APABILA DISAPA PETUNJUK DAN HIDAYAH

APABILA DISAPA PETUNJUK DAN HIDAYAH

Borang Keahlian MUARA

Nama:
Email:
Telefon:
KP:
Alamat:

This HTML form was created by Freedback.

Bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal-Ehwal Pengguna

Photobucket

Bersama Timbalan Menteri Pelajaran

Photobucket

Wednesday, November 18, 2009

NENEK OBAMA TUNDA HAJI KE TAHUN HADAPAN



Nenek Presiden Amerika Barack Hussein Obama, Sarah Obama, memutuskan untuk menunda keberangkatannya ke tanah suci bagi menunaikan ibadah haji ke tahun depan. Penundaan ini disebabkan kesulitan proses pemberian visa dari pihak kedutaan besar Saudi Arabia di Kenya.

Pihak kedutaan besar Saudi Arabia di Kenya memberikan hadiah khusus kepada nenek Obama berupa undangan tamu untuk naik haji ke tanah suci. Sayangnya, terdapat beberapa kesulitan yang menjadikan rancangan berkenaan tertunda hingga tahun depan.

Berita tentang naik hajinya nenek Obama telah menjadi berita hangat di beberapa surat khabar internasional, khususnya ketika berita yang tersebar tentang adanya gerakan untuk mengkristiankan nenek Obama dan keluarganya di Kenya semenjak kemenangan Obama sebagai presiden Amerika.

Berkaitan berita pengkeristianan itu, Nenek Sarah Obama menegaskan bahawa jika dirinya lahir, tumbuh, hidup, maka matinya sudah pasti sebagai seorang Muslimah.

Anak kepada Sarah Obama, Sayyid Obama, yang juga bapa saudara Presiden Barack Obama, mengatakan dia tidak mengerti alasan pembatalan oleh Kedutaan Saudi atas rancangan keberangkatan ibunya ke tanah suci untuk naik haji.

"Saya mendengar Duta Besar Saudi Arabia untuk Kenya telah diganti oleh orang yang baru. Namun, saya belum pernah bertemu dengannya di Nairobi," kata Sayyid Obama.

Sayyid mengatakan, keluarganya banyak menerima tawaran untuk menunaikan ibadah haji secara percuma dari banyak sponsor. Sayangnya, rancangan menunaikan rukun Islam terakhir itu harus ditunda hingga tahun depan.

"Tetapi Alhamdulillah, kami tak berkecil hati, kerana kami juga akan berangkat untuk menunaikan umrah beberapa waktu lagi," terang Sayyid

Petikan dari
http://www.eramuslim.com/berita/

Sunday, November 15, 2009

Saturday, November 14, 2009

Cadilac One

Inilah kereta yang direka khas untuk kegunaan Presiden Amerika sekarang BARACK OBAMA. Kereta ini memiliki pelbagai kelengkapan dan kalis peluru. Lihatlah ciri-ciri keselamatan yang ada padanya dan nilaian kereta ini " Cadilac One ".


Adakah presiden akan selamanya selamat hanya kerana ada sebuah kereta yang direka khusus untuknya ini ?

Friday, November 13, 2009

14 NOVEMBER - HARI DIABETIS SEDUNIA

Hidup 'Manis' Sekarang, Terseksa Kemudian

(Sempena Hari Diabetis Sedunia Pada 14 Nov)

Oleh ZULKIPLE IBRAHIM (mStar)

MENURUT laporan Persatuan Diabetis Malaysia (PDM) pada tahun 2007, hampir 1.2 juta rakyat Malaysia menghidapi kencing manis.

Bagi statistik untuk tahun 2008, jumlah ini meningkat sebanyak 650,000 dan angka ini dijangka terus bertambah bagi tahun 2009.

Diabetis atau kencing manis merupakan satu penyakit kronik yang boleh menyebabkan kematian dan ramai pesakit diabetis hanya menyedari mereka menghidap penyakit itu bila timbul komplikasi.

"Sebenarnya diabetis ialah satu penyakit yang boleh dielakkan, melainkan ia berpunca daripada genetik, tetapi gaya hidup di zaman moden ini menyebabkan penyakit itu semakin senang dihidapi," menurut seorang pakar pemakanan di sebuah institusi kesihatan awam.

KANDUNGAN TINGGI GULA DALAM DARAH

"Adakah anda pernah terfikir tentang jika setiap hari anda selalu makan dan minum dengan rasa manis yang berlebihan, mungkin satu hari nanti akan menyebabkan kandungan gula dalam darah anda menjadi terlampau tinggi sehingga membuat anda mendapat diabetis?".

Itulah pertanyaan yang sering diutarakan pakar endokrinologi terhadap pesakit diabetis yang mereka rawati.

Menurut pakar endokrinologi serta juga pakar nutrisi/pemakanan, diabetis terjadi bukan dalam sekelip mata tetapi hanya muncul dalam jangka masa yang agak panjang setelah pesakit mempunyai kandungan gula di dalam darah yang tinggi secara berterusan.

Ini akibat pengambilan makanan yang mengandungi gula tanpa kawalan , diet yang tidak seimbang serta juga amalan gaya hidup yang tidak sihat seperti kurang senaman dan aktiviti fizikal.

"Diabetis ibarat pembunuh yang bersembunyi, dan akan muncul bila suasana sudah menjadi tidak terkawal," kata seorang doktor endokrinologi Dr S. Menon.

Bagaimanapun diabetis bukan hanya bergantung kepada faktor nutrisi sahaja tetapi juga genetik.

KISAH AZHAR

Dr Menon memaparkan kisah Azhar (bukan nama sebenar) tentang bagaimana diabetis boleh juga berpunca daripada faktor genetik.

Azhar, yang berasal dari sebuah kawasan pedalaman di sebuah negeri di Pantai Timur, tidak mengetahui bahawa kedua-dua ibu bapanya memang menghidapi diabetis sehinggalah beliau dewasa. Begitu juga dengan ibu bapanya.

Sejak pada umur awal belasan tahun, Azhar sudah mula mengalami tanda-tanda diabetis seperti tahap kehausan yang amat sangat, cepat letih, kerap buang air kecil pada waktu malam dan juga keletihan.

"Saya tidak mendapatkan rawatan kerana menganggap itu hanya perkara biasa sehinggalah saya datang ke Kuala Lumpur untuk meneruskan pelajaran di universiti," Azhar memberitahu Dr Menon.

Menurut Azhar, bila dia mengalami bisul bernanah di belakang kepalanya, barulah beliau mengetahui yang beliau menghidapi kencing manis.

Ibu bapa beliau serta juga abang-abangnya meninggal dunia kerana 'myocardial infarct' (tisu jantung tidak mendapat cukup bekalan oksigen) iaitu satu daripada komplikasi diabetis.

KANDUNGAN KARBOHIDRAT YANG TINGGI

Bagi seorang lagi pesakit diabetis, gaya hidup dan diet yang tidak sihat menyebabkan beliau menghidapi kencing manis.

"Dari kecil, saya memang mengambil diet yang mengandungi kandungan karbohidrat yang tinggi. Sarapan pagi ialah nasi, makan tengah hari pun nasi, makan malam sudah tentulah juga nasi dan kalau keluar minum lewat malam pun nasi.

"Kalau nak kata senaman, memang jauh sekali dan memang tidak pernah saya lakukan," kata beliau.

Bagi Manan, ketika beliau berada di universiti, beliau mula ketagih minum air berkabonat.
"Setiap malam, saya ambil minuman ini hinggalah saya mengalami komplikasi kegagalan buah pinggang kerana diabetis," tambah beliau.

DIABETIS JUVENIL, DIABETIS 'MATURITY ONSET'

Menurut Dr Menon, kalau kencing manis diwarisi melalui faktor genetik iaitu daripada ibu bapa, biasanya ibu, seseorang itu akan mempunyai diabetis dari kecil dan ini dikenali sebagai diabetis juvenil atau diabetes Type I.

Bagi mereka yang menghidapi kencing manis ketika umur sudah meningkat, diabetis ini dikenali sebagai Diabetes Type II atau 'maturity onset' dan ini terjadi dari sebab faktor pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat.

Menurut Dr Menon, walaupun komplikasi diabetis yang selalu diceritakan memang menakutkan, masih ramai yang seolah-olah tidak peka terhadap masalah ini hinggalah kepada satu tahap yang agak terlambat.

Komplikasi diabetis memang bahaya dan tidak hairanlah bila diabetis digelar sebagai 'ibu kepada segala penyakit'.

Antara organ yang akan terlibat ialah mata (katarat, glaukoma dan retinopati), buah pinggang (penyakit dan kegagalan), saraf (neuropati), jantung dan salur darah (penyakit kardiovaskular), gusi (penyakit periodontal) dan kaki (saluran darah terganggu meyebabkan gangrene serta amputasi).

AMALAN HIDUP SIHAT BAGI JANGKA PANJANG

Bagi Dr Menon, amalan hidup sihat serta diet yang seimbang memang selalu dipertuturkan oleh fraterniti perubatan bagi mencegah penyakit diabetis.

"Tapi adakah mesej tentang perkara ini memberikan kesedaran pada umum sebelum terlambat?" tanya Dr Menon.

Biasanya ramai dalam kalangan masyarakat tidak mengambil kisah tentang penyakit sehinggalah mereka mula mengalami komplikasi, kata beliau.

Ini ialah nasihat Dr Menon kepada orang ramai:

"Diabetis mengambil masa yang agak lama sebelum terjadi. Kadang-kadang langsung tidak ada tanda dan gejala sebelum kita sedar yang kita ada kencing manis.

"Jadikan kebiasaan untuk menjalani pemeriksaan setiap tiga atau enam bulan setidak-tidaknya. Bagi mereka yang sudah ada diabetis, adalah penting bagi mereka mematuhi pengurusan penyakit kencing manis mengikut apa yang dinasihatkan doktor".

Ambillah makanan seimbang dan selalu amalkan senaman, elakkan merokok dan mengambil minuman beralkohol.

Pada asasnya kurangkan pengambilan gula. Hidup mungkin 'manis' sekarang tapi mungkin 'terseksa' kemudian.

Tuesday, November 10, 2009

Corat-Coret Perlawanan Akhir 2009

Kelantan Nafi Pemain Jual Perlawanan

KOTA BAHARU, 9 Nov (Bernama) -- Kelantan menolak dakwaan kononnya pemain menjual permainan yang menyebabkan pasukan itu kalah kepada Negeri Sembilan pada perlawanan akhir Piala Malaysia pada Sabtu lepas.

Pengurus pasukan, Azman Ibrahim, berkata kekalahan itu juga bukan kerana kelemahan strategi ketua jurulatih, B. Sathianathan.

"Semuanya spekulasi sahaja. Bagi saya adalah tidak benar disebabkan Kelantan kalah pada perlawanan itu pelbagai tuduhan dibuat dan andaian dikeluarkan banyak pihak," katanya ketika mengulas kekalahan pasukan Kelantan itu.

Beliau ditemui pemberita sekembali dari Kuala Lumpur bersama pasukan Kelantan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini, dan disambut oleh 50 penyokong.

Dalam perlawanan yang disaksikan oleh lebih 60,000 penonton itu, Kelantan kalah 3-1.

Azman berkata sekiranya betul ada cubaan membeli pemain Kelantan, pihak yang membuat andaian itu perlu memberi maklumat kepada pihak berkuasa.

"Bagi saya perkara itu tidak berlaku, mungkin ada pihak mahu spekulasi isu ini setelah Kelantan kalah pada perlawanan itu," katanya.

Bagaimanapun beliau mengakui ada kelemahan dari segi penempatan posisi pemain yang membawa kepada pasukan itu mudah ditembusi dan permainan agak lemah.

Azman berkata sebagai jurulatih, Sathianathan tahu tentang pemain yang hendak diketengahkan walaupun baru mengetuai pasukan Kelantan.



Piala Malaysia: KAFA Minta FAM Jangan Terburu-buru Menghukum

KUALA LUMPUR, 9 Nov (Bernama) -- Sukar bagi Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) menerima kekalahan pada perlawanan akhir Piala Malaysia Sabtu lepas, namun berat lagi beban untuk mengatasi perilaku buruk segelintir penyokong yang mencetus huru-hara di Stadium Nasional Bukit Jalil pada perlawanan itu.

Namun Presidennya Tan Sri Annuar Musa tetap menerima kekalahan pasukannya secara positif, sambil meminta orang ramai tidak bingkas melabel semua penyokong Kelantan sebagai "ganas", hanya kerana tindakan segelintir penyokong.

"Bukan niat saya mahu mempertahankan tindakan penyokong nakal ini, yang membakar kerusi stadium, selain bendera negeri, serta balingan mercun serta objek ke atas padang," kata Annuar kepada Bernama.

Katanya KAFA telah melakukan sedaya mungkin dengan berulang kali memberi peringatan kepada penyokong "Red Warriors" tetapi apa yang berlaku di Stadium Nasional adalah di luar kawalan KAFA.

Lantas Annuar meminta Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) jangan terburu-buru menghukum KAFA kerana insiden itu.

Annuar seterusnya menggesa pihak keselamatan supaya memikirkan pelbagai kaedah untuk mengawal perbuatan membawa mercun ke dalam stadium memandangkan mercun adalah ditegah undang-undang.

Katanya semua pihak harus bersama mencari jalan ke arah membendung gejala serupa daripada berulang.

"Dalam masa yang sama, jangan kita nafikan kejayaan bola sepak adalah kerana penyokong kita, meriahnya bola sepak di Kelantan, di Bukit Jalil, adalah kerana penyokong," katanya.

Beliau tidak menolak kekecewaan penyokong Kelantan disebabkan mereka terlalu mengharapkan Kelantan muncul juara selepas penantian sekian lama.

Annuar turut kecewa kerana sebahagian daripada 70,000 penyokong Kelantan tidak bersama pasukan itu sehingga wisel penamat, sebaliknya meninggalkan stadium hanya selepas 60 minit permainan, pada ketika Kelantan ketinggalan 0-3 kepada Negeri Sembilan yang muncul juara.

Sebelum ini, KAFA pernah didenda hampir RM100,000, selain larangan bermain di gelanggang sendiri, kerana tindakan penyokong mereka yang merusuh.

Hakikatnya KAFA kemungkinan berdepan tindakan disiplin sekali lagi apabila Jawatankuasa Tatatertib FAM bermesyuarat dalam tempoh terdekat.

Walau apapun terjadi, Annuar berkata beliau tetap tidak serik memegang jawatan presiden kerana menurutnya, masalah pasukan adalah cabaran kepadanya manakala soal penyokong juga sebahagian tanggungjawab beliau.

Annuar berkata KAFA akan mencari jalan terbaik mengatasi gejala penyokong liar dengan mengadakan kempen kesedaran selain memperbaiki cara pengurusan dan kawalan keselamatan semasa perlawanan.

Saturday, November 7, 2009

Kekuasaan Allah SWT

Padang jarak padang tekukur di Jawa timur


HANYA bumbung masjid yang tinggal, lainnya habis ditenggelami yang keluar dari perut bumi di Sidoarjo di Jawa Timur, sejak tiga tahun lalu.


MASIH segar diingatkan kira-kira tiga tahun lalu, bagaimana tenangnya dan gembiranya penduduk di kampung-kampung sekitar Sidoarjo dan Lapindo, Jawa Timur.

Tanah yang subur membolehkan kebanyakan penduduk kampung berkenaan yang menjalankan aktiviti pertanian mendapat hasil yang lumayan dan kebanyakan mereka mampu membina rumah-rumah batu yang selesa untuk didiami.

Sebagai sebuah kampung penduduknya tidak pernah melupakan menghias halaman mereka dengan pokok hiasan selain pokok-pokok buah-buahan yang lebat berbuah.

Pada suatu hari jentera-jentera berat mula memasuki kawasan kampung yang katanya untuk melakukan kerja-kerja menggali minyak. Penduduk kampung pada mulanya agak gembira kerana penemuan minyak mentah di kawasan mereka pastinya akan mengubah kehidupan mereka kepada yang lebih baik.

Mungkin anak-anak muda tidak lagi perlu membanting tulang di sawah padi, sebaliknya bekerja dengan syarikat menggali minyak yang tentunya memberi pendapatan yang lebih lumayan.

Namun di benak mereka juga timbul juga rasa kebimbangan jika sesuatu berlaku semasa kerja-kerja itu kerana kedudukan kawasan penggalian terlalu hampir dengan penempatan penduduk.

Akhirnya kebimbangan itu memang menjadi kenyataan apabila tiba-tiba sahaja lubang yang digali meletup dan menyemburkan lumpur panas dan sehingga hari ini tidak pernah berhenti, begitulah cerita seorang penduduk yang dikenali sebagai Yahya ketika ditemui baru-baru ini.

Letusan lumpur itu telah merenggut kehidupan 25,000 penduduk dari 17 buah kampung. Lumpur yang berhambur keluar dianggarkan 100,000 meter padu sehari itu menyebabkan sebanyak 10, 425 buah rumah dan 77 buah masjid tenggelam di dalam lumpur.

Apa yang tinggal kini hanyalah bumbung sebuah kilang dan bumbung sebuah masjid, yang lainnya ibarat padang jarak padang tekukur. Bahkan tidak ada seurat rumput yang dapat tumbuh di atas lumpur yang telah kering dan keras kini.

Setakat ini hanya kira-kira 20 peratus sahaja penduduk yang dibayar pampasan oleh syarikat bertanggungjawab iaitu Lapindo Brantas.

Selebihnya penduduk masih lagi menunggu dan kebanyakan mereka kini mendiami rumah yang diperbuat daripada buluh sejak tiga tahun lalu.

Pelancong

Mujurlah juga kini kawasan berkenaan menjadi tumpuan pelancong dan ia memberi peluang pekerjaan baru kepada penduduk kampung sama ada menyediakan pengangkutan atau sebagai pemandu pelancong.

Selain itu mereka juga menjual VCD tentang kejadian semburan lumpur itu kepada para pengunjung.

Untuk masuk ke kawasan berkenaan kini dikenakan bayaran RM1.50 dan pengangkutan menggunakan motosikal dikenakan bayaran RM15. Itulah satu-satunya punca pendapatan penduduk di kawasan berkenaan kini.

Kebanyakan anak-anak muda juga telah meninggal kampung berkenaan yang tidak lagi selesa didiami dan tidak mampu memberi peluang pekerjaan kepada mereka.

Pihak kerajaan pula dilihat tidak begitu serius dalam menyelesaikan pembayaran pampasan tersebut dan apabila syarikat terbabit menyatakan tidak dapat membayar baki pampasan kerana kesan daripada krisis ekonomi global, ia langsung tidak dibantah.

Apa yang dapat dilakukan oleh penduduk kini hanyalah mengadakan tunjuk perasaan, majlis berdoa beramai-ramai dan selebihnya mereka tidak dapat berbuat apa-apa. Setiap petang ramai yang duduk menatap padang lumpur sementara menunggu matahari terbenam dengan pandangan hampa.

Wahhabi


Ahli Jawatankuasa Pengawalan Akidah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Mahfuz Muhammad

MALAYSIA adalah negara yang mengamalkan akidah Ahli Sunah Wal Jamaah (ASWJ) dan bersandarkan kepada mazhab Imam Shafie.

Walaupun aliran ini dominan namun, terdapat juga cubaan menyebar fahaman lain dalam kalangan umat Islam. Antaranya adalah aliran Wahhabi.

Benarlah sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “Demi diri Muhammad yang berada di tangan-Nya, pasti akan berpecah umatku kepada 73 firqah, hanya satu ke syurga dan 72 ke neraka”. Baginda ditanya: Siapa mereka? Baginda bersabda: Mereka adalah al-Jamaah”. (riwayat Ibn Majah)

Aliran Wahhabi ini pula bukanlah baru kerana

ia sudah menjadi bualan masyarakat Islam di Malaysia sejak 1940-an lagi.

Selain dikenali dengan aliran Wahhabi, ia juga kenali sebagai Aliran Kaum Muda pada sekitar tahun 30-an.

Wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN menemubual Ahli Jawatankuasa Pengawalan Akidah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Mahfuz Muhammad bagi mengupas isu ini.

Beliau banyak mengkaji tentang fahaman Wahhabi sejak usia belasan tahun. Kajiannya lebih teliti apabila menyambung pelajaran di Universiti Al-Azhar pada 1990-1997 dalam bidang bahasa Arab.

Mahfuz kemudiannya menyambung pelajaran Diploma dalam bidang Fatwa di Dar al-Ifta Mesir pada 2000 hingga 2001.

Apakah pengertian golongan Wahhabi?

Golongan ini adalah satu aliran yang diasaskan oleh Muhammad Abd. Wahhab pada kurun ke-12 Hijrah di Najd Jazirah Arabiah.

Fahaman ini dikenali juga sebagai Aliran Kaum Muda di Malaya dan Indonesia pada 1930-an, hingga 1950-an.

Aliran ini dinisbahkan kepada bapa beliau yang merupakan seorang ulama mazhab Hanbali. Telah menjadi adat kaum Arab menisbahkan sesuatu itu kepada bapa, datuk dan ke atas.

Mazhab Shafie juga dinisbahkan kepada moyangnya sedangkan nama pengasas sebenar ialah Muhammad bin Idris.

Walaupun begitu mereka yang berpegang dengan aliran ini tidak selesa dengan gelaran Wahhabi sebaliknya mendakwa mereka dari golongan kaum Salaf atau kaum Ahli Sunah.

Kenapakah begitu? Ini kerana istilah Wahhabi pada hari ini mula diketahui ramai akan kesesatan dalam akidah dan cabang lain.

Oleh kerana itu harus berhati-hati dengan kaum ini kerana mereka kadang-kadang menggunakan nama Ahli Sunah, Salaf dan pelbagai istilah baik-baik. Semuanya untuk mengaburi orang awam daripada mencium kesesatan pegangan mereka.

Adakah ajaran Wahhabi ini turut melibatkan akidah atau bab fikah sahaja?

Ramai orang merasakan golongan ini hanya pembawa bidaah dalam masalah-masalah furu’ (cabang) semata-mata.

Kerana itu ramai dari kalangan pihak berwajib, ulama dan pendakwah merasakan perkara ini tidak ada keutamaan untuk ditangani dengan sungguh-sungguh.

Sedangkan sebenarnya Wahhabi ini membawa sebesar-besar bidaah dalam masalah akidah!

Antara ajaran yang bertentangan dengan akidah ASWJ adalah menolak dan merendah-rendahkan pengajian Sifat 20. Sebaliknya mereka membawa kaedah tauhid yang baru iaitu pembahagian tauhid yang tiga.

Definasi tauhid tiga di sisi Wahhabi ialah:

Pertama, Tauhid Rububiah.

Tauhid bagi mereka yang menyembah berhala. Kononnya mereka menyembah berhala untuk mendekatkan diri kepada Allah. Sementara berhala merupakan pengantara antara hamba dan Tuhannya.

Kedua, Tauhid Uluhiah.

Tauhid bagi mereka yang beribadah hanya kepada Allah semata-mata dengan tiada sebarang perantara makhluk.

Ketiga, Tauhid Asma wa Sifat.

Beriman dengan ayat-ayat mutasybihat secara zahirnya. Seperti dikatakan Allah itu bersemayam di atas Arasy dan lain-lain lagi.

Bagaimana mungkin tauhid itu terbahagi kepada tiga? Sedangkan tauhid itu hanya satu iaitu mengesakan Allah dan tidak sama sekali membeza-bezakan tauhid.

Dengan menerima konsep tauhid rububiah dan uluhiah mengikut pentafsiran seperti ini maka banyak amalan yang diperakui baik, menjadi sesat dan membawa syirik kepada pelakunya.

Contohnya, amalan Maulid Nabi SAW, marhaban, berdiri sewaktu selawat, tabarruk (ambil berkat), tawassul (berwasilah), ziarah makam nabi-nabi, rasul-rasul, aulia dan solehin.

Sementara tauhid asma wa sifat pula membawa implikasi menjisimkan (visual) dan mentasbihkan (menyamakan) zat Allah SWT dengan makhluk. Seperti menyifatkan Allah dengan tempat dan anggota (jarihah).

Ini adalah akidah kaum Musyabbihah Mujassimah yang wujud pada kurun ke-4 Hijrah dan dikembangkan semula oleh Ibnu Taimiyyah pada kurun ke-7 Hijrah dan seterusnya dikembangkan pula oleh Muhammad Abd. Wahhab pada kurun ke-12 Hijrah.

1.BANJIR, 2.BOLA DAN 3.BOLOS

1. Tetiba saja datang sehingga keadaan menjadi kelamkabut.
2. Keputusan yang amat mendukacitakan.
3. Jaringan yang tiada siapa pun jangkakan.

Foto Banjir Hari Kedua - Sabtu 07/11/09

Dalam keriuhan demam bola Piala Malaysia malam ini, jangan sesekali kita lupa betapa banjir yang melanda seawal bulan November ini mungkin merupakan pusingan awal yang tentunya bakal berlarutan untuk beberapa kali lagi.

Persatuan Muafakat Anak-Anak Rantau Panjang (MUARA) mengharapkan kepada semua penduduk yang tinggal di kawasan yang rendah supaya segera berpindah ke pusat-pusat pemindahan. Jangan tunggu saat-saat akhir.TQ.


Rumah berhadapan Masjid Jubli Perak (Masjid Beijing), Rantau Panjang.


Rumah Arwah Moktar berhadapan Akmal Lima, Rantau Panjang.


Rumah Ibrahim bersebelahan Kedai Roti Canai (Bunga Raya), Rantau Panjang.


Masjid Jubli Perak (Masjid Beijing), Rantau Panjang.


Paras air di kawasan Kampung Banggol Kulim, Rantau Panjang.


Paras air di kawasan Kampung Banggol Kulim, Rantau Panjang.


Paras air di kawasan Kampung Banggol Kulim, Rantau Panjang.


Paras air di kawasan Kampung Banggol Kulim, Rantau Panjang.


Hadapan Pasaraya Pantai Timur, Rantau Panjang.


Sebuah landrover polis yang rosak ditenggelami air berhadapan Pasaraya Pantai Timur. Rantau Panjang.





Kedai Maimon di hadapan Pasaraya Pantai Timur, Rantau Panjang.


Pokok tumbang di hadapan Pasaraya Pantai Timur, Rantau Panjang.


Kilang Perabut Tugu Fajar Sdn. Bhd., Rantau Panjang.


Kedai Perabut Sa'aidah Trading Banggol Kulim, Rantau Panjang.














Restoran Tomyam, depan Pantai Timur, Rantau Panjang.





Kawasan Traffic Light, Banggol Kulim, Rantau Panjang.


Kawasan Traffic Light, Banggol Kulim, Rantau Panjang.


Kawasan Traffic Light, Banggol Kulim, Rantau Panjang.


Kawasan Traffic Light, Banggol Kulim, Rantau Panjang.


Kawasan Traffic Light, Banggol Kulim, Rantau Panjang.


Kedai Runcit Azam, Banggol Kulim, Rantau Panjang.


Kawasan Traffic Light, Banggol Kulim, Rantau Panjang.


Kampung Banggol Kulim, Rantau Panjang.


Laluan masuk ke Perumahan Taman Rantau Mas, Rantau Panjang


En. Rahim Abdullah sedang meredah banjir bersama motosikalnya yang ditenggelami air.


Kedai Borong Din, depan Pantai Timur, Rantau Panjang.


Kampung Banggol Kulim, Rantau Panjang.


Akmal Restoran, Rantau Panjang.


Laluan masuk ke Perumahan JPN, Banggol Kulim.


Kawasan Perkedaian Akmal, Banggol Kulim.




















Restoran Pak Lah Janggut, Rantau Panjang.














Kedai Borong Zai Trading, Rantau Panjang.


Kawasan hadapan Stesyen Minyak Petronas, Rantau Panjang.


Kawasan parking di hadapan Kompleks Imigresen, Rantau Panjang.


Mangsa banjir bersama-sama mengangkat motosikal yang dipindahkan.


Mangsa banjir yang dipindahkan menggunakan anak lori.


Pemandangan di hadapan Kompleks Imigresen Rantau Panjang.


Pemandangan di hadapan Kompleks Imigresen Rantau Panjang.


Mangsa banjir Kampung Kedai Lama dibawa ke pusat pemindahan.


Pusat Pemindahan Stesyen Keretapi Rantau Panjang.





Kereta-kereta yang diletakkan di kawasan Stesyen Keretapi, Rantau Panjang.


Kampung Kedai Lama, Rantau Panjang.





Kampung Kedai Lama, Rantau Panjang.


Pusat Pemindahan di Stesyen Keretapi, Rantau Panjang.


Pusat Pemindahan di Stesyen Keretapi, Rantau Panjang.


Kawasan berhampiran Perumahan Cina, Rantau Panjang.


Stesyen Minyak Caltex, Rantau Panjang.


Sebuah Pajero sedang mengharung air di Rantau Panjang.








Restoran Selera Sri Tiga, Rantau Panjang.


Air di hadapan Bangunan Lala Umar, Rantau Panjang.


Hadapan Seven Eleven Rantau Panjang, Rantau Panjang.


Restoran Selera Sri Tiga























Simpang Empat Petronas, Rantau Panjang.





Simpang Empat Petronas, Rantau Panjang.





Simpang Empat Petronas, Rantau Panjang.





Sebuah rumah yang tenggelam di Simpang Empat Petronas, Rantau Panjang.

















Kampung Kedai Lama paling teruk ditenggelami air.