11950. PULAU PINANG

Nama Premis / Dapur :
DAPUR HOTEL SERI MALAYSIA PULAU PINANG
HOTEL SERI MALAYSIA PENANG
NO 7, JALAN MAYANG PASIR 2,
BANDAR BAYAN BARU,
11950. PENANG

01/06/2008 - 31/05/2010


12. HOTEL SERI MALAYSIA (TAIPING)
TUNAS LARUT ENTERPRISE
NO. 4, JALAN SULTAN MANSUR
34000 TAIPING,

Nama Premis / Dapur :
HOTEL SERI MALAYSIA (TAIPING)
NO. 4, JALAN SULTAN MANSUR, 34000
TAIPING, PERAK

15/07/2008 - 14/07/2010


13. HOTEL SERI MALAYSIA BAGAN LALANG
MOHAMED SHUKOR BIN MOHD ZAKARIA ENTERPRISE
(HOTEL SERI MALAYSIA BAGAN LALANG)
LOT 979 & 980 PANTAI BAGAN LALANG
SG PELEK SEPANG
SELANGOR

Nama Premis / Dapur :
CAFE D' BAGAN HOTEL SERI MALAYSIA BAGAN LALANG
HOTEL SERI MALAYSIA BAGAN LALANG ( SEPANG )
LOT 979 & 980, PANTAI BAGAN LALANG
43950 SUNGAI PELEK
SELANGOR DARUL EHSAN

01/12/2007 - 30/11/2009


14. LOTUS NATION SDN BHD (HOTEL PUTRA)
SELESA INN KUALA LUMPUR
285 - 287 JALAN TUANKU ABDUL RAHMAN
50100 KUALA LUMPUR
Nama Premis / Dapur :
D SERAI ( DAPUR PASTRI )
HOTEL PUTRA KL
ARAS 3
LOT 149 SEKSYEN 87 JALAN TUN RAZAK
50050 KUALA LUMPUR

01/12/2007 -31/12/2009


15. LOTUS NATION SDN BHD (HOTEL PUTRA)
SELESA INN KUALA LUMPUR
285 - 287 JALAN TUANKU ABDUL RAHMAN
50100 KUALA LUMPUR

Nama Premis / Dapur :
SELESA CAFE
ARAS 2 HOTEL PUTRA KL
LOT 149 SEKSYEN 87
JALAN TUN RAZAK
50050 KUALA LUMPUR

01/12/2007 - 31/12/2009


16. LOTUS NATION SDN BHD (HOTEL PUTRA)
SELESA INN KUALA LUMPUR
285 - 287 JALAN TUANKU ABDUL RAHMAN
50100 KUALA LUMPUR

Nama Premis / Dapur :
RESTORAN TEMASYA
IMPIAN MORIB HOTEL
LOT 103 & 104 JALAN MORIB
PANTAI MORIB
42700 KUALA LANGAT ,SELANGOR

01/12/2007 - 31/12/2009


17. LOTUS NATION SDN BHD (HOTEL PUTRA)
SELESA INN KUALA LUMPUR
285 - 287 JALAN TUANKU ABDUL RAHMAN
50100 KUALA LUMPUR

Nama Premis / Dapur :
SELESA CAFE
SELESA INN KUALA LUMPUR
ARAS BAWAH
285 - 287 JALAN TUANKU ABDUL RAHMAN
50100 KUALA LUMPUR

01/12/2007 - 31/12/2009


18. MAYOR HOTELS BERHAD
T/A CITY VILLA KUALA LUMPUR
69 JALAN HAJI HUSSIEN
OFF JALAN T.A.R
50300 KUALA LUMPUR

Nama Premis / Dapur :
MAYOR HOTEL
T/A CITY VILLA KUALA LUMPUR
69 JALAN HAJI HUSSIEN
OFF JALAN T.A.R
50300 KUALA LUMPUR

01/06/2008 - 31/05/2010


19. METROPLEX HOLDINGS SDN BHD (LEGEND HOTEL KL)
TKT 33, PUTRA PLACE OFFICE TOWER
100 JALAN PUTRA
50350 KUALA LUMPUR

Nama Premis / Dapur :
DI ATAS BRASSERIE / MAIN KITCHEN
9TH FLOOR, THE LEGEND HOTEL KL
PUTRA PLACE, 100 JALAN PUTRA
50350 KUALA LUMPUR

16/10/2009 - 15/10/2012


20. METROPLEX HOLDINGS SDN BHD (LEGEND HOTEL KL)
TKT 33, PUTRA PLACE OFFICE TOWER
100 JALAN PUTRA
50350 KUALA LUMPUR

Nama Premis / Dapur :
MUSEUM CHINESE RESTAURANT
9TH FLOOR, THE LEGEND HOTEL KL
PUTRA PLACE, 100 JALAN PUTRA
50350 KUALA LUMPUR

16/10/2009 - 15/10/2012


21. MING COURT HOTEL (KL) SDN BHD (CORUS HOTEL, KUALA LUMPUR)
JALAN AMPANG, 50450 KUALA LUMPUR

Nama Premis / Dapur :
DONDANG SAYANG COFFEE HOUSE
CORUS HOTEL KUALA LUMPUR
JALAN AMPANG, 50450 KUALA LUMPUR

01/02/2008 - 31/01/2010


22. RESIDENCE HOTEL AT UNIVERSITI TENAGA NASIONAL
RESIDENCE HOTELS & RESORTS S/B
SUITE 1.03 LEVEL 1, WISMA E&C, LORONG DUNGUN KIRI,
DAMANSARA HEIGHT,
KUALA LUMPUR

Nama Premis / Dapur :
RESIDENCE HOTEL AT UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNITEN)
KM 7 JALAN KAJANG-PUCHONG,
43009 KAJANG, SELANGOR

01/06/2009 - 31/05/2012


23. RESORT VILLA GOLF COURSE DEVELOPMENT SDN BHD
IOI RESORT
62502 PUTRAJAYA

Nama Premis / Dapur :
RESTORAN AROI DEE (THAI) PALM GARDEN HOTEL
PALM GARDEN HOTEL
IOI RESORT
62502 PUTRAJAYA

01/05/2008 - 30/04/2010


24. RESORT VILLA GOLF COURSE DEVELOPMENT SDN BHD
IOI RESORT
62502 PUTRAJAYA

Nama Premis / Dapur :
GOLFER TERRACE RESTAURANT PALM GARDEN HOTEL
PALM GARDEN HOTEL
IOI RESORT
62502 PUTRAJAYA

01/05/2008 - 30/04/2010


25. RESORT VILLA GOLF COURSE DEVELOPMENT SDN BHD
IOI RESORT
62502 PUTRAJAYA

Nama Premis / Dapur :
RESTAURANT PALMS CAFE (COFFE HOUSE) PALM GARDEN HOTEL
PALM GARDEN HOTEL
IOI RESORT
62502 PUTRAJAYA

01/05/2008 - 30/04/2010


26. RESORT VILLA GOLF COURSE DEVELOPMENT SDN BHD
IOI RESORT
62502 PUTRAJAYA

Nama Premis / Dapur :
BANQUET MALAY KITCHEN HALL PALM GARDEN HOTEL
PALM GARDEN HOTEL
IOI RESORT
62502 PUTRAJAYA

01/05/2008 - 30/04/2010


27. SEMARAK CAPITAL SDN. BHD. (GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM)
PERSIARAN PERBANDARAN SEKSYEN 14
40000 SHAH ALAM

Nama Premis / Dapur :
SEMARAK KITCHEN
GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM
PERSIARAN PERBANDARAN,
SEKYEN 14,
40000 SHAH ALAM

01/12/2007 - 31/12/2009


28. SEMARAK CAPITAL SDN. BHD. (GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM)
PERSIARAN PERBANDARAN SEKSYEN 14
40000 SHAH ALAM

Nama Premis / Dapur :
MAIN KITCHEN
GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM
PERSIARAN PERBANDARAN,
SEKSYEN 14,
40000 SHAH ALAM, SELANGOR

01/12/2007 - 31/12/2009


29. SEMARAK CAPITAL SDN. BHD. (GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM)
PERSIARAN PERBANDARAN SEKSYEN 14
40000 SHAH ALAM

Nama Premis / Dapur :
MALAY KITCHEN
GRAND BLUEWAVE HOTELS SHAH ALAM,
PERSIARAN PERBANDARAN,
SEKSYEN 14,
40000 SHAH ALAM.

01/12/2007 - 31/12/2009


30. THE PARAMOUNT HOTEL
3,LORONG 9A
JALAN KAMPUNG DATO
96000 SIBU
SARAWAK

Nama Premis / Dapur :
VALENTINE'S CAFE
3,LORONG 9A
JALAN KAMPUNG DATO'
96000 SIBU,SARAWAK.

16/03/2008 - 15/03/2010


31. THE SUMMIT HOTEL, SUBANG USJ
PERSIARAN KEWAJIPAN USJ1
47600, UEP SUBANG JAYA

Nama Premis / Dapur :
BANQUET KITCHEN
LEVEL 5,THE SUMMIT HOTEL

01/05/2009 - 30/04/2011
32. THE SUMMIT HOTEL, SUBANG USJ
PERSIARAN KEWAJIPAN USJ1
47600, UEP SUBANG JAYA

Nama Premis / Dapur :
OCEANIA BUFFET RESTAURANT
LEVEL M,THE SUMMIT HOTEL

01/05/2009 - 30/04/2011


33. THE SUMMIT HOTEL, SUBANG USJ
PERSIARAN KEWAJIPAN USJ1
47600, UEP SUBANG JAYA

Nama Premis / Dapur :
WARONG JUNCTION KITCHEN
LEVEL G, THE SUMMIT HOTEL

01/05/2009 - 30/04/2011


34. TIARA LABUAN HOTEL
JALAN TANJUNG BATU
87007 LABUAN

Nama Premis / Dapur :
THE GRILL
JLN TANJUNG BATU
87007 LABUAN

01/12/2007 - 31/12/2009


35. TRADEWINDS HOTELS & RESORTS SDN BHD
THR (JOHOR) SDN BHD
MUTIARA JOHOR BAHRU
JALAN DATO SULAIMAN
TAMAN CENTURY KB 779
80990 JOHOR BAHRU
JOHOR DARUL TAKZIM
MALAYSIA

Nama Premis / Dapur :
MUSLIM KITCHEN
THR (JOHOR) SDN BHD
C/O MUTIARA JOHOR BAHRU
JALAN DATO SULAIMAN
TAMAN CENTURY KB 779
80990 JOHOR BAHRU,JOHOR

01/03/2009 - 28/02/2011


36. TRADEWINDS HOTELS & RESORTS SDN BHD
THR (JOHOR) SDN BHD
MUTIARA JOHOR BAHRU
JALAN DATO SULAIMAN
TAMAN CENTURY KB 779
80990 JOHOR BAHRU
JOHOR DARUL TAKZIM
MALAYSIA

Nama Premis / Dapur :
CAPRI KITCHEN
THR (JOHOR) SDN BHD
C/O MUTIARA JOHOR BAHRU
JALAN DATO SULAIMAN TAMAN CENTURY
KB 779, 80990
JOHOR BAHRU
JOHOR

01/03/2009 - 28/02/2011


37. TRADEWINDS HOTELS & RESORTS SDN BHD
THR (JOHOR) SDN BHD
MUTIARA JOHOR BAHRU
JALAN DATO SULAIMAN
TAMAN CENTURY KB 779
80990 JOHOR BAHRU
JOHOR DARUL TAKZIM
MALAYSIA

Nama Premis / Dapur :
MEISAN KITCHEN
THR (JOHOR) SDN BHD
C/O MUTIARA JOHOR BAHRU
JALAN DATO SULAIMAN
TAMAN CENTURY KB 779
80990 JOHOR BAHRU,JOHOR
JOHOR

SUMBER : http://www.halal.gov.my/